Bengkel Kecemerlangan Setiausaha | Kolej Poly-Tech MARA | 21 - 23 Julai 2017

Bengkel Kecemerlangan Setiausaha  telah berlangsung selama 3 hari iaitu pada 21 sehingga 23 Julai 2017 di Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur. Tim Perunding Imej Malaysia sangat berbesar hati apabila kami dijemput oleh Kolej Poly-Tech MARA untuk mengendalikan Bengkel Kecemerlangan Setiausaha di sini.

Setiausaha adalah kerjaya yang memerlukan pakej diri yang hebat. Seorang Setiausaha seringkali menjadi tumpuan utama di dalam sesebuah organisasi, disebabkan mereka adalah orang yang paling hampir dengan pengurusan tertinggi. Mereka menguruskan bos-bos yang mempunyai jawatan tinggi, yang terdiri daripada kalangan VIP dan VVIP, yang mempunyai kedudukan dan pengaruh besar dalam hierarki sesebuah organisasi.

Setiausaha juga merupakan front liner, atau barisan hadapan dan WAJAH sesebuah jabatan atau organisasi. Jawatan seorang Setiausaha boleh dikategorikan sebagai ‘high profile’, disebabkan lebih 70% tugasan mereka berurusan dengan pelanggan, tetamu, orang kenamaan dan juga staf dalaman daripada pelbagai peringkat.

Oleh kerana itu, sangat penting seorang Setiausaha sentiasa melonjakkan mutu perkhidmatan dan pakej interpersonal diri mereka secara menyeluruh, merangkumi kemahiran dalam ketrampilan diri, komunikasi profesional dan etiket sosial dan bisnes.

Di samping perlu cekap menjalankan tugasan harian mereka menguruskan majikan, amat penting untuk seorang Setiausaha memiliki kemahiran menguruskan masa dan mengetahui prioriti kerja,  sentiasa positif dalam menunaikan amanah dan memikul tanggungjawab yang diberikan , serta memiliki  kemahiran menguruskan dalaman diri dan mengawal stres dengan baik.

Terima kasih kepada pihak Kolej Poly-Tech MARA di atas kepercayaan yang diberikan dan setinggi penghargaan juga kepada semua peserta yang hadir dari seluruh Malaysia. Modul-modul yang disampaikan adalah pengisian terkini berkaitan kemahiran pengurusan kerja seorang Setiausaha profesional, merangkumi kemahiran komunikasi dengan bos, VIP, staf, tetamu dan pelanggan.  Mereka juga didedahkan dengan etiket sosial dan bisnes dalam membawa diri sebagai Duta organisasi dan bos, serta motivasi dalaman diri dalam melonjakkan mutu perkhidmatan serta mendepani cabaran kerja.

Semoga segala ilmu yang diperolehi sepanjang bengkel ini menjadi satu titik tolak untuk memantapkan kemahiran menguruskan kerjaya dan melonjakkan ketrampilan diri agar sentiasa mencapai kecemerlangan. Semoga segala perkongsian dalam bengkel ini bermanfaat kepada semua peserta yang hadir, InsyaAllah.

Kami kongsikan di sini antara maklumbalas yang diberikan:

  1. “Keseluruhan program dan penceramah ini dapat membantu meningkatkan kerjaya sebagai PA dan setiausaha.” – Junaidah Said (Pensyarah Kanan / Pegawai Eksekutif, KPTM KL
  2. “Penyampaian sangat baik dan mudah untuk difahami.” – Nurul Eqma Rushdan (Kerani, KPTM)
  3. “Sangat profesional.” –  Rokiah Bt Nayan (Kerani Kanan, KPTM)
  4. “Mantap.” – Rosmah Abd. Taib (Setiausaha CEO, KPTM HQ)
  5. “Penceramah memang tahu / ada ilmu dengan isi keseluruhan.” – Nur Restuwati binti Rozah (Kerani, KPTM Kota Bharu)
  6. “Baik.” – Siti Rohaida Azizan (Setiausaha, KPTM Alor Setar)
  7. “Penceramah menerangkan isi ceramah dengan jelas.” – Nordiwana Rohaizad (Setiausaha, KPTM HQ)
  8. “Penceramah mudah didekati, penerangan yang jelas dan mudah difahami.” – Farah Asna Bt Ahmad Pauzi (Kerani, Sumber Manusia)
  9. “Penerangan yang jelas.” – Nor Aisyah Binti Mohd Jumari (Kerani, KPTM)
  10. “Kursus secara keseluruhan berjaya bagi menambah ilmu yang ada.” – Noor Asiah Abas (Kerani Tertinggi, KPTM HQ)
  11. “Alhamdulilah, program yang memberikan ilmu berguna di masa hadapan dalam menjalankan tugas dan untuk peningkatan kerjaya.” – Nur Alia Binti Mohd Jalani (Setiausaha, KPTM)
  12. “Ilmu yang diberikan bertepatan dengan kerjaya sebagai setiausaha.” – Nur Farahana Binti Said (Setiausaha, KPTM Batu Pahat)
  13. “Penceramah baik, program baik.” – Noor Azlia Bt Ahmad (Kerani, KPTM)
  14. “Mudah difahami dan jelas.” – Nurul Asyikin Binti Amran (Setiausaha, KPTM KL)
  15. “She knowledgeable and fun.” – Khairul Azhar Bin Khalid (Pensyarah / Pegawai Eksekutif, KPTM KL)
  16. “Sangat bagus.” – Rohana Binti A Aziz (Kerani Kanan, Ibu Pejabat KPTM)
  17. “Bagus dan berkesan.” – Nor Azlina Daud (Setiausaha / Kerani, KPTM KL)
  18. “Penyampaian yang sangat baik dan berkesan.” Noor Fazila Che Othman (Pembantu Pen. Pengarah, KPTM Kesedar)

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x