Kursus Keterampilan Bertutur
Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik oleh Majlis Perbandaran Manjung untuk mengendalikan Kursus Keterampilan Bertutur kepada 35 orang peserta yang terdiri daripada pembantu tadbir dan penolong pegawai yang perlu menyampaikan pengucapan awam dan taklimat kepada pelanggan mereka dan orang ramai.
Kursus Keterampilan Bertutur ini berlangsung selama 2 hari di Dewan Alamanda, Majlis Perbandaran Manjung, bermula pada 10 Julai 2019 dan berakhir pada 20 Julai 2019.
Tahniah kepada pihak penganjur atas usaha penganjuran Kursus Keterampilan Bertutur ini dan tahniah juga atas komitmen hebat setiap peserta yang hadir selama 2 hari ini untuk menimba ilmu dan teknik terkini yang berkesan sebagai seorang yang berkrediliti.
Para peserta terdiri daripada penolong pegawai dan pembantu tadbir yang antara rutin tugasan mereka adalah sering memberikan ucapan sama ada berbentuk taklimat dan ceramah serta lain-lain urusan yang mereka perlu tampil berucap. Mereka bukan sekadar memerlukan keyakinan diri yang tinggi untuk menyampaikan ucapan dan ceramah, malah mereka perlu mahir dengan teknik terkini dan kreativiti menarik perhatian audien untuk mendengar ceramah mereka dan mengambil tindakan atas saranan dan cadangan yang diberikan.
Penceramah yang sederhana memberitahu. Penceramah yang bagus menerangkan. Penceramah yang hebat menunjukkan caranya. Penceramah yang bijak memudahkan.
Mereka juga memerlukan teknik menyusun konten dan ‘flow’ ucapan yang berkesan serta berpengaruh, mahir menggunakan ayat dan laras bahasa yang pelbagai dan ‘multisensori’ untuk disesuaikan dengan audien mereka yang latar belakangnya daripada pelbagai bidang dan industri.
Keberkesanan dalam pengucapan awam terletak kepada tiga perkara asas, iaitu diri pengucap, bahan yang ingin diucapkan dan teknik pengucapan. Idea atau saranan buah fikiran yang paling hebat sekalipun tidak mungkin akan diterima dan berkesan kepada para pendengar sekiranya idea dan buah fikiran itu tidak disampaikan dengan berkesan.
Oleh itu, bagi memastikan para pendengar tertarik untuk mengikuti sesebuah pengucapan, memahami seterusnya mampu mengamalkan perkara-perkara yang disampaikan, amat penting seseorang pengucap mempelajari teknik pengucapan awam yang berkesan dan berpengaruh.
Kursus Keterampilan Bertutur ini diadakan untuk memindahkan teknik-teknik dan kemahiran pengucapan awam serta ketrampilan bertutur yang berkesan agar para peserta terus dapat memperhebatkan teknik pengucapan awam dan ketrampilan bertutur mereka selepas tamat kursus ini.
Kursus Keterampilan Bertutur ini juga diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ketrampilan bertutur dengan memberikan para peserta kemahiran menggunakan teknik Kuasa ‘First Impression’-teknik ketrampilan bertutur dan posture tubuh yang mantap dan berpengaruh.
Seni lontaran suara dan vokal yang padu, posture tubuh yang menarik dan berkesan serta kelebihan menarik perhatian pendengar dengan teknik metafora, konten yang berpengaruh, formula ‘Matching’, formula penggunaan ayat dan perkataan ‘Multisensori’, teknik ‘Empat Penjuru’ dan ‘Powerful Power Slide Presentation’ adalah antara modul yang dikongsikan dengan para peserta yang hadir dalam Kursus Keterampilan Bertutur.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Keterampilan Bertutur ini :
- Sangat berpuas hati kerana saya berjaya mendapat input baru bagi melatih diri ke arah yang lebih berkeyakinan. Program ini berjaya melatih diri saya untuk kelihatan yakin. – Nur Fatihah bt Abdullah – Penolong Pegawai Penilaian
- Program yang sangat bagus, memberi manfaat kepada diri khususnya sebagai penjawat awam yang sentiasa berhadapan dengan orang awam – Raja Salawati – Pembantu tadbir
- Kandungan mudah difahami, kandungan program yang menarik – Lee Jie Ni – Pembantu tadbir
- Penceramah menyampaikan idea beliau dengan jelas dan mampu menarik minat – Firdaus – Pembantu tadbir
- Tatacara penyampaian penceramah dalam kursus ini amat berkesan, mudah difahami – Yatim Mustafar bin Lebar – Penyelia
- Sangat baik – Nur Arliea Emira bt Arshad – Pembantu Setiausaha Pejabat
- Penyampaian yang baik, dan sesuai dengan program yang dikendalikan – Norazira Azua bt Osman – Pembantu Pegawai Penilaian
- Sangat bagus – Nurzul Akhidah bt Ahmad Zulkifly – Pembantu Awam
- Terbaik – Mohamad Shahir bin Mohd Yunos – Penolong Pegawai Seni Bina
- Sangat baik – Nur Atila Eliani bt Zainal Abidin – Pembantu Kesihatan Awam
- Gaya penyampaian adalah sangat baik – Mohd Redzuan bin Abdul Rashid
- Bagus – Akma Nur Fadhiya bt Che Adhanan – Pembantu Tadbir Kewangan
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Keterampilan Bertutur ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini beserta sebutharga!
Kursus Keterampilan Bertutur ini juga diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ketrampilan bertutur dengan memberikan para peserta kemahiran menggunakan teknik Kuasa ‘First Impression’-teknik ketrampilan bertutur dan posture tubuh yang mantap dan berpengaruh.