Kursus Keterampilan Imej Korporat | Majlis Agama Islam Negeri Selangor | 2-3 Februari 2016
Pada 2 hingga 3 Februari yang lalu, pihak Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dijemput dan diberikan amanah untuk mengendalikan Kursus Keterampilan Imej Korporat kepada pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Negeri Selangor. Kursus selama dua hari ini berlangsung di Dewan Muktamar 2 Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Shah Alam.
Selama dua hari ini juga pihak kami komited menyampaikan tujuh modul utama yang menjadi teras kepada pembentukan imej korporat organisasi. Modul-modul adalah merangkumi teknik berpakaian secara profesional dan ‘high profile’ merangkumi dress code mengikut acara, majlis dan tempat, pengaruh warna serta teknik kombinasi warna, pemilihan kasut dan aksesori lelaki dan wanita serta teknik berpakaian mengikut kesesuaian rangka dan bentuk tubuh.
Hari kedua kami berkongsi teknik berkomunikasi secara profesional merangkumi laras bahasa, skrip komunikasi ketika berurusan, vokal, nada suara dan konten percakapan. Akhir sekali peserta ditunjukkan etiket bisnes ketika berurusan secara profesional dan ‘body language’ yang tepat ketika berada di majlis-majlis rasmi.
Terima kasih kepada semua urusetia dan para peserta dari Mais yang komited selama dua hari kursus berlangsung. Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada seluruh pihak yang bertungkus-lumus bekerja bagi memastikan kursus ini berjalan lancar.
Semoga Allah swt melimpahkan rahmat yang berterusan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, dan semoga ilmu yang diperolehi diberkati Allah swt dan mencapai objektif pihak MAIS dalam usaha mencapai VISI organisasi iaitu menjadi organisasi Islam yang teguh, berwibawa, dihormati dan dijadikan contoh.
Alhamdulillah di akhir program kami telah menerima maklumbalas yang memberansangkan daripada para peserta yang hadir, antaranya :
“PROFESIONAL.”
Puan Fadilah bt Rosman, Setiausaha, 019-3359494
“Secara keseluruhan, program ini amat bagus & penyampaian amat jelas & mudah di fahami. “
Puan Fardielah Bt Salam, Pembantu Eksekutif
“Cara penyampaian penceramah amat berprofesional, terang dan mudah difahami.”
Puan Norezati Nadia bt Abd Hamid, Pembantu Eksekutif
“Penceramah sangat bagus dalam penyampaian modul. Program yang sangat penuh dengan input yang dapat membantu peserta mengenali imej mereka.. ”
Puan Anis Azira bt Md Azizi, Pembantu Eksekutif
“Baik untuk diteruskan untuk program akan datang ”
Encik Muhammad Syafiq b Ahmad Fozi, Penolong Pengurus
“Sangat bagus, banyak ilmu yang dapat di beri dan perlu praktikkan.”
Puan Faridah bt Jalal, Pembantu Am Pejabat
“Baik dan mesra, banyak membantu. “
Puan Fardarina bt Mokhri, Pembantu Eksekutif
“Sangat menarik. “
Puan Shahirah bt Moin, Pembantu Eksekutif