Corporate Image Makeovers
Ketrampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.
OBJEKTIF
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta memantapkan tatacara penampilan diri secara profesional, serta meningkatkan personaliti diri dengan kemahiran komunikasi profesional dan etiket sosial.
KAEDAH PENYAMPAIAN
Pendekatan interaktif dan ‘experiental’ dengan memberi penekanan kepada aspek teori dan amali melalui:
- Ceramah interaktif
- Aktiviti berkumpulan
- Tugasan individu
- Persembahan video
- Role play
- Demonstrasi
KANDUNGAN MODUL
- Modul 1: Grooming 101
- Modul 2: Gaya Personaliti Diri
- Modul 3: Pengaruh Warna Dalam Penampilan
- Modul 4: Mengenali Bentuk Wajah Dan Pengaruhnya Dalam Penampilan
- Modul 5: Penjagaan Kulit Wajah, Teknik Make-Up Ke Pejabat & Hijab Styling
- Modul 6: Teknik Dan Tips Berpakaian
- Modul 7: Komunikasi Profesional
- Modul 8: Etiket Sosial Dan Profesional
TEMPOH PROGRAM
Kursus ini boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan, dan 3 hari untuk peringkat advance.
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus ?
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.