Puan Raihan Abdul Rahman

Raihan Abdul Rahman adalah seorang Perunding dan Jurulatih Imej Bertauliah dan merupakan Certified Fashion & Style Consultant serta Certified Colour Consultant daripada ByFerial AICI. Beliau juga adalah HRD Corp Accredited Trainer daripada Perbadanan Sumber Manusia Berhad, selain turut menerima pengiktirafan sebagai Certified NLP Practitioner daripada National Federation of NLP (NFNLP) yang berpusat di Florida, Amerika Syarikat dan Certified Lab Profile Practitioner daripada Success Strategies Canada.

Beliau turut menerima Professional Mastery Learning Facilitator di bawah Take Charge! Learning Facilitator System.

Raihan merupakan ahli kepada Malaysian Association Of Professional Speakers (MAPS) serta ahli kepada Pertubuhan Perunding & Motivasi Malaysia (TAMRIN). Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Raihan mempunyai pengalaman selama 20 tahun sebagai perunding dan jurulatih dan telah berpengalaman mengendalikan lebih dari 2000 program training. Beliau aktif mengendalikan kursus- kursus berkaitan pengurusan imej organisasi, etiket sosial dan protokol, etiket bisnes dan korporat, transformasi pengurusan pelanggan profesional dan etiket dan kemahiran berkomunikasi di dalam organisasi.

Antara tajuk-tajuk Kursus yang pernah beliau kendalikan adalah seperti berikut

  • Corporate Image Grooming
  • The Power of Professional Appearance
  • Create and Master your Self Brand
  • Business & Social Etiquette
  • Excellent Customer Services
  • Transformasi Penampilan & Etika Dalam Imej Profesional
  • Profesional Image Branding