Kursus Transformasi Imej Profesional & Pengurusan Majlis | IDB | 11-13 Oktober 2016

Bagaimana cara kita dilihat adalah bagaimana cara organisasi tempat kita bekerja dilihat. Imej itu adalah gambaran yang kita berikan kepada umum tentang diri kita dari sudut luaran hasil daripada apa yang terpancar dari dalaman diri kita.

Imej sesebuah organisasi adalah persepsi orang lain terhadap organisasi itu setelah mereka melihat bagaimana cara orang-orang di dalam organisasi itu mempersembahkan diri mereka kepada umum melalui cara penampilan termasuk pakaian, komunikasi, tingkah-laku dan segala yang berkaitan dengan diri individu itu sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Ada yang mengatakan bahawa penampilan diri seseorang kakitangan itu tidak penting dan tidak harus dijadikan ukuran untuk menilai kebolehan, pengalaman, kredibiliti dan kompentensinya dalam melakukan pekerjaannya, seperti pepatah yang mengatakan “Never judge a book by its cover”. Ini merupakan satu tanggapan yang tidak benar. Kita tahu kebolehan, bakat, kompetensi, nilai-nilai yang baik serta niat mulia kita. Namun bagaimana dengan orang lain yang berurusan dengan kita, yang mungkin baru mengenali diri kita untuk kali pertama, dan pertemuan itu hanya berlangsung dalam masa yang singkat?

Dalam kita berurusan dengan dunia yang mengelilingi diri kita, kita terpaksa berurusan dengan puluhan dan kadang-kala ratusan manusia setiap hari. Adakah mereka semua mampu menyelami kedudukan diri kita yang sebenar? Manusia-manusia inilah yang akan membuat tanggapan terhadap diri kita dalam tempoh pertemuan yang singkat itu. Jarang ada manusia yang terkecuali untuk tidak perlu memperdulikan apa tanggapan orang terhadap dirinya.

Pada 11-13 Oktober yang lalu telah berlangsung Kursus Transformasi Imej Profesional & Pengurusan Majlis bersama warga DBKL di Institut Latihan Kakitangan DBKL, Cheras. Selama tiga hari pihak kami berkongsi ilmu dan maklumat berkaitan Imej Profesional dan Pengurusan Majlis Rasmi. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur yang menjemput kami untuk berkongsi ilmu dan kepakaran, dan tahniah diucapkan kepada warga DBKL yang hadir dan komitmen yang diberikan sepanjang kursus berlangsung. Semoga ilmu yang disampaikan menjadi satu titik tolak untuk para peserta yang hadir memantapkan penampilan profesional mereka seterusnya meletuskan potensi yang ada dalam diri untuk melonjakkan reputasi diri dan organisasi.

Kami kongsikan di sini gambar-gambar yang diambil semasa program berlangsung.

kursus pengurusan majlis     

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x