Motivasi Dan Potensi Diri

Motivasi Dan Potensi Diri

Setiap individu mempunyai potensi diri yang sangat besar dan tidak terduga. Samada potensi itu telah dikeluarkan atau masih lagi terpendam. Apabila potensi individu berjaya dikeluarkan, individu tersebut akan menjalani satu proses EVOLUSI dalam diri individu itu tersendiri. Untuk mencapainya, individu perlu memahami proses Evolusi diri. Evolusi bermaksud perubahan secara berperingkat ke arah yang lebih baik. Dalam bahasa Arab ianya dipanggil ‘ISLAH’, Untuk menjadi individu yang cemerlang di dunia dan akhirat, setiap individu perlu melalui proses EVOLUSI! Tiada Evolusi, kita masih tergolong dalam kategori biasa- biasa sahaja.

 

OBJEKTIF

  • Memupuk komitmen dalam mengharungi kerjaya
  • Mewujudkan budaya kerja positif & meningkatkan kualiti perkhidmatan
  • Memupuk semangat keseronokan bekerja
  • Mewujudkan persekitaran kerja yang harmonis, saling membantu dan memahami sesama rakan

 

KAEDAH PENYAMPAIAN

Setiap sesi dikendalikan dengan menggunakan teknik NLP, pembelajaran berdasarkan pengalaman dan teknik pembelajaran berimpak tinggi dimana peserta akan sentiasa bertenaga dan ceria semasa menimba ilmu. Teknik-teknik ini digunakan bagi memastikan peserta mudah faham isi dan fakta yang bakal disampaikan dan ia akan kekal terpahat dalam minda mereka selamanya.

 

KANDUNGAN MODUL

  • Modul 1 : Evolusi Diri
  • Modul 2 : Evolusi Komunikasi
  • Modul 3 : Evolusi Kerja Berpasukan
  • Modul 4 : Evolusi Organisasi
  • Modul 5 :Evolusi! Penambahbaikan
  • Modul 6 : Pelan Tindakan

 

TEMPOH PROGRAM

Kursus ini boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan, dan 3 hari untuk peringkat advance.

 

Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus ?

Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

Sila isikan borang ini dan kami akan menghubungi anda dengan kadar segera. Terima kasih.

 

Verification