Kursus Ketrampilan Diri Dan Imej Profesional Institut Kraf Negara Pada 29 Jun 2018

Kursus Ketrampilan Diri Dan Imej Profesional Institut Kraf Negara Pada 29 Jun 2018 – Pada 29 Jun baru- baru ini, Tim Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dilantik sebagai konsultan untuk mengendalikan Kursus Ketrampilan Diri Dan Imej Profesional Institut Kraf Negara Pada 29 Jun 2018, bertempat di Institut Kraf Negara di Dewan Auditorium Taman Rekreasi Templer, Rawang.

Kursus Ketrampilan Diri Dan Imej Profesional Institut Kraf Negara

Pereka kraf adalah mereka yang mengaplikasikan kemahiran dalam bidang kraf dan mereka adalah ahli di dalam seni kemahiran ketukangan, penciptaan, penggubahan produk dan pengeluaran barangan kraf warisan bangsa Malaysia.

Tanggungjawab dan peranan mereka amat penting dalam usaha memulih dan memelihara seni kraf warisan Malaysia. Mereka berusaha dengan daya kreativiti dan inovatif dalam usaha memaju dan meningkatkan kualiti produk kraf yang dihasilkan.

Kursus Ketrampilan Diri Dan Imej Profesional Institut Kraf Negara

Kursus Ketrampilan Diri Dan Imej Profesional Institut Kraf Negara

Kursus Ketrampilan Diri Dan Imej Profesional Institut Kraf Negara

Kursus ini menekankan modul transformasi imej dan penampilan profesional para pereka kraf Malaysia, iaitu dengan memberikan konsep mengenali dan menghargai nilai personaliti semasa dan bagaimana mengaplikasikan personaliti yang bersesuaian dengan profesion sebagai seorang ahli seni kraf yang profesional dan berkredibiliti.

Antara modul yang dikongsikan ialah ‘Professional Image Branding’, Analisa personaliti dan gaya personaliti diri, Pengaruh Warna serta Teknik dan tips berpakaian.

Terima kasih kepada Institut Kraf Negara atas jemputan dan peluang ini. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam kursus ini semoga bermanfaat agar setiap peserta akan semakin bersemangat dan teruja untuk tampil lebih berketrampilan dan menarik, seterusnya semakin mantap dalam menjalankan tugas dengan perkhidmatan kelas pertama dan cemerlang .

Kursus Ketrampilan Diri Dan Imej Profesional Institut Kraf Negara

Semoga segala ilmu yang diperolehi sepanjang bengkel ini menjadi satu titik tolak untuk memantapkan kemahiran dalam kerjaya ini agar sentiasa mencapai kecemerlangan. Semoga segala perkongsian dalam bengkel ini bermanfaat kepada semua peserta yang hadir, in sha Allah.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Ketrampilan Diri Dan Imej Profesional Institut Kraf Negara ini :

1. Penceramah mengendalikan kursus ini dengan profesional, murah senyuman dan pandai berjenaka! – (Fahazanie Sandy Halim, Pereka)
2. Penceramah yang sangat berkarisma dan program yang sangat santai (Syed Erwan Fahimy, Pereka)
3. Sangat bertenaga dan tidak membosankan. Pandai menarik minat peserta. – ( Fadlina binti Zainal, PembantuPegawai Latihan)
4. Penceramah yang aktif dan berinformasi dalam mengendalikan kursus ini – (Yunus Bin Mahat, Pereka )
5. Kursus Ketrampilan Diri Dan Imej Profesional Institut Kraf Negara ini sangat bagus dan pandai menarik minat peserta! – (Adam bin Abd Lateh, Pembantu Pegawai Latihan)
6. Penceramah berpengetahuan luas dan perwatakan menarik – (June Junit, Pereka)
7. Penceramah memberi ceramah dengan baik, berkesan dan mudah difahami. – (Maglene Sinun, Pereka)
8. Jelas dalam menyampaikan topik dan isi kandungan. – (Izhar Hasibuan, Pembantu Pejabat Latihan)
9. Professional dan up to date tentang isu – isu semasa. – (Muhammad Zaki bin Rameli, Pereka)
10. Kursus Ketrampilan Diri Dan Imej Profesional Institut Kraf Negara ini sangat baik dan penyampaian modul yang jelas.- (MohdZharif Alias, Pereka)
11. Program yang santai dan penceramah bijak berkata-kata! (Mohamad Hafiziz, Pereka)
12. Terbaik! – (Mohd Firdaus, Pembantu Pegawai Latihan)
13. Sangat – sangat baik! –  (Lina Mastura Azman, PembantuPegawai Latihan)
14. Terbaik! –  (Khalijah Awang, Pembantu Pegawai Latihan)
 Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x