Dr. Ab Rahman Ibrahim menetap Kg. Melayu Subang, Selangor mendapat pendidikan rendah dan menengah di Kelantan sebelum menyambung pelajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam Diploma Penilaian dan Pengurusan Harta. Sebaik menamatkan pengajian di UTM beliau telah berkhidmat dengan Bahagian Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan Malaysia. Selama beberapa tahun. Beliau kemudian menyambung pelajarannya di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Master Komunikasi Korporat. Sebaik menamatkan pengajian Master dengan keputusan 4.0 beliau melanjutkan pengajian di PhD (Komunikasi Kemanusiaan) di USA.

Dr. Rahman melibatkan diri dengan bidang training/latihan/penceramah ketika menjawat sebagai Tutor/Pensyarah Sambilan di Pusat Pendidikan Luar (PPL), UPM dan Pusat Pendidikan Lanjutan dan Professional (PACE) UUM dalam pelbagai bidang disiplin Komunikasi dan Pembangunan Latihan untuk Organisasi. Beliau juga berkhidmat dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kelantan (DPMMNK) sebagai Pengurus Pendidikan Usahawan. Tugas utama beliau di DPMM ialah menganjurkan pelbagai kursus, seminar dan konvensyen untuk usahawan.

Dr Rahman juga ahli Malaysian Institute of Management (MIM), Member Institute of Commercial Management (UK), Fellow Commercial Management Institute (UK) dan Professional Learning Facilitator (PLF). Beliau juga mengikuti Kursus Certificate in Entrepreneurial Management di University of New England Australia.

Dr. Rahman juga adalah seorang Professional Learning Facilitator, Trainer, Motivator, Speaker dan Certified PSMB Trainer. Dr. Rahman juga terlibat mengendalikan kursus Certificate in Executive Development (CED) untuk graduan universiti yang baru menamatkan pengaian yang dikendalikan oleh Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

Beliau terlibat dalam memberikan ceramah/latihan kepada pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam pelbagai bidang soft-skill seperti Komunikasi, Kepemimpinan, Kemahiran Belajar, Pengurusan, Keusahawanan, Pemasaran, Perubahan Organisasi, Etika Sosial, Kerja Sepasukan (Team Building), Pengucapan Awam, Pembangunan Diri, Kemahiran Keibubapaan, Motivasi, Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah, Pengurusan Masa, Pengurusan Stress, Kerja Positif, Kuasa Impian, Mengurus Ketakutan dan sebagainya.