Kursus Team Building: Effective Learning Activities Nizaf Mover & Logistics Sdn Bhd Pada 7-8 Januari 2022.
Terima Kasih kepada Nizaf Mover & Logistics Sdn Bhd diatas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd untuk mengendalikan Kursus Team Building : Effective Learning Activities yang telah berlangsung selama dua hari bermula 7 Januari 2022 sehingga 8 Januari 2022. Kursus Team Building : Effective Learning Activities ini telah berlangsung di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan dan telah dihadiri oleh seramai 40 orang peserta daripada pelbagai jawatan dan pangkat termasuklah pengarah syarikat Nizaf Mover & Logistics Sdn Bhd.
Perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti dalam sesebuah organisasi sangat dituntut oleh pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) lebih-lebih lagi dalam era digital ini. Dalam usaha merealisasikan matlamat ini, modal insan yang berkualiti dan produktif amat diperlukan kerana hanya modal insan seperti ini sahajalah yang berupaya menyumbang kepada perkhidmatan yang berkualiti dan mendorong kepada kecemerlangan organisasi.
Selain itu, setiap ahli ataupun individu dalam organisasi tidak kira sama ada pengurus atau pekerja perlu membina perpaduan dan persefahaman bagi menjamin perkhidmatan dan produk yang bermutu tinggi. Bagi merealisasikan keadaan seperti ini pembinaan pasukan kerja yang mantap perlu diwujudkan dalam organisasi tersebut .
Oleh itu, Awaken Training & Consultancy Sdn bhd mengambil inisiatif ini dengan memperkenalkan kaedah Effective Learning Activities (ELAS). Kaedah ini menggunakan aktiviti-aktiviti dan ‘games’ yang dijalankan sebagai tools dalam sesi latihan. Peserta akan melalui pengalaman di dalam setiap aktiviti dan games yang dijalankan dan mendapat pembelajaran melaluinya atau lebih dikenali sebagai learning by doing atau fun learning dan lebih seronok dalam menjalani latihan.
Di akhir setiap aktiviti dan games, peserta akan mengupas atau melakukan debrief dengan mengaitkannya dengan subjek yang sedang dibincangkan. ELAS juga membantu peserta merapatkan jurang antara peserta dengan aktiviti dan games yang dijalankan mengikut kehendak, keperluan dan gaya generasi kini.
Objektif utama Kursus Team Building : Effective Learning Activitiesadalah untuk memahami langkah membudayakan kerja berpasukan bagi mencapai matlamat organisasi. Memperkasakan kemahiran kepimpinan dan berkomunikasi secara berkesan serta memahami pentingnya komunikasi interpersonal dalam kerja berpasukan. Selain itu, membudayakan semangat bekerjasama dan mengatasi sikap menyalahkan antara satu sama lain dalam mencapai matlamat dan mengaplikasikan nilai-nilai korporat sebagai salah satu eleman dalam kerja berpasukan. Membina budaya kreatif dan inovatif dalam menghasilkan prestasi cemerlang, memahami pentingnya menjadi SATU pasukan dan mengukuhkan persefahaman serta kerjasama, mendorong dan memotivasikan diri serta rakan lain untuk sentiasa bekerja dalam semangat berpasukan yang jitu dan padu.
”
Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam Kursus Team Building : Effective Learning Activities yang berlangsung selama dua hari ini ialah:
- Modul 1: Breaking Your Mental Block
- Modul 2: The Power of Change
- Modul 3: Action & Vision Board
- Modul 4: The Kolam Jiwa
- Modul 5: Pengurusan Emosi
- Modul 6: Stress & Conflict Management
- Modul 7: Santai (Refleksi Diri)
- Modul 8: Output Refleksi Diri Bersama Komuniti Melalui Khidmat Masyarakat
Alhamdulillah kami bersyukur diatas sambutan serta maklumbalas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam Kursus Team Building : Effective Learning Activities ini. Tahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Team Building : Effective Learning Activities anjuran Nizaf Mover & Logistics Sdn Bhd:
- Seronok, memberi pengetahuan dan tambahan ilmu mengenai kehidupan – Elis Ezani – Sales Executive
- Trainer terbaik dan semua acara bagus – Darul Azhar Bin Ahmad
- Penceramah berpengalaman, ada keyakinan dan berkongsi pengalaman – Khaizan Fitri Hussin – Chief Operatiing Officer
- Sangat memberi inspirasi dan mudah difahami dan tidak membosankan – Sharifah Bt Abdul Gapphar – Pengurus Cawangan
- Apa yang disampaikan dalam keadaan jelas dan faham – Izwan Ibrahim – Store Keeper
- Penyampaian menarik dan body language yang sesuai – Effa Zuraida Sodami- Admin Sales
- Bersemangat, bagus dan jelaspenyampaian – Tengku Nur Liyana – Digital Marketing Executive
- Mudah dan cepat faham apa yang disampaikan – Mohd Hafiz – Team Head ( Operation )
- Bagus , terima kasih berkongsi ilmu – Farid Abdul Razak- Senior Sales
- Effektif, berkaliber, positif – Mohd Faizal Abd Razak – Shipping Executive
- Sangat bagus dan jelas – Rizam Azleen Shukri – Sales Manager
- Agak mudah difahami – Rahizah Abdul Rahim- Finance Operation Administor
- Good, positive vibes – Siti Zuriana Bt Sarman- Branch Manager
- Superb and energetic – Kichi Kasri – Chief Executive Offiicer
- Pandai menarik minat – Muhammad Nzarul – Sales Team HQ
- Mantap dan mantul – Basir Baba – Pemandu Lori
- Sangat berkesan – Mohd Samsuddin Bin Ahad – Operation
- Mudah memahami – Muhammad Ally Abdullah – Pemandu Lory
- Fun & happy – Siti Nurulnadia Binti Mohd Usop – Human Resources Admin Executive
- Friendly , funny – Siti Nur Jamiah – Sales Coordinator
- Sangat bagus – Marlia Binti Ahmad Kamal – Sales & Marketing Executive
- Sangat baik – Shaufy Nurhafiz Bin Abu Bakars- Operation Asistant Manager
- Sangat Ceria -RIzan bin Mohamad Natar – Driver
- Marvelous -Muhammad Azim Bin Abdul Azmin – Marketing
- Cgu Jinggo – Steady dan peramah, Encik Farid muda dan berkaliber – Muhammad Izwan – Driver
- Terbaik – Nur Hairunisa Binti Azizi – CUstomer Service Officer
- Mantap – Muhammad Amirul Hakim – Pengurus Operasi
- Perfect!!! – Muhammad Ezad Shah – Pegawai Pemasaran
- Baik – Siti Naquiah Bt Mohamad Usop – Operation Asisstant
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Team Building : Effective Learning Activities ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga!