Kursus Pengucapan Awam | Masjid Kampung Johan Setia Klang | 21 Oktober 2017
Keberkesanan dalam pengucapan awam terletak kepada tiga perkara asas, iaitu diri pengucap, bahan yang ingin diucapkan dan teknik pengucapan. Idea atau buah fikiran yang paling hebat sekalipun tidak mungkin akan diterima dan berkesan kepada para pendengar sekiranya idea dan buah fikiran itu tidak disampaikan dengan berkesan.
Oleh itu, bagi memastikan para pendengar tertarik untuk mengikuti sesebuah pengucapan, memahami seterusnya mampu mengamalkan perkara-perkara yang disampaikan, amat penting seseorang pengucap mempelajari teknik pengucapan awam yang berkesan dan berpengaruh.
Pada 21 Oktober 2017, pihak Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dijemput oleh Masjid Kampung Johan Setia Klang untuk mengendalikan Kursus Pengucapan Awam. Tahniah kepada pihak penganjur iaitu barisan jawatankuasa Masjid atas usaha penganjuran kursus ini. Tahniah juga atas komitmen hebat setiap peserta yang hadir seharian penuh menimba ilmu. Para peserta terdiri daripada barisan jawatankuasa Masjid dan ahli pengurusan tertinggi komuniti sekitar Kampung Johan Setia.
Penganjuran kursus ini secara serius dan komited oleh sesebuah Masjid merupakan satu usaha dan trend yang amat membanggakan. Apabila barisan jawatankuasa Masjid gigih mengambil inisiatif untuk memantapkan ilmu pengucapan awam berpengaruh ini, ianya adalah satu tindakan yang tepat, relevan dan dinamik dengan tanggungjawab dan peranan mereka sebagai agen perubahan komuniti setempat.
Sebagai agen perubahan yang paling dekat dengan komuniti, amat penting seseorang yang memegang jawatan dan amanah dalam komuniti untuk sentiasa relevan dalam mempengaruhi masyarakat kepada nilai-nilai dan prinsip kebaikan. Memiliki kemahiran dalam pengucapan awam pastinya merupakan bonus yang mampu melonjakkan nilai sosial diri mereka untuk menjadi ikon dan inspirasi dalam membawa nilai dan mutiara kebaikan yang diperjuangkan kepada masyarakat setempat.
Kursus ini diadakan untuk memindahkan teknik-teknik dan kemahiran pengucapan awam serta ketrampilan bertutur yang berkesan agar para peserta terus dapat memperhebatkan teknik pengucapan awam dan ketrampilan bertutur mereka selepas tamat kursus ini.
Kursus pengucapan awam ini juga diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ketrampilan bertutur dengan memberikan para peserta kemahiran menggunakan teknik Kuasa ‘First Impression’-teknik ketrampilan bertutur dan posture tubuh, teknik vokal yang mantap dan berpengaruh, kemahiran membangunkan peta presentasi dalam konten pengucapan menggunakan formula konten marketing, formula ‘Matching’, formula ‘Multisensori’ dan teknik ‘Empat Penjuru’.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pengucapan Awam ini :
- “Cara penyampaian penceramah Kursus Pengucapan Awam ini sangat jelas, terang, dan mengujakan”. – Siti Nazirah Abdul Aziz
- “Kursus ini sangat baik! Saya sangat faham dengan cara penyampaian penceramah”. – Hilinorazna Ismail
- “Kursus Pengucapan Awam ini mantap dan terbaik!” – Rosinah Kamari
- “Penceramah kursus ini sangat berpengetahuan dan memahami keperluan audience”. – Zainudin Ismail
- “Pada pendapat saya, Kursus Pengucapan Awam ini baik dan bermanfaat”. – Adzhar Ahmad
- “Program yang diadakan sangat baik dan boleh diteruskan pada masa-masa akan datang.” – Ismail Mamat
- “Saya sangat berpuas hati dengan Kursus Pengucapan Awam yang diadakan, kerana ia sangat bermanfaat”. – Jeffry Isa
- “Terbaik bagi keseluruhan program!” – Azli Masri
- “Penceramah Kursus Pengucapan Awam sangat berketerampilan”. – Rosidah Jaafar
- “Program yang diadakan ini sangat baik!” – Mohd Johari Abd Majid
- “Kursus Pengucapan Awam yang diadakan ini bagus!” – Rosli Marjumin
Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini beserta sebutharga!