Towards Excellence Team Culture

Towards Excellence Team Culture

Program pembelajaran berasaskan pengalaman ini direka dengan teliti untuk membantu peserta memahami lebih banyak tentang diri mereka serta bekerja sebagai seorang anggota pasukan. Selain memperbaiki keyakinan diri dan membina kepercayaan di antara rakan kerja, peserta akan memperolehi kemahiran kepimpinan serta kemahiran bekerja secara berpasukan. Dalam program ini, peserta akan diberi penekanan bahawa dalam hidup ini, mereka akan sentiasa berhadapan dengan cabaran-cabaran.

 

OBJEKTIF

  • Memahami 5 formula langkah membudayakan kerja berpasukan bagi mencapai matlamat organisasi
  • Memperkasakan kemahiran kepimpinan
  • Berkomunikasi secara berkesan serta memahami pentingnya komunikasi interpersonal dalam kerja berpasukan
  • Membudayakan semangat bekerjasama dan mengatasi sikap menyalahkan antara satu sama lain dalam mencapai matlamat

 

KAEDAH PENYAMPAIAN

Pendekatan interaktif dan ‘experiental’ dengan memberi penekanan kepada aspek teori dan amali melalui:

  • Ceramah interaktif
  • Aktiviti berkumpulan
  • Tugasan individu
  • Persembahan video
  • Role play
  • Demonstrasi

 

KANDUNGAN MODUL

Modul 1 : Asas Kukuh Kerja Berpasukan

Modul 2 : Anjakan Paradigma

Modul 3 : Pencapaian Hasil Yang Cemerlang

Modul 4 : Pemikiran Kreatif Dan Inovatif

Modul 5 : Pengukuhan Integriti Dalam Diri

Modul 6 : Kemahiran Komunikasi Dalam Kerja Berpasukan

Modul 7: Memprogram Minda

 

TEMPOH PROGRAM

Kursus ini boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan, dan 3 hari untuk peringkat advance.

 

Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus ?

Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

Sila isikan borang ini dan kami akan menghubungi anda dengan kadar segera. Terima kasih.

 

Verification