Kursus Penampilan Profesional Dan Etiket Sosial UTM

Kursus Penampilan Profesional Dan Etiket Sosial UTM – Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan kepada Pejabat Hal Ehwal Korporat, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menjalankan Kursus Penampilan Profesional dan Etiket Sosial pada 6 Jun 2018, bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bharu, Johor.

Kursus Penampilan & Etiket Sosial Universiti Teknologi Malaysia pada 6 Jun 2018. Para peserta terdiri daripada para pensyarah dan pegawai-pegawai Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor Bahru.

Kursus Penampilan Profesional Dan Etiket Sosial UTM

Sekalung penghargaan kepada pihak penganjur atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan kursus ini. Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam kursus ini semoga bermanfaat agar kita terus berjaya dengan cemerlang dan bersyukur dengan kerjaya yang Allah kurniakan kepada kita.

Kursus Penampilan Profesional Dan Etiket Sosial UTMKursus Penampilan & Etiket Sosial Universiti Teknologi Malaysia

 

Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang professional dari segi penampilan, etika dan komunikasi.

Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya.

Program ini memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkan ketrampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.

 

Kursus Penampilan Profesional & Etiket Sosial ini dikendalikan menggunakan teknologi metodologi latihan terkini di mana hampir 70% pengisian dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran secara individu, berpasangan dan berkumpulan. Kesemua aktiviti yang dijalankan telah dirangka dengan teliti bagi memastikan peserta dapat memahami semua modul dengan mudah dan berkesan.

Kursus Penampilan & Etiket Sosial Universiti Teknologi Malaysia

Kursus Penampilan & Etiket Sosial Universiti Teknologi MalaysiaKursus Penampilan & Etiket Sosial Universiti Teknologi Malaysia

 

Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberansangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Kursus Penampilan Profesional Dan Etiket Sosial UTM ini.

  1. Penceramah sangat berpengalaman di dalam bidang yang diceburi- Suraya binti Ibrahim – Pegawai IT
  2. Kursus ini sangat bagus! – Mona Riza Mohd Esa – Pensyarah Kanan
  3. Pengisisan kursus ini sangat menarik– Sapiah Sulaiman – Pegawai Penyelidik
  4. GREAT! – Myzairah Hamzah – Pegawai Penyelidik
  5. Penceramah sangat profesional dan berpengalaman serta berpengetahuan luas dalam bidang ini – Mohd Shahrul Hafiz bin Razak – Pegawai Teknologi Maklumat
  6. Pengisian kursus ini sangat membantu dan penceramah sangat efektif dalam penerangan – Azirah Ahsan – Pembantu Tadbir
  7. Kursus ini amat bagus! – Faizal Jalal – Penolong Pendaftar
  8. Penceramah berpengalaman – Mohd Hafizan Hamzah -HEK
  9. Kursus penampilan dan imej profesional ini sangat baik dan penceramah yang amat cemerlang! – Siti Asiah binti Tukirin – Pegawai Penyelidik
  10. Pengisian kursus amat baik dan memahami keperluan peserta– Safri Wahid – Jurugambar
  11. Kursus terbaik dan mudah difahami – Mohd Redwan bin Adman – Jurugambar
  12. Great programme & very useful – Shaleena Melisa Syed Noor – Pegawai Penyelidik
  13. Menarik! Penceramah faham apa yang disampaikan – Rohizai Zainal – Pembantu Tadbir
  14. Penceramah pandai menarik perhatian para peserta dan tidak melawak keterlaluan – Abu Naqiuddin bin Abu Talib – Pembantu Tadbir

Kursus Penampilan & Etiket Sosial Universiti Teknologi Malaysia

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x