Future Ready Drivers’ Refresher Programme (Kursus Pemanduan Berhemah) Siri 3 anjuran Malayan Banking Berhad Pada 7-8 Januari 2023 di Malayan Academy Bangi.
Terima kasih kepada Malayan Banking Berhad, Kuala Lumpur di atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd untuk mengendalikan Future Ready Drivers’ Refresher Programme (Kursus Pemanduan Berhemah) Siri 3 yang telah berlangsung pada 7 Januari sehingga 8 Januari 2023. Kursus ini telah berlangsung di Maybank Academy Bangi dan telah dihadiri oleh seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada pemandu di setiap cawangan Maybank di seluruh Malaysia.
Program latihan Kursus Pemandu Profesional ini direka bentuk untuk mempertingkatkan lagi prestasi kerja pemandu bagi mencapai tahap yang lebih profesional dan berkualiti berasaskan keperluan pihak pengurusan jabatan. Kecemerlangan diri merupakan elemen terpenting kearah mewujudkan imej dan keunggulan sesuatu organisasi. Kakitangan yang bermotivasi dan cemerlang merupakan aset terpenting dalam memajukan sesuatu organisasi. Adalah agak mustahil merealisasikan misi dan visi organisasi jika kecemerlangan diri gagal dijadikan satu budaya yang unggul dan tidak dipraktikkan oleh setiap kakitangan yang berada didalam sesuatu organisasi itu. Justeru, modul kursus ini dirangka khusus untuk mencapai objektif diatas.
Kursus yang dirangka selama 2 hari ini merangkumi semua elemen-elemen terpenting kearah mewujudkan pemandu berbudaya cemerlang di dalam organisasi. Perlaksanaan modul ini dijalankan secara teori dan amali merangkumi 50% amali dan 50% teori. Ianya diadakan secara indoor dan outdoor. Program ini dirangka secara inovatif dan peserta telah mejalani perbincangan serta pembelajaran secara ceria (Fun Learning) melalui pengalaman sendiri seterusnya memperolehi maklum balas dari sesi-sesi yang dijalankan.
Objektif utama Future Ready Drivers’ Refresher Programme (Kursus Pemanduan Berhemah) adalah agar para peserta yang hadir dapat menghayati nilai akhlak dan tertib yang diperlukan oleh setiap pemandu serta para peserta dapat memahami aspek-aspek penting dalam tugasan yang perlu dikuasai oleh setiap pemandu bagi menghasilkan kecemerlangan prestasi. Para peserta juga dapat memahami dan mengenali komponen dan sistem kenderaan, serta dapat menjaga dan mengurus kenderaan dengan lebih baik dan dapat membaiki kerosakan-kerosakan kecil.
Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam kursus selama dua hari ini ialah:
- Modul 1: Peranan Dan Tanggungjawab
- Modul 2: Etika Dan Budaya Kerja Cemerlang
- Modul 3: Peraturan Dan Keselamatan Jalanraya
- Modul 4: Kecekapan Memandu Secara Berhemah dan Kecemasan
- Modul 5: Komponen Dan Sistem Kenderaan
- Modul 6: Panduan Mengesan Kerosakan Dan Pembaikian Kecil
- Modul 7: Cara Pemanduan Pelbagai
Tahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta.
Anda berminat untuk mengadakan Future Ready Drivers’ Refresher Programme (Kursus Pemanduan Berhemah) ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga.