Kursus Imej Dan Etiket Sosial AADK pada 30 Oktober – 1 November 2018. Tim Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dilantik sebagai konsultan untuk mengendalikan Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial bersama pengarah-pengarah, timbalan pengarah dan pegawai-pegawai AADK Negeri dari seluruh Malaysia. Kursus ini berlangsung selama 3 hari bertempat di Pusat Latihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Tahniah kepada semua peserta yang hadir atas komitmen hebat selama tiga hari walaupun di celah kesibukan kerja dan kepadatan jadual, mereka berusaha juga untuk menghadiri dan mengambil bahagian secara aktif sepanjang kursus bagi memantapkan lagi ketrampilan imej diri yang hebat dan luar biasa dalam kursus ini.
Keterampilan diri dan personaliti seorang pemimpin yang menarik dan berpengaruh merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Kemampuan dan kemahiran untuk mempengaruhi seterusnya memimpin orang lain memerlukan seseorang pemimpin itu mempunyai personaliti dan imej diri yang menarik dan mampu memberi inspirasi.
Personaliti yang profesional bagi seorang pemimpin pastinya akan memberi kesan langsung terhadap reputasi dan nama baik sesebuah organisasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang pemimpin. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan aura seorang pemimpin yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.
Keterampilan diri seorang pemimpin pastinya juga memberikan keyakinan ketika berurusan dengan staf, pihak atasan, agensi-agensi lain, pihak media, orang awam dan pemegang saham. Personaliti diri pemimpin yang hebat bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya.
Kursus Imej Dan Etiket Sosial AADK selama tiga hari ini telah memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan para peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.
Kursus Imej Dan Etiket Sosial AADK ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta memahami konsep etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan kaedah komunikasi secara formal dan tidak formal dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, berupaya memahami serta mengamalkan etiket serta protokol rasmi meja makan bagi majlis makan beradab dan majlis buffet, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil hebat dan memancarkan positive vibes ketika bersosial.
Alhamdulillah, semoga semua peserta yang hadir berjaya melakar kejayaan yang hebat dalam membina imej personaliti dan nilai profesional diri yang cemerlang seterusnya melonjakkan reputasi dan kredibiliti syarikat.
Kami Tim Perunding Imej Malaysia berharap agar setiap peserta yang hadir dalam Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial AADK ini dapat mengaplikasikan segala ilmu yang dikongsikan dalam Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial ini demi masa hadapan mereka dan syarikat. Kami juga mendoakan agar para peserta mampu menggunakan seluruh kelebihan dan potensi diri melalui ilmu yang diperolehi daripada kursus ini demi keuntungan dan reputasi syarikat, in sha Allah.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Imej Dan Etiket Sosial AADK yang berlangsung pada 30 Oktober – 1 November ini :
- Penyampaian yang hebat dan menghiburkan! -Wan Madihi Bin Wan Salleh.-Pengarah AADK Sarawak.
- Penyampaian yang menarik dan berjaya menambah pengetahuan peserta.-Mohamad Fahmi Bin Mohamed Raimi.-Pegawai Anti Dadah.
- Kursus ini terbaik! -Mohd Hadith Bin Kamaruddin. – Timbalan Pengarah.
- Penceramah berjaya menyampaikan modul pembelajaran dengan amat baik. -Dzulkhissham Bin Rahmat.-Pengarah.
- Penceramah mempunyai kesungguhan untuk memberi pencerahan kepada setiap persoalan. -Mohd Basharuddin Bin Said.-Pengarah.
- Kursus yang amat baik. -Mohamad Yusof Bin Kameh.-Pengarah AADK Melaka.
- Excellence! – Rujhan Bin Ramli.-Pengarah AADK Pahang.
- Pertuturan suara yang baik dan bermotivasi.-Khairul Anwar Bin Ahmad.-Pengarah AADK Perak.
- Kursus ini bagus! -Azizah Binti Ahmad.-Pengarah.
- Penceramah seorang berpengalaman dan berpengetahuan. -Lily Anak Munan.-Pegawai Anti Dadah.
- Good! – Zawai Bin Harun.-Pengarah AADK Negeri Sembilan.’
- Terbaik! -Mohamad Nor Bin Musa.-Pegawai Anti Dadah.
- Baik. -Nikmat Mohamad Bin Md Yusop.-Pegawai Anti Dadah.
- Kursus Imej Dan Etiket Sosial AADK ini amat baik. -Mohd Azizi Bin Salleh.-Pengarah.
- Baik. -Mohd Zaki Bin Ablah.-Pegawai Anti Dadah.
- Penceramah amat berpengalaman. – Rosland Bin Hussen.-Pegawai Anti Dadah.
- Excellent! – Joannes Yabin.-Pegawai Anti Dadah.
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Imej Dan Etiket Sosial AADK ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!