Bengkel Transformasi Ketrampilan Diri & Personaliti Profesional | ILP | 12 Disember 2017
Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi.
Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.
Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.
Pada 12 Disember 2017, pihak Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah diberi amanah oleh pihak Institut Latihan Perindustrian (ILP) untuk mengendalikan Bengkel Transformasi Ketrampilan Diri & Personaliti Profesional, di Dewan Alpha, ILP Bukit Katil.
Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya.
Bengkel ini memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Bengkel Transformasi Ketrampilan Diri & Personaliti Profesional ini :
- “Pada pendapat saya, gaya penyampaian penceramah sangat jelas dan brekredibiliti”. – Raszali Bakar
- “Penceramah Bengkel Transformasi Ketrampilan Diri & Personaliti Profesional ini sangat menarik, lembut, mudah difahami”. – Zulhairi Dahalan (Guru)
- “Penceramah sangat baik dan sememangnya mempunyai pengetahuan tentang penampilan imej semasa bekerja”. – Nor Risam Dahalan
- “Bengkel Transformasi Ketrampilan Diri & Personaliti Profesional ini sangat membantu dalam penampilan diri”. – Mohini Kamaruddin (Penolong Pengarah)
- “Pada pendapat saya, program ini mencapai objektif. Penceramah juga berkebolehan”. – Suhaila Yusof
- “Secara keseluruhan, Bengkel Transformasi Ketrampilan Diri & Personaliti Profesional ini amat baik”. – Rafizah Hamdan (Pen. Pegawai Latihan Vokasional)
- “Bengkel Transformasi Ketrampilan Diri & Personaliti Profesional sangat bagus!” – Zainal Daud
Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!