Kursus Teambuilding Transformasi Cemerlang Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Siri 1 Pada 2 – 4 Disember 2021

Kursus Teambuilding Transformasi Cemerlang Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Siri 1 Pada 2 – 4 Disember 2021

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas keizinanNya, Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Institut Koperasi Malaysia untuk mengendalikan Kursus Teambuilding Transformasi Cemerlang selama tiga hari bermula pada 2 hingga 4 Disember 2021 bertempat di Hotel Adya Chenang, Pulau Langkawi, Kedah. Kursus ini disertai oleh eramai 42 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Institut Koperasi Malaysia.

Kursus Transformasi Cemerlang Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Siri 1 Pada 2 – 4 Disember 2021
“Program sangat bagus, penceramah mampu membuat peserta tidak hilang fokus,” – Khadijah Binti Ahmad – Penolong Akauntan

Perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang dalam sesebuah organisasi sangat dituntut oleh pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) lebih-lebih lagi di dalam era globalisasi sekarang. Untuk mencapai tahap yang diharapkan ini modal insan yang berkualiti dan produktif amat diperlukan kerana hanya modal insan seperti ini sahajalah yang berupaya menyumbang kepada perkhidmatan yang berkualiti dan mendorong kepada kecemerlangan organisasi.

Selain daripada itu, setiap warga kerja dalam organisasi tidak kira daripada jawatan dan peringkat amat perlu membina perpaduan dan persefahaman bagi menjamin perkhidmatan dan produk yang bermutu tinggi. Bagi merealisasikan keadaan seperti ini pembinaan pasukan kerja yang mantap perlu sentiasa diusahakan untuk diwujudkan dalam organisasi tersebut.

Oleh itu, Awaken Training & Consultancy Sdn bhd mengambil inisiatif ini dengan menyediakan Kursus Teambuilding Transformasi Cemerlang dengan memperkenalkan kaedah Effective Learning Activities (ELAS) sebagai kaedah yang berkesan bagi mencapai objektif pembinaan pasukan. Kaedah ini menggunakan aktiviti-aktiviti dan games yang dibangunkankan sebagai tools dalam sesi latihan. Peserta akan melalui pengalaman di dalam setiap aktiviti dan games yang dijalankan atau lebih dikenali sebagai learning by doing dan mendapat pembelajaran melaluinya dengan lebih seronok dalam menjalani kursus latihan.

Kursus Teambuilding Transformasi Cemerlang Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Siri 1 Pada 2 – 4 Disember 2021
“Penceramah & program sangat menarik, sangat menusuk hati,” – Mohamad Azim Bin Abd Aziz – UTM, Penolong Pengawai Teknologi Maklumat
Kursus Teambuilding Transformasi Cemerlang Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Siri 1 Pada 2 – 4 Disember 2021
“Pendekatan yang menarik dan lain daripada program kursus biasa,” – Muhammad Azri Bin As’ari – Pembantu Tadbir

Di akhir setiap aktiviti dan games yang dijalankan, peserta akan dibawa untuk mendalami nilai dan pembelajaran yang dirancang oleh Trainer di mana Trainer seterusnya akan mengupas pembelajaran tersebut atau melakukan debrief dengan mengaitkan objektif kursus .

ELAS juga membantu para peserta merapatkan jurang sesama peserta tidak kira dari pelbagai latarbelakang, pangkat, jawatan dan bahagian dengan aktiviti dan games yang dijalankan,  mengikut kehendak, keperluan dan gaya generasi terkini.

Objektif utama Kursus Teambuilding Transformasi Cemerlang ini adalah untuk memahami langkah membudayakan kerja berpasukan bagi mencapai matlamat organisasi, memperkasakan kemahiran kepimpinan dan berkomunikasi secara berkesan serta memahami pentingnya komunikasi interpersonal dalam kerja berpasukan.

Selain itu, kursus ini menekankan bagaimana untuk membudayakan semangat bekerjasama dalam organisasi dan mengatasi sikap menyalahkan antara satu sama lain dalam mencapai matlamat dan mengaplikasikan nilai-nilai korporat sebagai salah satu eleman dalam kerja berpasukan.

Kursus Teambuilding Transformasi Cemerlang ini ini juga turut mendedahkan kepada para peserta bagaimana memantapkan budaya kreatif dan inovatif dalam menghasilkan prestasi cemerlang, memahami pentingnya menjadi SATU pasukan yang kuat dan mengukuhkan persefahaman serta bekerjasama, mendorong dan memotivasikan diri serta rakan lain untuk sentiasa bekerja dalam semangat berpasukan yang jitu dan padu.

 

Kursus Teambuilding Transformasi Cemerlang Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Siri 1 Pada 2 – 4 Disember 2021
“Secara keseluruhnya program ini sangat menyeronokkan & mengeratkan kami,” – Norina Asyikin Binti Shaari – UKK
Kursus Teambuilding Transformasi Cemerlang Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Siri 1 Pada 2 – 4 Disember 2021
“Memberi info, motavasi dalam setiap ceramah yang membina dalam bidang kerja harian di jabatan,” – Zaileha Binti Hj. Muhamad Nor – Pembantu Tadbir

Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam Kursus Teambuilding Transformasi Cemerlang selama tiga hari ini ialah:

  • Modul 1: Breaking Your Mental Block
  • Modul 2: The Power of Change
  • Modul 3: Action & Vision Board
  • Modul 4: The Kolam Jiwa
  • Modul 5: Pengurusan Emosi
  • Modul 6: Stress & Conflict Management
  • Modul 7: Santai (Refleksi Diri)
  • Modul 8: Output Refleksi Diri Bersama Komuniti Melalui Khidmat Masyarakat

Terima kasih kepada Institut Koperasi Malaysia di atas lantikan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan kursus ini. Alhmdulillah kami bersyukur di atas peluang ini dan sambutan serta maklum balas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami selama tiga hari ini. Kami mengucapkan selamat maju jaya dan semoga para pelajar terus komited dengan tugasan yang telah diamanahkan.

