Kursus Etika Pemandu Dan Pengurusan Kenderaan | Suruhanjaya Tenaga | 20 – 21 Mac 2019

Kursus Etika Pemandu Dan Pengurusan Kenderaan Suruhanjaya Tenaga pada 20 – 21 Mac 2019

Tim Perunding Imej Malaysia telah diamanahkan untuk mengendalikan Kursus Etika Pemandu Dan Pengurusan Kenderaan pada 20 – 21 Mac 2019 yang lalu oleh Suruhanjaya Tenaga bertempat di Suruhanjaya Tenaga, Putrajaya.

Program latihan Kursus Etika Pemandu Dan Pengurusan Kenderaan ini direka bentuk untuk mempertingkatkan lagi prestasi kerja pemandu bagi mencapai tahap yang lebih profesional dan berkualiti berasaskan keperluan pihak pengurusan jabatan.

Kecemerlangan diri merupakan elemen terpenting kearah mewujudkan imej dan keunggulan sesuatu organisasi. Kakitangan yang bermotivasi dan cemerlang merupakan aset terpenting dalam memajukan sesuatu organisasi.

Adalah agak mustahil merealisasikan misi dan visi organisasi jika kecemerlangan diri gagal dijadikan satu budaya yang unggul dan tidak dipraktikkan oleh setiap kakitangan yang berada didalam sesuatu organisasi itu. Justeru, modul kursus ini dirangka khusus untuk mencapai objektif diatas.

Kursus ini dirangka selama 2 hari sepenuh masa merangkumi semua elemen-elemen terpenting kearah mewujudkan pemandu berbudaya cemerlang didalam organisasi. Perlaksanaan modul ini dijalankan secara teori dan amali merangkumi 50% amali dan 50% teori. Ianya diadakan secara indoor dan outdoor.

Program dirangka secara inovatif dan peserta akan mejalani perbincangan serta pembelajaran secara ceria (Fun Learning) melalui pengalaman sendiri seterusnya memperolehi maklum balas dari sesi-sesi yang dijalankan.

Antara objektif Kursus Etika Pemandu Dan Pengurusan Kenderaan ini adalah seperti berikut :

  • Dapat menghayati nilai akhlak dan tertib yang perlu oleh setiap pemandu.
  • Dapat memahami aspek-aspek tugas yang perlu diperhatikan atau dikuasai oleh setiap pemandu bagi menghasilkan kecemerlangan prestasi.
  • Dapat memahami dan mengenali komponen dan sistem kenderaan.
  • Dapat menjaga dan mengurus kenderaan dengan lebih baik.
  • Dapat membaiki kerosakan-kerosakan kecil.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Etika Pemandu dan Pengurusan Kenderaan ini :

  1. Kursus ini amat baik dan penting bagi seorang pemandu – Muskillah Ag. Tengah – Pemandu Kanan
  2. Penceramah pandai menarik minat saya – Tajulariffen Bin Ahmad – Pemandu
  3. Terbaik – Duramit Bin Awang – Pemandu Kanan
  4. Memahami dan membuat cadangan yang praktikal – Mohd Suhairy – Pemandu
  5. Friendly dan mudah difahami – Mohd Zulhelmy Zubir – Pembantu Pejabat Kanan
  6. Penceremah yang baik + Senang faham penyampaian – Jefrezen Bin Saidin – Pemandu Kanan
  7. Sangat Baik – Ahmad Saiful Nizam Abu Hanip – Pembantu pejabat
  8. Bagus dan santai – Azmi Bin Khamis – Pemandu
  9. Baik dan berterusan – Sarbani MadNor – Pembantu Pejabat

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Etika Pemandu Dan Pengurusan kenderaan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini beserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x