Inovasi Pengurusan Pejabat, Rekod, dan Fail Berkesan
Dalam keadaan persaingan dan cabaran pasaran yang semakin kompetitif, adalah penting untuk membina pendekatan inovatif dan proaktif dalam meningkatkan perkhidmatan organisasi yang bertaraf dunia . Atas tujuan berkenaan, sudah tiba masanya kita menilai dan melaksanakan kemajuan pada sistem fail, rekod dan pengurusan pejabat yang efektif. Penganjuran kursus ini adalah sebagai pendedahan supaya lebih ramai pegawai dan kakitangan kementerian/ jabatan/agensi kerajaan, swasta, dan sebagainya dapat menimba pengetahuan, pengalaman dan pendedahan mengenai Pengurusan Rekod dan Sistem Fail.
OBJEKTIF
- Meningkatkan kesedaran betapa pentingnya pengurusan rekod di kalangan pegawai dan kakitangan sesebuah agensi
- Meningkatkan kemahiran dalam menguruskan rekod agensi masing-masing
- Menigkatkan kemahiran dalam tugas-tugas memproses rekod khususnya dalam tugas penyusunan, penyimpanan, pemeliharaan, penyenaraian serta pemisahan rekod selaras dengan keperluan di bawah ISO 9000 (Kawalan Rekod Kualiti)
- Dapat mengesan kembali (retrieve) dalam tempoh yang singkat mana-mana rekod yang diperlukan untuk rujukan
KAEDAH PENYAMPAIAN
Pendekatan interaktif dan ‘experiental’ dengan memberi penekanan kepada aspek teori dan amali melalui:
- Ceramah interaktif
- Aktiviti berkumpulan
- Tugasan individu
- Persembahan video
- Role play
- Demonstrasi
KANDUNGAN MODUL
- Modul 1 : Teori Dan Praktis Dalam Pengurusan Rekod
- Modul 2 : Operasi Fail
- Modul 3 : Peringkat Akhir Pengurusan Rekod
- Modul 4 : Ciri – Ciri Tempat Penyimpanan Rekod Yang Baik
- Modul 5 : Perundangan Dalam Pengurusan Rekod
TEMPOH PROGRAM
Kursus ini boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan, dan 3 hari untuk peringkat advance.

Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus ?
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.