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

Kursus Teambuilding Transformasi Cemerlang Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Siri 1 Pada 2 – 4 Disember 2021
“Penceramah banyak memberi cara-cara bagaimana menyelesaikan masalah, berhadapan dengan orang atasan dan cara menghadapi masalah dan komunikasi dengan baik,” – Siti Zaleha Binti Mohammad – Pembantu Tadbir

 

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Teambuilding Transformasi Cemerlang ini:

  1. Penyampaian dengan penuh semangat & ceria – Syazwani Binti Shamsuddin – UPMI, Pembantu Tadbir
  2. Penceramah & program sangat menarik, sangat menusuk hati – Mohamad Azim BinAbd Aziz – UTM, Penolong Pengawai Teknologi Maklumat
  3. Pendekatan yang menarik dan lain daripada program kursus biasa – Muhammad Azri Bin As’ari – Pembantu Tadbir
  4. Program sangat bagus, penceramah mampu membuat peserta tidak hilang fokus – Khadijah Binti Ahmad – Penolong Akauntan
  5. Secara keseluruhnya program ini sangat menyeronokkan & mengeratkan kami –Norina Asyikin Binti Shaari – UKK
  6. Memberi info, motavasi dalam setiap ceramah yang membina dalam bidang kerjaharian di jabatan – Zaileha Binti Hj. Muhamad Nor – Pembantu Tadbir
  7. Penceramah banyak memberi cara-cara bagaimana menyelesaikan masalah,berhadapan dengan orang atasan dan cara menghadapi masalah dan komunikasidengan baik – Siti Zaleha Binti Mohammad – Pembantu Tadbir
  8. Sangat menarik dan memberangsangkan saya, banyak membuat saya berfikiranpositif
  9. Terbaik – Khadijah Binti Abdullah – Pembantu Penyediaan Makanan
  10. Awesome – Mohd Zulhilmi Bin Che Aziz – Pembantu Penyediaan Makanan
  11. Baik – Amiruddin Bin Muhamad Salim – UFS
  12. Baik teruskan – Mustakim Bin Omar – Pembantu Operasi
  13. Peramah, bertenaga & sentiasa positif – Nur Qamarina Binti Hassan Othman –Penolong Pegawai Tadbir
  14. Thorbaek/ sangat bagus – Muhammad Badrul Amin Bin Rosli -UKP, Koperasi
  15. Semua penceramah saya suka dan selesa – Nur Amalina Binti Sidek – PT
  16. Ohem! – Mohd Nadzir Bin Rasli – Pemandu
  17. Sangat baik & terbaik & mantap – Ahmad Asyraf Bin Nik Ab Kadir – P. Operasi
  18. Penceramah terbaik – NA – Pembantu Tadbir (Kontrak)
  19. Energetic, informative, full & encouragement – Nooraini Binti Nashruddin –Pembantu Tadbir
  20. Awesome – Mohd Fairuz Bin Tulus – Pembantu Kemahiran
  21. Penceramah sangat sporting – Mohd Khir Bin Salleh – Pemandu
  22. Sangat berilmu pengetahuan yang luas dan terbaik – Mohd Abdul Rashid BinNasaruddin – IKM
  1. Sangat bagus – Azahan Bin Ramli – Pembantu Operasi
  2. Penceramah amat komited dan program boleh dilanjutkan di masa akan datang –Mohd Khairil Bin Abd Hadi – Pembantu Tadbir
  3. Terbaik – Norle Bin Abdul Rahman – Pembantu Penerbitan
  4. Semua terbaik dan sangat memuaskan – Zarina Binti Ab. Azais – Pembantu Tadbir(P/O)
  5. Penceramah sangat sporting dan pandai mengawal suasana di dalam kelas – HasrolNazry Bin Hashim – Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
  6. Terbaik – Azizul Bin Aziz – Pembantu Tadbir
  7. Penceramah santai !!! – Mohd Khairulazhar Bin Ali – P.Operasi
  8. Terbaik – George Bin Yutop – Pemandu Kenderaan
  9. Cemerlang – Mohd Nasrik Bin Noorbasah – FI IKM
  10. Seronok – Mohd Nazreen Bin Noraidi – Pembantu Tadbir
  11. Terbaik – Sahbodin Bin Salbun – Pembantu Tadbir IKM
  12. Seronok, sporting, terbaik wow!!! – Nurul Ashikin Binti Azman – PPT
  13. Terbaik Wow – Sharepah Nur Azirah Binti Shareh Abd Rahman – Penolong PegawaiPenerbitan
  14. Sangat bagus – Nur Zulaikha Binti Borhan – Penolong Akauntan
  15. Semua best – Noramezah Binti Amran – Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Teambuilding Transformasi Cemerlang ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x