Bengkel Pengurusan Bos, Setiausaha dan Diari | UTM Space | 1-2 Nov 2016

Setiausaha adalah kerjaya yang memerlukan pakej diri yang hebat. Seorang Setiausaha seringkali menjadi tumpuan utama di dalam sesebuah organisasi, disebabkan mereka adalah orang yang paling hampir dengan pengurusan tertinggi. Mereka menguruskan bos-bos yang mempunyai jawatan tinggi, yang terdiri daripada kalangan VIP dan VVIP, yang mempunyai kedudukan dan pengaruh besar dalam hierarki sesebuah organisasi.

Setiausaha juga merupakan front liner, atau barisan hadapan dan WAJAH sesebuah jabatan atau organisasi. Jawatan seorang Setiausaha boleh dikategorikan sebagai ‘high profile’, disebabkan lebih 70% tugasan mereka berurusan dengan pelanggan, tetamu, orang kenamaan dan juga staf dalaman daripada pelbagai peringkat.

Oleh kerana itu, sangat penting seorang Setiausaha sentiasa melonjakkan mutu perkhidmatan dan pakej interpersonal diri mereka secara menyeluruh, merangkumi kemahiran dalam ketrampilan diri, komunikasi profesional dan etiket sosial dan bisnes.

Di samping perlu cekap menjalankan tugasan harian mereka menguruskan majikan, amat penting untuk seorang Setiausaha memiliki kemahiran menguruskan masa dan mengetahui prioriti kerja,  sentiasa positif dalam menunaikan amanah dan memikul tanggungjawab yang diberikan , serta memiliki  kemahiran menguruskan dalaman diri dan mengawal stres dengan baik.

Pada 1-2 November yang lalu, kami telah diberi amanah oleh pihak Utm Space untuk mengendalikan Bengkel Pengurusan Bos, Setiausaha & Diari di Hotel Grand Margherita, Kuching, Sarawak. Terima kasih kepada pihak Utm Space di atas kepercayaan yang diberikan dan setinggi penghargaan juga kepada semua peserta yang hadir dari seluruh Malaysia. Modul-modul yang disampaikan adalah pengisian terkini berkaitan kemahiran pengurusan kerja seorang Setiausaha profesional, merangkumi kemahiran komunikasi dengan bos, VIP, staf, tetamu dan pelanggan.  Mereka juga didedahkan dengan etiket sosial dan bisnes dalam membawa diri sebagai Duta organisasi dan bos, serta motivasi dalaman diri dalam melonjakkan mutu perkhidmatan serta mendepani cabaran kerja.

Semoga segala ilmu yang diperolehi sepanjang bengkel ini menjadi satu titik tolak untuk memantapkan kemahiran menguruskan kerjaya dan melonjakkan ketrampilan diri agar sentiasa mencapai kecemerlangan.

Kami kongsikan di sini gambar-gambar yang diambil semasa program :

bengkel pengurusan bos 

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x