penulisan laporan dan kertas kerja
Encik Mohd Ikram Wazir

Penceramah

Encik Mohd Ikram Wazir
Zoom Meeting

Tempat

Zoom Meeting

Jadual Kursus

9:30 Pagi - 11:00 Pagi
Modul 1
Bahasa Melayu Tinggi & Tatabahasa Penulisan
11:00 Pagi - 11:30 Pagi
Rehat
Minum Pagi
11:30 Pagi - 12:30 Tengahari
Modul 2
Memahami Penulisan Kertas Cadangan
12:30 Tengahari - 2:30 Petang
Rehat
Makan Tengahari / Solat Zohor
2:30 Petang - 3:30 Petang
Modul 3
Memahami Penulisan Kertas Laporan
3.30 Petang - 3.45 Petang
Rehat
3.45 Petang - 4.30 Petang
Modul 4
Amali Penulisan Kertas Cadangan Dan Laporan Berkesan
4:30 Petang -
Kursus Tamat

Tarikh

14 Jan 2021
Expired!

Masa

9:30 am - 4:30 pm

Harga

RM350

Kursus Penulisan Laporan Dan Kertas Kerja

Aktiviti dalam organisasi perlu diurus dengan sistematik bagi memastikan perlaksanaan dan penilaian kepada pelaksanaan dilakukan dengan baik. Kertas cadangan berfungsi sebagai instrumen untuk memudahkan pihak pengurusan memahami cadangan dan gerak kerja bagi pelaksanaan satu-satu aktiviti.

Kertas laporan pula berfungsi sebagai instrumen untuk rekod dan penilaian pelaksanaan aktiviti yang sudah dilaksanakan. Kertas cadangan yang baik menjelaskan secara lengkap semua aspek penting dalam rancangan aktiviti manakala kertas laporan yang berkesan melaporkan secara objektif gerak kerja aktiviti yang sudah dijalankan.

Oleh yang demikian, kemampuan menyediakan kertas cadangan dan kertas laporan yang memenuhi keperluan organisasi adalah penting bagi memastikan kelancaran aktiviti yang dijalankan dalam organisasi. Bengkel ini akan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kaedah pengurusan dan penulisan kertas cadangan dan kertas laporan yang berkesan.

 

OBJEKTIF

Di akhir program ini nanti, peserta akan dapat:

  • Pendedahan kepada peserta mengenai format kertas cadangan dan kertas laporan.
  • Pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan tatabahasa melayu yang betul dalam komunikasi tulisan melibatkan penyediaan kertas cadangan dan kertas laporan.
  • Pendedahan kepada peserta mengenai proses lengkap kertas cadangan dan kertas laporan yang berkesan bermula dari peringkat pra penulisan, penulisan dan pasca penulisan.
  • Pelaksanaan latihan amali dalam proses penyediaan kertas cadangan dan kertas laporan bagi memastikan maklumat yang dipelajari dapat dipraktikkan secara terus.
  • Pendedahan kepada peserta dengan contoh-contoh kertas cadangan dan kertas laporan yang pernah disediakan bagi tujuan rasmi. Contoh ini dirujuk sepanjang proses bengkel berjalan.
  • Pendedahan kepada peserta mengenai keperluan penilaian profil pembaca bagi tujuan memastikan dokumen yang ditulis memenuhi matlamat penyediaannya.

 

SENARAI MODUL

  1. Modul 1: Bahasa Melayu Tinggi & Tatabahasa Penulisan
  2. Modul 2: Memahami Penulisan Kertas Cadangan
  3. Modul 3: Memahami Penulisan Kertas Laporan
  4. Modul 4: Amali Penulisan Kertas Cadangan Dan Laporan Berkesan

 

APA KATA PESERTA

 

Komunikasi dua hala penceramah sangat baik dan berkesan. Program ini sangat memberi banyak ilmu dan perkongsian yang berguna terutama dalam tugasan kerja.

Erina Binti Berahim
Penolong Pustakawan / S29

Penceramah sangat interaktif menjawab pertanyaan peserta kursus walaupun dalam talian  penjelasan tentang kursus yg dibentangkan.

Fatimah Binti Abdullah
Pembantu Pustakawan

Penceramah sgt ceria dan mahir tentang topik yg disampaikan. Cepat memberi respon dalam setiap persoalan peserta. Sangat tidak memboringkan. Berminat utk menyertai kursus yg beliau kendalikan pada masa hadapan.

Andi Syiartazni Kamaluddin
Penolong Pustakawan S32

Penceramah sangat baik dan jelas dalam memberi penerangan dan program ini sangat membantu bagi kami yang masih baharu dalam bidang penulisan kertas kerja dan laporan.

Dayang Rakhmioktalea Watty Yusop
Pegawai Veterinar / GV41

Sangat interaktif dengan peserta dan secara keseluruhan sangat baik.

Resya Soffiana Binti Yassin
Pegawai Veterinar GV41

Penceramah menyampaikan ceramah dengan sangat baik. Program ini juga secara keseluruhan adalah bagus.

Norul Hazanatulhawa Binti Roslee
N19

Penceramah memberikan ceramah dengan baik dan jelas

Intan Arniesa Saturnino
Penolong Pegawai Tadbir, N29

Penyampaian yang jelas untuk memberi pengetahuan secara mendalam terutama cara-cara penggunaan tatabahasa dan komunikasi tulisan.

Florence Muyou
Setiausaha Pejabat N30