Transformasi Imej Usahawan Profesional |Seminar Keusahawanan Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad | 15 Mac 2016
Pihak Awaken Training & Consulatancy Sdn Bhd telah dijemputkan mengendalikan slot Transformasi Imej Usahawan Profesional dalam Seminar Keusahawanan Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad pada 15 Mac 2016 yang lau di Hotel Sri Langit, Sepang, Selangor.
Cabaran yang wujud di kalangan usahawan adalah kekurangan pakej diri yang hebat kerana kurangnya ilmu dan kemahiran dalam penampilan diri. Ramai usahawan yang mempunyai produk/servis yang hebat di pasaran, namun imej penampilan diri dan kakitangan syarikat kurang hebat dan gagal menambat hati pelanggan mereka pada kali pertama berurusan.
Mempunyai imej yang menarik dan hebat adalah berbeza dengan mempunyai wajah dan tubuh yang menarik dan hebat. Imej yang hebat adalah memiliki pakej diri yang hebat meliputi teknik berpakaian, teknik berkomunikasi dan teknik bertingkah-laku.
Apabila imej diri gagal menarik perhatian dan keyakinan pelanggan, risiko besar adalah produk/servis yang kita tawarkan juga kemungkinan tidak akan berjaya atau lambat menambat hati pelanggan walaupun produk kita adalah yang terbaik di pasaran.
Kita boleh menang pada kali pertama berurusan dengan pelanggan aapabila mempunyai ilmu dan kemahiran yang tepat tentang bagaimana cara mempersembahkan diri dengan profesional, bersesuaian dengan kehebatan produk kita.
Dalam seminar ini pihak kami telah memberikan rundingan profesional mengenai teknik berpakaian yang tepat mengikut waktu/acara/majlis dan tempat ketika berurusan dan dengan siapa anda berurusan.
Kesannya pelanggan akan yakin dan percaya dengan kredibiliti seorang usahawan pada kali pertama dan setiap kali berurusan, seterusnya akan yakin dan percaya dengan apa sahaja yang dinyatakan tentang produknya. Ini pastinya akan memudahkan proses pengiklanan dan penjualan produk seterusnya memudahkan laluan perniagaan seorang usahawan untuk bergerak lebih laju dan maju ke hadapan.
Kami kongsikan di sini gambar-gambar yang diambil semasa program berlangsung.