Kursus Semangat Kerja Berpasukan 2018 |Unit Permodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) | 1 & 2 November 2018

Kursus Semangat Kerja Berpasukan Pemandu Kenderaan Jabatan 2018 – Setinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyertai Kursus Semangat Kerja Berpasukan Pemandu Kenderaan Jabatan 2018 bagi Warga Unit Permodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada 1 – 2 November 2018 baru-baru ini. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada kami Tim Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan kursus yang sangat istimewa ini.

Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang dalam sesebuah organisasi sangat dituntut dalam era globalisasi. Untuk mencapai tahap yang diharapkan ini modal insan yang berkualiti dan produktif amat diperlukan kerana hanya modal insan seperti ini sahajalah yang berupaya menyumbang kepada pendidikan yang berkualiti dan mendorong kepada kecemerlangan organisasi.

Setiap ahli dalam organisasi tidak kira sama ada pihak atasan atau pekerja perlu membina perpaduan dan persefahaman bagi menjamin pendidikan yang berkualiti. Bagi merealisasikan keadaan seperti ini pembinaan pasukan kerja yang mantap perlu diwujudkan dalam  organisasi tersebut.

Kursus Semangat Kerja Berpasukan

Kursus Semangat Kerja Berpasukan

Kursus Semangat Kerja Berpasukan

Kursus Semangat Kerja Berpasukan

Kursus Semangat Kerja Berpasukan

Kursus Semangat Kerja Berpasukan

Kursus Semangat Kerja Berpasukan ini bertujuan untuk mewujudkan peluang berinteraksi dan berkenalan di antara peserta serta menerapkan semangat sukarela dalam melaksana aktiviti-aktiviti untuk memupuk perpaduan dan integrasi pelbagai bangsa. Disamping itu, kursus ini dapat meningkatkan kemahiran ‘Soft Skill’ dan kemahiran lain melalui modul-modul latihan yang disediakan. Ianya juga dapat menghindarkan peserta daripada anasir-anasir yang tidak diingini dan mencegah mereka daripada gejala-gejala sosial di tempat kerja serta membawa nilai Ibadah, Sahsiah dan Amal Makruf (ISA), dalam kehidupan seharian.

 

Di penghujung Kursus Semangat Kerja Berpasukan ini peserta kursus akan dapat:

  • Memahami langkah membudayakan kerja berpasukan bagi mencapai matlamat organisasi.
  • Memperkasakan kemahiran kepimpinan.
  • Berkomunikasi secara berkesan serta memahami pentingnya komunikasi interpersonal dalam kerja berpasukan.
  • Peserta mampu berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai situasi
  • Peserta dapat menganalisis karakter positif diri sendirian dan orang lain seperti tingkah laku hormat menghormati, berintegriti, kepercayaan, esteem kendiri dan kejujuran yang tinggi
  • Peserta dapat menguruskan aktiviti-aktiviti / projek-projek berkaitan pembelajaran seperti pembentangan, refleksi dan perbincangan kumpulan dengan penyeliaan yang minima
  • Peserta dapat membuat penilaian, pertimbangan dan keputusan yang wajar bagi perkara-perkara yang perlu ditangani dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran seperti projek penyelesaian masalah dan kerja lapangan.
  • Peserta menerapkan konsep ASKBI dalam kehidupan seharian mereka

Kursus Semangat Kerja Berpasukan

Kursus Semangat Kerja Berpasukan

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Semangat Kerja Berpasukan  ini :

  1. Cemerlang (Mohd Zulkefli Johari – PPT N32)
  2. Terbaik (Mohd Helmi Mohd Siran – Pembantu Operasi M11)
  3. Penceramah yang versatile dan memahami jiwa peserta kursus (Azmi Bin Hussain – Pemandu)
  4. Friendly dan tahu cara membuat peserta cepat fahami @ penyampaian yang jelas (Khairul Sodiqi B. Julaihi – Pemandu Kenderaan)
  5. Penyampaian mudah difahami (Rahman Bin Mohd Yusof – Pemandu)
  6. Setakat ini ok (Azizul Abd Hamid – Pemandu)
  7. Bagus mengendali program dan penceramah senang untuk berkomunikasi (Muhammad Syahmi Fiqri B. Khalid -)
  8. Baik, tepat dan bermatlamat (Mohd Kamsul Fauzan – Pemandu TKP)
  9. Pada pendapat saya penceramah & program ini sangat terbaik di mana segala perkara mudah difahami serta aktiviti yang di buat begitu enjoy (Md Yazid Bin Saring – Pemandu Kenderaan)
  10. Program yang sangat menarik & berfaedah (Noraini Hamdan – Penolong Pegawai Tadbir)
  11. Amat memuaskan dan senang (Mohd Jefferi – Pemandu Kenderaan)
  12. Sangat baik, peramah dan sempoi (Faizul – Pembantu Awam H11

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x