Kursus Komunikasi Pelanggan: Pemantapan Promoter Kesihatan Dalam Komuniti | 25-26 Oktober 2016
Promoter kesihatan adalah mereka yang turun ke padang bertemu komuniti untuk menyampaikan maklumat kesihatan. Mereka menggunakan pelbagai pendekatan komunikasi untuk mengubah tingkahlaku risiko terhadap kesihatan komuniti.
Mampukah komunikasi mengubah tingkahlaku manusia ?
Maksud yang sama, apabila disampaikan dengan cara berbeza, akan memberi kesan tindak balas dan perlakuan yang berbeza. Kata-kata mempunyai kuasa yang dapat mempengaruhi orang lain, seterusnya mengubah minda dan tingkahlaku apabila diungkapkan dengan betul.
Minda manusia bertindak dengan apa yang disampaikan. Apabila maklumat diterima dengan jelas , maka fizikal akan bertindak dengan pantas.
Kursus ini mendedahkan teknik bagaimana para peserta, yang terdiri daripada promoter kesihatan, mampu mempengaruhi pelanggan mereka (komuniti) dalam misi menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Modul-modul komunikasi pelanggan yang disampaikan adalah bagi tujuan menajamkan kemahiran mereka berhadapan dengan komuniti, seterusnya mampu mendidik dan mempenagruhi komuniti dengan maklumat kesihatan dengan berkesan.
Terima kasih kepada pihak penganjur atas kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk mengendalikan kursus ini selama dua hari. Semoga dengan ilmu yang telah dikongsikan, para peserta akan lebih berkeyakinan dan bermotivasi menjalankan tanggungjawab murni mereka memberi sumbangan yang besar kepada komuniti.
Kami kongsikan di sini sebahagian daripada gambar-gambar yang diambil semasa kursus berlangsung :