Harun Bin Abu Bakar @ CguJinggo

Harun Bin Abu Bakar @ CguJinggo mendapat pengalaman dan latihan di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang Perhutanan serta pengalaman kerja melalui latihan praktikal di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) selaku Pembantu Pegawai Penyelidik dalam bidang Pendidikan Alam Sekitar pada tahun 1992. Seterusnya melanjutkan pelajaran melalui latihan kerja di Landsdale Farm School, Perth, Australia.

Beliau mendapat tawaran sebagai Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun 2004 dan mula berkhidmat selaku Jurulatih dan Ketua Jurulatih untuk Modul Pembinaan Karektor, Kenegaraan dan Khidmat Komuniti. Bertugas di beberapa kem sepanjang tahun 2004 – 2007. Mulai tahun 2012, beliau mula mempraktikkan kaedah penyampaian yang berasaskan kepada aktiviti, latihan dan game yang berkonsepkan kepada gamification iaitu Effective Learning Activities (ELAS) yang lebih menarik dan tidak membosankan.