Bengkel Ketrampilan Bertutur Profesional Pelajar Pemasaran | Kolej Vokasional Kuala Selangor | 22 Mei 2017

Idea atau buah fikiran yang paling hebat sekalipun tidak mungkin akan diterima dan berkesan kepada para pendengar sekiranya idea dan buah fikiran itu tidak disampaikan dengan berkesan. Oleh itu, bagi memastikan para pendengar tertarik untuk mengikuti sesebuah penyampaian, faham seterusnya dapat mengamalkan perkara-perkara yang disampaikan, maka amat penting seseorang penyampai mempelajari teknik penyampaian yang berkesan.

bengkel ketrampilan bertutur

Pada 22 Mei baru-baru ini, pihak Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd dijemput mengendalikan Bengkel Ketrampilan Bertutur Profesional Pelajar Pemasaran kepada lebih kurang 30 orang pelajar Kolej Vokasional Kuala Selangor.

Kursus ini diadakan untuk memindahkan teknik-teknik dan kemahiran penyampaian berkesan agar para peserta terus dapat memperhebatkan teknik penyampaian mereka selepas tamat kursus ini.bengkel ketrampilan bertutur

bengkel ketrampilan bertutur

Alhamdulillah para peserta yang hadir kelihatan sungguh bersemangat dan teruja dalam sesi pembelajaran. Para peserta aktif mengemukakan soalan-soalan dan kemusykilan mereka selama ini berkaitan teknik penyampaian yang profesional dan terkini. Kami kongsikan di sini antara maklumbalas yang diberikan :

  1. “Bersemangat & berkeyakinan.” – Muhammad Aiman Bin Ridzuan (Pelajar Pemasaran Kolej Vokasional Kuala Selangor)
  2. “Dapat menarik perhatian saya.” – Intan Syuhaidah bt Mohd Zakuan (Pelajar Pemasaran Kolej Vokasional Kuala Selangor)
  3. “ Awesome!!!” – Nur Huda Bt Abd Halim (Pelajar Pemasaran Kolej Vokasional Kuala Selangor)
  4. “ Menarik perhatian dan seronok.”– Nurfarhana binti M.Halim (Pelajar Pemasaran Kolej Vokasional Kuala Selangor)
  5. “Bagus dan meyakinkan saya.” – Amirah Syadiyah bt Shamsudin (Pelajar Pemasaran Kolej Vokasional Kuala Selangor)
  6. “Amat baik.” – Izzah Athirah (Pelajar Pemasaran Kolej Vokasional Kuala Selangor)
  7. “Penceramah menyeronokkan dan efektif.” – Ain Balqis binti Abu Bakar (Pelajar Pemasaran Kolej Vokasional Kuala Selangor)
  8. “Penceramah bertenaga dan berkeyakinan.” – Nur Fasehah Fasha (Pelajar Pemasaran Kolej Vokasional Kuala Selangor)
  9. “She is the best, lots of knowledge, truly inspired me =)” – Siti Zuriany binti Md Zuki (Pelajar Pemasaran Kolej Vokasional Kuala Selangor)
  10. “Semua bagus.” – Nor Syuhaida bt Zainuddin (Pelajar Pemasaran Kolej Vokasional Kuala Selangor)
  11. “ Semua jelas dan bagus.” – Muhammad Hafiz bin Roslin (Pelajar Pemasaran Kolej Vokasional Kuala Selangor)
  12. “Sangat baik dan profesional.” – Ku Mohd Luqman Amir bin Ku Ezani (Pelajar Pemasaran Kolej Vokasional Kuala Selangor)
  13. “Motivasikan diri saya untuk memperbaiki diri.” – Muhammad Firdaus bin Mohd Asri (Pelajar Pemasaran Kolej Vokasional Kuala Selangor)
  14. “Sangat bagus dan bagi impak yang baru.” – Nurul Ainani binti Ramli (Pelajar Pemasaran Kolej Vokasional Kuala Selangor)

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x