Kursus Komunikasi Berkesan Datumstruct (M) Sdn Bhd Pada 7 Jun 2022

Kursus Komunikasi Berkesan Datumstruct (M) Sdn Bhd Pada 7 Jun 2022

 

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas keizinanNya, Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Datumstruct (M) Sdn Bhd, untuk mengendalikan Kursus Komunikasi Berkesan selama satu hari bertempat di Datumstruct Xperience Centre Kota Damansara, Selangor. Kursus ini dihadiri oleh 22 orang warga kerja Datumstruct (M) Sdn Bhd iaitu Project Manager, Senior Project Executive, Assistant Manager, D&M, Industrial Designer, Fabrication Lead, Operation Executive, Operation Assistant, Store Keeper, Driver Cum Despatch, Assistant Project Manager, Project Executive, Project Cum Quality Executive, Project Supervisor, Project Lead, Project Engineer, Sales Coordinator, Senior Application Engineer, Assistant Application Engineer, Av Installer dan Interior Architect.

 

Kursus Komunikasi Berkesan Datumstruct (M) Sdn Bhd Pada 7 Jun 2022

Seseorang individu yang mampu berkomunikasi dengan baik dan berkesan dapat menonjolkan kewibawaan diri dan organisasinya. Kemahiran komunikasi sangat penting kerana ianya mampu menambaik produktiviti kerja dan meningkatkan keuntungan dan reputasi sesebuah syarikat/organisasi. Kemahiran komunikasi pastinya memberi kesan langsung terhadap kepuasan para pelanggan, pihak atasan, orang kenamaan, pekerja, rakan dan juga pihak media, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan organisasinya. Dalam dunia profesional, kemahiran komunikasi adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang individu berjaya yang menggambarkan kompetensi dan karakternya dalam menjalankan urusannya.

 

Dengan memiliki kemahiran komunikasi, seorang individu akan mampu ‘menjual diri’, iaitu menjual nilai-nilai positif yang ada di dalam diri mereka, contohnya kepintaran, idea yang hebat, kreativiti, kejujuran, kesungguhan dan kewibawaan sebagai seorang ketua atau pegawai yang disegani. Selain itu, melalui kursus ini para pekerja akan dapat mempertingkatkan lagi komunikasi secara profesional yang selaras dengan standard yang telah dimahukan oleh organisasi.

 

Kursus Komunikasi Kursus Komunikasi Berkesan Datumstruct (M) Sdn Bhd Pada 7 Jun 2022Kursus Komunikasi Berkesan Datumstruct

 

Objektif utama kursus komunikasi berkesan adalah untuk memberikan pendedahan, ilmu, teknik dan kemahiran
kepada kakitangan bagaimana berkomunikasi secara berkesan, beretika dan profesional dengan rakan sekerja,
pihak atasan, ahli lembaga pengarah dan pelanggan. Kursus ini juga antaranya akan mendedahkan kepada para
peserta bagaimana menggunakan nada suara yang bersesuaian mengikut urusan kerja dan pelanggan yang ditemui, bagaimana membina rapport yang baik dengan pelanggan, seterusnya memenangi hati pelanggan dan bagaimana berbincang dan berunding secara harmoni dan profesional untuk keuntungan kesemua pihak.

Antara modul-modul yang dikongsikan kepada para peserta dalam Kursus Komunikasi Berkesan Datumstruct (M) Sdn Bhd ini adalah :

• Modul 1: Konsep Komunikasi Dan Kesilapan Dalam Komunikasi Secara Berkesan
• Modul 2: Mengenal 4 Gaya Komunikasi Manusia
• Modul 3: Laras Bahasa dan Skrip Positif Berkomunikasi Secara Berkesan
• Modul 4: Adab Dan Etiket Dalam Komunikasi Berkesan

 

Kursus Komunikasi Berkesan Datumstruct Kursus Komunikasi Berkesan Datumstruct (M) Sdn Bhd Pada 7 Jun 2022

Semoga ilmu yang dikongsikan dapat digunakan sebaiknya dalam membantu meningkatkan kualiti kerja setiap peserta yang menyertai Kursus Komunikasi Berkesan ini. Alhamdulillah kami bersyukur di atas peluang ini dan sambutan serta maklum balas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam ini.

Tahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta.

 

Kursus Komunikasi Berkesan Datumstruct (M) Sdn Bhd Pada 7 Jun 2022Kursus Komunikasi Berkesan Datumstruct (M) Sdn Bhd Pada 7 Jun 2022

Terima kasih kepada Datumstruct (M) Sdn Bhd di atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd untuk mengendalikan Kursus Komunikasi Berkesan ini. Alhamdulillah kami bersyukur di atas peluang ini dan sambutan serta maklum balas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam Kursus Komunikasi Berkesan ini.

Tahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Komunikasi Berkesan ini:

 

  1. Terbaik – Muhammad Shahrul Ashwat Bin Mohd Redhuan – Project Lead
  2. Great – Muhammad Rahimie Bin Abu Bakar – Senior Project Executive
  3. All good – Arshad Zhafran Bin Mohd Azmi – Industrial Designer
  4. Terbaik – Hadi Adli Bin Rousli – Project Executive
  5. Mudah difahami – Afnan Fawwaz Bin Azman – Av Installer
  6. Sangat bagus dan bermanfaat – Yonata Iswa Binti Sagolah – Sales Coordinator
  7. Baik – Ronnie Soong Kit Leong – Project Manager
  8. Informative – Siti Najwahuda Binti Hussin – Operation Executive
  9. Sangat bagus dan penggunaan bahasa yang mudah difahami – Husnatul SyaqirahBinti Abdul Hady – Operation Assistant

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Komunikasi Berkesan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga.

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x