Kursus Pembentukan Imej Dan Etika Di Meja Makan| Universiti Teknologi Malaysia | 19 Disember 2015
Mahasiswa dan Imej dalam Mendepani Cabaran Semasa
Pada 19 Disember 2015 yang lepas pihak Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah diberi amanah oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia untuk berkongsi kemahiran Pembentukan Imej bersama 36 orang pemimpin pelajar daripada Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia.
Peserta yang hadir ini adalah pemimpin pelajar yang dipilih oleh 25 ribu orang mahasiswa UTM selepas melalui proses pencalonan oleh pihak kolej berdasarkan reputasi dan pencapaian mereka dalam kepimpinan di kolej.
Golongan MPP Universiti bukan sebarangan golongan, di mana zaman sekarang ini mereka diberi perhatian oleh pemimpin negara, aktivis sosial, cendikiawan dan golongan teknokrat, dan mempunyai tempat yang hampir dengan golongan-golongan ini.
Kenapa mahasiswa ini diberi perhatian sedemikian rupa, terutama golongan kepimpinan mahasiswa?
Kerana zaman ini adalah zaman dunia sedang berlaku perubahan komunikasi sosial sejagat yang menuntut kita untuk mampu menjadi adjustable dan adaptable kepada idea dan perubahan yang baru ini.
Apabila berlaku ledakan komunikasi terbuka ini, kewujudan golongan mahasiswa mula dirasai dan menonjol, berbeza dengan mahasiswa dahulu. Apabila kewujudan mereka dirasai, suara desakan mereka menjadi lebih berpengaruh. Apabila suara desakan mereka dilihat berpengaruh, maka mahasiswa terutama pemimpin mahasiwa mula diberi perhatian dan didekati.
Kerana itu kepada para mahasiswa terutama mereka yang berada dalam Majlis Perwakilan Pelajar Universiti, adalah penting bagi anda untuk membina dan memperkasakan imej dan ketrampilan perdana diri anda, meliputi aspek memperaga pendapat dan idea, cara pembawakan diri, kaedah berpakaian, etiket dan adab-adab berurusan, adab berkomunikasi dan kemahiran interpersonal, sekiranya anda mahu memastikan tahap relevansi dan kompetensi anda dalam arus perkembangan zaman ini.
Kami kongsikan di sini antara maklumbalas dari peserta-peserta program :
“Penceramah banyak memberikan contoh serta aplikasi untuk memudahkan kefahaman penonton. Program ini membantu dan dapat memberikan input yang banyak mengenai salah & betul imej .”
– Mariah Syafiqah bt Mohar, Pelajar
“Banyak membantu saya dalam mempelajari ilmu berkenaan pembentukan imej dan etika di meja makan . “
– Afiq Azwan Wan Othman, Pelajar
“Banyak membantu saya dalam mempelajari pelbagai aspek, lebih-lebih lagi penggunaan kutleri . “
– Muhammad Afify b Alwi, Pelajar
“Pendedahan yang bagus untuk pelajar yang boleh dibawa ke alam pekerjaan. “
– Muhammad Su’Aidi b Abdullah, Pelajar
“Awesome, sporting dan profesional .”
– Megat Hafiz b Megat Roslan, Pelajar
“Penceramah yang berketrampilan dan program ini telah mencapai objektifnya. “
– Nur Zahidah bt Mohd Zakaria, Pelajar
“Sangat baik dan berguna untuk zaman kerja nanti. ”
Azyyati Awanis bt Muhamad, Pelajar
“Penceramah yang bagus, penjelasan yang jelas dan menarik.”
Anwar Qadri b Abdullah, Pelajar
Kami turut ingin kongsikan di sini klip video dan gambar-gambar yang sempat diambil semasa kursus berlangsung;
Klip Video Kursus Pembentukan Imej Dan Etika Di Meja Makan| Universiti Teknologi Malaysia | 19 Disember 2015