Kursus Komunikasi Berkesan | TERAS | 7 November 2017

Seseorang individu yang mampu berkomunikasi dengan baik dan berkesan dapat menonjolkan kewibawaan diri dan organisasinya. Kemahiran komunikasi yang berkesan mampu mengurangkan kesilapan-kesilapan dalam penyampaian maklumat dan mesej penting dalam organisasi. Kesilapan dalam komunikasi pastinya akan membazirkan masa dan melambatkan proses membuat keputusan-keputusan penting dalam organisasi.

Kelemahan dan kesilapan dalam komunikasi juga boleh menyebabkan berlakunya kecederaan emosi dan menegangkan suasana bekerja serta memberikan kesan buruk terhadap perhubungan kerja dan kepuasan dengan para pelanggan, pihak atasan, orang kenamaan, pekerja, rakan sekerja dan juga pihak media, seterusnya memberikan kerugian besar kepada organisasi.

Dalam dunia profesional, kemahiran komunikasi adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang individu berjaya yang menggambarkan kompetensi dan karakternya dalam menjalankan urusannya. Dengan memiliki kemahiran komunikasi, seorang individu akan mampu ‘menjual diri’, iaitu menjual nilai-nilai positif yang ada di dalam diri mereka, contohnya kepintaran, idea yang hebat, kreativiti, kejujuran, kesungguhan dan kewibawaan sebagai seorang ketua atau pegawai yang disegani. Kemahiran komunikasi juga akan menjadikan seseorang pekerja mampu diterima dan disenangi dalam persekitaran kerjanya, seterusnya dia mampu menyumbangkan kelebihan dan potensi dirinya kepada kecemerlangan pasukan dan organisasinya dengan lebih berkesan.

Kursus Komunikasi Berkesan

Pada 7 November 2017, pihak Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dijemput oleh Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd, untuk mengendalikan Kursus  Komunikasi Berkesan bertempat di Bilik Latihan Teras, Klang Sentral, Klang. Para peserta terdiri daripada pengurusan kanan dan pegawai-pegawai yang terpilih bagi memantapkan kemahiran komunikasi mereka terutamanya ketika membentangkan kertas cadangan kepada pihak lembaga pengarah.

Kursus Komunikasi Berkesan

Dalam kursus ini juga, selain mempelajari tentang kemahiran komunikasi berkesan, para peserta juga telah mempelajari teknik penyampaian berimpak tinggi. Kemahiran penyampaian berkesan yang telah dikongsikan kepada para peserta adalah bagaimana menyusun isi penyampaian kertas cadangan secara berstruktur dan berkesan dengan memasukkan butang logik, emosi dan tindakan para pendengar. Keberkesanan dalam sesebuah penyampaian adalah terletak kepada tiga perkara asas, iaitu diri penyampai, bahan yang ingin disampaikan dan teknik penyampaian. Idea atau buah fikiran yang paling hebat sekalipun tidak mungkin akan diterima dan berkesan kepada para pendengar sekiranya idea dan buah fikiran itu tidak disampaikan dengan berkesan.

Kursus Komunikasi Berkesan

Oleh itu, bagi memastikan para pendengar tertarik untuk mengikuti sesebuah penyampaian, faham dan bersetuju seterusnya mampu membuat keputusan dan tindakan daripada cadangan dan perkara-perkara yang disampaikan, maka amat penting seseorang penyampai mempelajari teknik penyampaian yang berkesan.

Kursus Komunikasi Berkesan

Kursus ini telah berjaya memindahkan teknik- teknik dan kemahiran penyampaian berkesan kepada para peserta agar mereka terus dapat memperhebatkan teknik penyampaian mereka dan mengaplikasikan semua teknik yang dikongsikan dalam rutin kerjaya mereka selepas tamat kursus ini.

Kursus Komunikasi Berkesan

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Komunikasi Berkesan ini :

  1. “Program yang dijalankan ini sangat baik dan program sebegini perlu dihadiri oleh semua peringkat kakitangan”. – Norfazlina Basirah (Eksekutif Sumber Manusia)
  2. “Penceramah kursus sangat baik dan membantu peserta dengan garis panduan yang efektif dalam komunikasi berkesan”. – Mohd Hasnul Abdul Rahim (Pengurus Besar)
  3. “Kursus yang dijalankan ini sangat berkesan dan menyeronokkan!” – Mohd Syaidatul Akmar (Eksekutif Sumber Manusia)
  4. “Penceramah banyak memberi idea dan contoh semasa yang berguna semasa menyampaikan kursus ini”. – Nor Liza Abdul Manan (Eksekutif Latihan)
  5. “Penceramah kursus Komunikasi Berkesan ini sangat bagus dan meyakinkan”. – Muhamad Faiz (Eksekutif Sumber Manusia)
  6. “Pada pendapat saya, kursus Komunikasi Berkesan ini bagus dan patut diteruskan!” – Mohd Rifdi Zainal (Eksekutif Latihan)
  7. “Gaya penyampaian penceramah kursus Komunikasi Berkesan sangat jelas dan efektif”. – Murnirah Muda (Eksekutif Audit)
  8. “Kursus Komunikasi ini sangat baik dan penuh dengan aktiviti yang berkesan”. – Suraya Karim (Pembantu Tadbir)
  9. “Kursus yang amat bagus!” – Khairul Hisham Khairudin (Eksekutif Projek)
  10. “Pada pendapat saya, keseluruhan program baik dan berjalan dengan lancar”. – Khairunnisa Ahmad (Eksekutif Pembayaran)
  11. “Kursus yang sangat baik!” – Fadzilah Abd Ghani (Eksekutif)

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x