Sikap Kerja Positif

Sikap Kerja Positif

Program pembelajaran berasaskan pengalaman ini direka dengan teliti untuk membantu peserta memahami lebih banyak tentang diri mereka serta bekerja sebagai seorang anggota pasukan. Selain memperbaiki keyakinan diri dan membina kepercayaan di antara rakan kerja, peserta akan memperolehi kemahiran kepimpinan serta kemahiran bekerja secara berpasukan dan membolehkan mereka berdikari di tempat kerja. Melalui program ini, peserta akan mengetahui bagaimana untuk menghadapi cabaran-cabaran ini, berfikir di atas kaki sendiri dan menjadi pekerja yang lebih baik kepada majikan, masyarakat dan negara.

 

OBJEKTIF

  • Mengetahui peranan yang perlu dimainkan oleh mereka sebagai seorang ahli di dalam organisasi
  • Meningkatkan Rasa Seronok bekerja
  • Memperkukuhkan lagi hubungan erat pasukan
  • Teknik mudah Urus Konflik dan Tekanan

 

KAEDAH PENYAMPAIAN

Pendekatan interaktif dan ‘experiental’ dengan memberi penekanan kepada aspek teori dan amali melalui:

  • Ceramah interaktif
  • Aktiviti berkumpulan
  • Tugasan individu
  • Persembahan video
  • Role play
  • Demonstrasi

 

KANDUNGAN MODUL

  • Modul 1 : Cermin Diri 1
  • Modul 2 : Cermin Diri 2
  • Modul 3 : Kerja Pasukan
  • Modul 4 : Komunikasi Berkesan
  • Modul 5 : Urus Konflik
  • Modul 6 : Urus Tekanan
  • Modul 7 : Kecerdasan Spiritual – Memberi Sumbangan
  • Modul 8 : Pemikiran Kritis Dan Ketrampilan Diri

 

TEMPOH PROGRAM

Kursus ini boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan, dan 3 hari untuk peringkat advance.

Kursus Sikap Kerja Positif | UKM | 26-27 November 2013

 

Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus ?

Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

Sila isikan borang ini dan kami akan menghubungi anda dengan kadar segera. Terima kasih.

 

Verification