Kursus Pengendalian Mesyuarat & Penulisan Minit Mesyuarat Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) pada 9 – 11 Mac 2021
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas keizinanNya, Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah menjalankan Kursus Pengendalian Mesyuarat & Penulisan Minit Mesyuarat anjuran Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan selama 3 hari secara dalam talian. Terima kasih kepada pihak Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan di atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan kursus ini.
Kursus ini dilaksanakan secara dalam talian dengan menggunakan platform online conferencing iaitu aplikasi Zoom Meeting dan aplikasi XSplit Broadcaster Live Streaming. Kursus yang berlangsung selama dua hari ini telah disertai oleh 20 orang peserta terpilih yang terdiri daripada Peguam Persekutuan, Peguam Undang-Undang, Penolong Pegawai Undang-Undang, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Peguam Kanan Persekutuan, Timbalan Pendakwa Raya, ASP Kepolisan Am, Setiausaha Pejabat, Penolong Kanan Pengaram Kastam II, Penolong Pegawai Tadbir, Penguasa Kastam dan Asistan Superintendan.
Kursus Pengendalian Mesyuarat & Penulisan Minit Mesyuarat ini amat bermanfaat disediakan oleh organisasi untuk diikuti oleh pihak pengurusan atasan, pegawai-pegawai serta kakitangan-kakitangan sokongan berpengalaman yang ingin meningkatkan lagi kemahiran mereka mengurus dan mengendali mesyuarat serta menulis minit mesyuarat.
Setiap peserta dibimbing untuk memahami peranan mereka dalam menyumbang kepada keberkesanan mesyuarat yang dijalankan serta mengetahui perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas mesyuarat termasuklah mengambil nota mesyuarat dan menulis minit mesyuarat yang sistematik dan berkesan, agar mesyuarat yang dilaksanakan menjadi satu pelaburan yang sangat bermanfaat kepada organisasi dan bukannya kos yang membebankan organisasi.
Pengendalian mesyuarat dan penulisan minit mesyuarat serta menyediakan kertas kerja yang berkualiti pastinya amat membantu untuk memudahkan dan melicinkan gerak kerja sesebuah organisasi. Banyak aspek yang perlu diambilkira seperti aspek bahasa, kejelasan maksud, penggunaan ayat yang ringkas dan tepat, format yang digunapakai dan sebagainya. Bahasa dan tatabahasa adalah komponen penting dalam penulisan. Penguasaan bahasa yang betul dan tepat serta mengikut tatabahasa yang disarankan, menjamin kualiti penyampaian maklumat dengan berkesan dalam penulisan dokumen yang bersifat rasmi.
Kursus Pengendalian Mesyuarat & Penulisan Minit Mesyuarat ini dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran para peserta untuk menulis surat rasmi, memo, minit mesyuarat dan menyediakan kertas kerja mengikut format dengan berkesan. Ia turut membantu para peserta untuk memahami fungsi-fungsi mesyuarat dan minit mesyuarat dalam konteks meningkatkan kecekapan pengurusan dan pencapaian matlamat organisasi. Malah, peserta juga berpeluang untuk bersedia dari aspek mental dan fizikal bagi menghadiri mesyuarat serta tidak mengambil mudah terhadap persedian sebelum mesyuarat.
Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam kursus selama tiga hari ini ialah:
- Modul 1: Pengenalan Kepada Mesyuarat
- Modul 2: Persediaan Sebelum Mesyuarat
- Modul 3: Tindakan Semasa Bermesyuarat
- Modul 4: Tindakan Selepas Mesyuarat
- Modul 5: Bahasa Melayu Tinggi & Tatabahasa Penulisan
- Modul 6: Memahami Penulisan Minit Mesyuarat
- Modul 7: Amali Penulisan Minit Mesyuarat
- Modul 8: Tatacara Penulisan Minit Mesyuarat
- Modul 9: Refleksi Dan Pembentangan
Besar harapan kami agar ilmu yang disampaikan dapat digunakan sebaiknya dalam membantu meningkatkan kualiti kerja setiap peserta yang menyertai kusus ini. Sambutan baik yang diberikan oleh para peserta membuatkan kami yakin bahawa setiap daripada mereka mempunyai kesungguhan dan semangat yang tinggi dalam melaksanakan tugasan dengan amanah dan sempurna. Semoga para peserta terus komited dengan tugasan yang telah diamanahkan dan memperoleh sebaik-baik keberkatan dariNya, in sha Allah. Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Pengendalian Mesyuarat & Penulisan Minit Mesyuarat anjuran Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) ini:
- Sangat baik. Pengendalian kursus ini sangat interaktif dan menarik! Topik kursus ini boleh menjadi bosan sekiranya tidak dikendalikan dengan cara yang boleh menarik minat peserta. Tahniah kepada pihak ILKAP, Awaken Training & Consultancy khususnya penceramah dan urusetia – Dina Karhani Kamarudin – Peguam Persekutuan
- Penceramah telah mengendalikan kursus ini dengan jayanya melalui cara penyampaian yang jelas dengan input yang menarik. Meskipun kursus ini dibuat secara atas talian namun matlamat kursus tercapai – Hasniza binti Amzat – Penguasa Kastam
- Kursus yang menarik dan penceramah yang interakitf – Suryani binti Mohamad Suhane – Ketua Penolong Pengarah Kanan
- Penceramah yang sangat berbakat, berpengetahuan tinggi, gaya penyampaian yang menarik – Norhafizah binti Ilias – Pegawai Kanan Polis
- Gaya penyampaian penceramah yang sangat mudah dan berkesan dan kandungan program yang menepati keperluan tugas semasa – Alias binti Mohamed – Penolong Kanan Pengarah Kastam II
- Program ini perlu dihadiri oleh pelbagai peringkat jawatan bagi menambah pengetahuan. Penceramah sangat positif dan membantu peserta kekal aktif dalam program – Nir Dalila binti Zulkiflee – Penolong Pegawai Tadbir
- Cemerlang – Bertram Macstewad a/k Aheng – Pegawai Kanan Polis
- Cara penyampaian penceramah sangat menarik dan mudah faham – Noor Emah binti Amat – Penolong Pegawai Undang-Undang
- Penceramah memahami dan mempunyai pengetahuan yang luas tentang apa yang disampaikan semasa kursus – Siti Fathiah binti Abdul Ghani – Peguam Persekutuan
- Penceramah memberi ceramah yang jelas dan program ini sangat bagus – Istisyad binti Ismail – Peguam Persekutuan
- Penceramah dan program ini amat membantu menambah pengetahuan – Siti Umaimah – Penolong Pegawai Undang-Undang
- Penerangan dan latihan yang diberikan sangat berkesan walaupun terdapat kekangan komunikasi – Noraini binti Ibrahim – Penolong Pegawai Undnag-Undang
- Penceramah terbaik. Objektif program berjaya dicapai – Intan Nurul Farena binti Zainal Abidin – Timbalan Pendakwa Raya
- Sangat proaktif dan menceriakan – Jamilah binti Jamil – Peguam Kanan Persekutuan
- Terbaik – Lily Suriani binti Juki – Setiausaha Pejabat
- Terbaik – Mohamad Shazani Syafiz bin Bahar – Pegawai Undang-Undang
- Bagus – Nadiah binti Isa – Pegawai Undang-Undang
- Terbaik – Nor Baiti binti Hashim – Asistan Superintendan Polis Kepolisan
- Amat baik – Mohd Faizal – Asistan Superintendan Polis (ASP)
- Saya amat berpuas hati – Ame Nur Fazila binti Md Azali – Bahagian Pendakwaan/ Undang-Undang
Anda berminat untuk mengadakan Pengendalian Mesyuarat & Penulisan Minit Mesyuarat ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini berserta sebutharga!