Kursus High Impact Presentation Skills Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia Pada 19 Januari 2022.
Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas keizinanNya, Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia untuk mengendalikan Kursus High Impact Presentation Skills selama satu hari pada 19 Januari 2022 bertempat di Dewan Seroja KGPA, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Kursus ini disertai oleh seramai 13 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia.
Untuk melakukan ini, tidak mudah. Anda perlu mempunyai Formula Pembentangan yang tersendiri dan unik untuk menjadikan penyampaian anda WOW dan BOM! Maka dengan ini Modul Professional Presenter dirangka untuk dikongsikan dengan organisasi anda. Formula yang akan dikongsikan nanti amat sesuai untuk tahap semua kategori pekerja supaya mereka boleh gunakannya dalam kerjaya mereka nanti.
Sesetengah Presenter suka melakukan aksi terjun padang di awal permulaan presentasinya. Perkara ini jika dilakukan dengan latihan beberapa kali sebelum presentation. Pasti boleh memberikan impak dalam penyampaian anda. Namun sayangnya, selalunya apa yang berlaku ialah Aksi Spontan yang tidak terlatih berlaku. Kesannya selepas itu, presentation anda akan menjadi hambar kerana anda tidak berjaya mengagumkan audien anda. Membina rapport yang kuat bersama audien. Seorang Presenter akan nampak lebih berpengaruh jika mempunyai rapport yang baik dengan audien. Ramai orang jika diberikan pilihan untuk menonton wayang dengan tiket mahal dan ceramah tiket murah. Mereka sanggup menonton wayang. Ini kerana manusia lebih suka kepada hiburan. Jadi. Selitkan dalam Presentation anda unsur-unsur jenaka dan pastikan ianya bertenaga.
Objektif utama kursus high impact presentation skills adalah mengetahui bagaimana untuk mempunyai keyakinan dan mengaplikasi teknik-teknik yang telah diajarkan. Mengetahui juga bagaimana menggunakan kaedah metafora dalam menyampaikan isi penyampaian mereka, mengetahui 5 teknik bahasa badan dalam menyampaikan sesebuah pembentangan, mengetahui bagaimana berinteraksi dengan audien dan membentang secara professional, juga mampu menguasai Imej Diri yang positif dan berkeyakinan di hadapan audien.
Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam kursus selama satu hari ini ialah:
- Modul 1: How To Hook Your Audience
- Modul 2: Develop Your Core Content
- Modul 3: Persuasive Body Language
Terima kasih kepada Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia di atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada Perunding Imej Malaysia untuk Mengendalikan Kursus High Impact Presentation Skills yang berlangsung selama satu hari iaitu pada 19 januari 2022 bertempat di Dewan Seroja KGPA. Alhamdulillah kami bersyukur di atas peluang ini dan sambutan serta maklum balas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam Kursus High Impact Presentation Skills ini.
Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus High Impact Presentation Skills ini:
- Menyeluruh & berkesan untuk kegunaan semasa perbentangan – Siti Nur Fazrin – Pembantu Tadbir
- Penceramah bagus dapat ilmu dengan jelas – Akilah Abd Razak – ACS
- Sangat bagus dan menarik – Nuraimi Syazwani Arif – Membership Executive KGPA
- Sangat bertenaga – Syarizuwan Mansor – Penolong Pengurus KGPA
- Terbaik – Siti Suzana Binti Tupon – Eksekutif F&B
- Terbaik! – Nur Aqilah Mohd Izam – Eksekutif Pentadbiran KGPA
- Terbaik! – Nur Aqilah Mohd Izam – Eksekutif Pentadbiran KGPA
- Fun! – Nur Husna Binti Pauzi – Executive Pemasaran KGPA
Anda berminat untuk mengadakan Kursus High Impact Presentation Skills ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga.