Kursus Team Building anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Cyberjaya pada 6 Oktober 2022

Kursus Team Building anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Cyberjaya pada 6 Oktober 2022 di Mercure Hotels & Resorts, Langkawi.

 

Terima Kasih kepada Jabatan Kewangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) Cyberjaya diatas peluang  dan kepercayaan yang diberikan kepada Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd untuk mengendalikan Kursus Team Building : Bengkel Strategik Jabatan Kewangan 2023 yang telah berlangsung  pada 6 Oktober 2022. Bengkel Strategik Jabatan Kewangan 2023: Team Building ini telah berlangsung di di Mercure Hotels & Resorts, Langkawi dan telah dihadiri oleh seramai 26 orang peserta daripada pelbagai jawatan  dan pangkat  termasuklah Pengarah Bahagian Jabatan Kewangan LHDN Cyberjaya.

Kursus Team Building berasaskan pengalaman ini direka dengan teliti untuk membantu peserta memahami lebih banyak tentang diri mereka serta bekerja sebagai seorang anggota pasukan. Selain memperbaiki keyakinan diri dan membina kepercayaan di antara rakan kerja, peserta akan memperolehi kemahiran kepimpinan serta kemahiran bekerja secara berpasukan.

Dalam Kursus Team Building ini, peserta akan diberi penekanan bahawa dalam menjalanai kerjaya dan kehidupan ini, mereka akan sentiasa berhadapan dengan cabaran-cabaran. Melalui program ini, peserta akan lebih berkeyakinan dan berdaya tahan untuk menghadapi cabaran-cabaran ini, dan menjadi pekerja yang lebih berkualiti dan dapat memberi pengaruh dan kesan yang besar terhadap masyarakat dan negara. Selain itu, dalam program ini peserta telah menjalankan tugasan dan aktiviti yang mampu membawa mereka melalui pelbagai tahap sehingga berjaya.

 

Objektif utama Kursus Team Building : Bengkel Strategik Jabatan Kewangan 2023 ini adalah memperkasakan kemahiran kepimpinan. Selain itu, dapat berkomunikasi secara berkesan serta memahami pentingnya komunikasi interpersonal dalam kerja berpasukan. Peserta juga dapat mengaplikasikan nilai-nilai korporat sebagai salah satu eleman dalam kerja berpasukan, membina budaya kreatif dan inovatif dalam menghasilkan prestasi cemerlang, memahami pentingnya menjadi SATU pasukan dan mengukuhkan persefahaman serta kerjasama dan memupuk semangat kerjasama yang kukuh dan berpanjangan di antara pegawai-pegawai.

Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam Kursus Team Building : Bengkel Strategik Jabatan Kewangan 2023 ini ialah:

  • Modul 1: Evolusi Sedar Diri
  • Modul 2: Evolusi Komunikasi
  • Modul 3: Evolusi Tabiat A+

 

 

Alhamdulillah kami bersyukur diatas sambutan serta maklumbalas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam Kursus Team Building ini. Tahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Team Building : Bengkel Strategik Jabatan Kewangan 2023 anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) Cyberjaya:

    1. Memenuhi objektif peserta dan faham kehendak peserta – SUZAIRA BINTI IBRAHIM, Pengarah Bahagian Dasar
    2. Sangat baik dan cemerlang (5 bintang) – Aniza Binti Khairuddin, Pengarah Bahagian
    3. Terbaik – Nurul Farhah Binti Abd Shukor
    4. Terbaik – Mohd Faizal Bin Mohd Akhir, Eksekutif
    5. Terbaik – Mohamad Amin Fansuri Bin Azahari, Eksekutif Hasil
    6. Terbaik – Noorrul Waheedah Binti Ahmad Jamaludin, Eksekutif
    7. Terbaik – Mohd Azahari Bin Salleh
    8. Penyampaian yang jelas dan baik – Ruziah Binti Alias, Pembantu Hasil
    9. Padu – Azri Nazmi Bin Abu Bakar
    10. Excellent – Adi Fazuli Bin Mamat
    11. Menyedarkan, ceria, positive vibes all thing – Yusnida Binti Ahmad Yusof
    12. Semua baik – Siti Nur Zubaidah Binti Mohamed Hussain, Pembantu Hasil NE4

 

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Team Building ini di tempat anda? Klik di sini  untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x