Bengkel Team Building LHDN : Transformasi Budaya Kerja Cemerlang | 12-13 Disember 2018

Bengkel Team Building LHDN : Transformasi Budaya Kerja Cemerlang ini telah berlangsung selama dua hari pada 12 – 13 Disember 2018 bertempat di Akademi Percukaian Malaysia, Kuching, Sarawak.

Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd  telah dilantik oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk mengendalikan Bengkel Team Building LHDN : Transformasi Budaya Kerja Cemerlang ini kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Cawangan Kuching, Sarawak. Tahniah kepada pihak penganjur atas usaha penganjuran kursus ini dan tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan minat yang luar biasa!

Bengkel Team Building LHDN

Bengkel Team Building LHDN

Perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang dalam sesebuah organisasi sangat dituntut oleh pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) lebih-lebih lagi dalam era globalisasi. Untuk mencapai tahap yang diharapkan ini modal insan yang berkualiti dan produktif amat diperlukan kerana hanya modal insan seperti ini sahajalah yang berupaya menyumbang kepada perkhidmatan yang berkualiti dan mendorong kepada kecemerlangan organisasi.

Bengkel Team Building LHDN

Bengkel Team Building LHDN

Setiap ahli dalam organisasi tidak kira sama ada pengurus atau pekerja perlu membina perpaduan dan persefahaman bagi menjamin perkhidmatan dan produk yang bermutu tinggi. Bagi merealisasikan keadaan seperti ini pembinaan pasukan kerja  yang mantap perlu diwujudkan dalam  organisasi tersebut.

Bengkel Team Building LHDN

Oleh itu, Awaken Training & Consultancy Sdn bhd mengambil inisiatif ini dengan memperkenalkan kaedah Effective Learning Activities (ELAS). Kaedah ini menggunakan aktiviti-aktiviti dan ‘games’ yang dijalankan sebagai tools dalam sesi latihan. Peserta akan melalui pengalaman di dalam setiap aktiviti dan games yang dijalankan dan mendapat pembelajaran melaluinya atau lebih dikenali sebagai learning by doing atau fun learning dan lebih seronok dalam menjalani latihan.

Bengkel Team Building LHDN

Di penghujung Bengkel Team Building LHDN ini peserta kursus akan dapat:

  • Memahami langkah membudayakan kerja berpasukan bagi mencapai matlamat organisasi.
  • Memperkasakan kemahiran kepimpinan.
  • Berkomunikasi secara berkesan serta memahami pentingnya komunikasi interpersonal dalam kerja berpasukan.
  • Membudayakan semangat bekerjasama dan mengatasi sikap menyalahkan antara satu sama lain dalam mencapai matlamat.
  • Mengaplikasikan nilai-nilai korporat sebagai salah satu eleman dalam kerja berpasukan.
  • Membina budaya kreatif dan inovatif dalam menghasilkan prestasi cemerlang.
  • Memahami pentingnya menjadi SATU pasukandan mengukuhkan persefahaman serta kerjasama.
  • Mendorong dan memotivasikan diri serta rakan lain untuk sentiasa bekerja dalam semangat berpasukan yang jitu dan padu

Bengkel Team Building LHDN

Bengkel Team Building LHDN

Terima kasih kepada penganjur di atas jemputan untuk kami mengendalikan Bengkel Team Building LHDN : Transformasi Budaya Kerja Cemerlang ini kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Cawangan Kuching. Semoga ilmu yang dikongsikan beroleh nilai yang tinggi dan bermanfaat dalam melonjakkan kerjaya dan profesion setiap peserta, dan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Bengkel Team Building LHDN

Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Bengkel Team Building LHDN ini :

  1. Penceramah serta program yang hebat (Frederick – Pembantu Hasil)
  2. Sangat hebat. Terbaik (Cathlyn Aput – Pembantu Hasil)
  3. Amat baik & memuaskan (Saudi B. Bali – Polis Bantuan)
  4. 3 orang penceramah yang bagus. A++ untuk semua (Atiyah Binti Tukiron – Pembantu Am NE2)
  5. Cara penyampaian, aturcara yang menarik dan memuaskan (Bika Anak Andrew Madi – Pembantu Hasil)
  6. Semua kandungan program jelas dan amat berguna untuk saya (Norman Confucius Saludin – Pembantu Am)
  7. Hebat (Regina Martin – Pembantu Hasil NE4)
  8. Terbaik (Hasfarizal B Sirat – Penghantar Notis)
  9. Baik (Kamarudzzaman Bin Abd Ghani – Driver)
  10. Program baik dan sesuai untuk alam pekerjaan dan juga keluarga (Maksumil Anak Kalika –Pembantu Hasil)
  11. Peramah / terbaik / best / cool (Afiq – Pembantu Hasil)
  12. Penceramah terbaik & bertenaga (Mohd Azhar Bin Osen – Pembantu Hasil)
  13. Berpengetahuan, mahir dan senang untuk berkomunikasi (Suria Bin Boeng – Pembantu Hasil Kanan II)
  14. Wow!! Terbaik, padat dengan ilmu (Khalik Padlie – Pembantu Hasil)
  15. Sangat bertenaga dan berkesan (Mohd. Syafiq Arfan – Pembantu Hasil)
  16. Sangat baik. Banyak pengetahuan baru yang diperolehi (Morni B. Amit – Penghantar Notis)
  17. Sangat bertenaga, bersemangat, fun (Eleeza Joseph – Pembantu Hasil)
  18. Sangat luar biasa (Siti Aluyah Bt Sariie – Pembantu Tadbir Hasil)
  19. Cemerlang (Fatimatul Zawiyah Bt Unin – Pembantu Hasil)
  20. Sangat baik (Chan Yen Fang – Pembantu Hasil Kanan)
  21. Terbaek !! (Norzilah Bt Ajis – Pembantu Hasil)
  22. Sangat baik (Abdul Rahim Zainoren – Pembantu Am)

Anda berminat untuk mengadakan bengkel teambuilding ini di tempat anda? klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

 

Related posts

Leave your comment Required fields are marked *