Kursus Peningkatan Imej Petugas Kaunter | KDN |
19 – 21 Mei 2017

Usah sekali-kali mengabaikan seorang pelanggan. Tiada apa pun alasan untuk berbuat demikian, walaupun kita mempunyai berpuluh-puluh orang pelanggan yang datang dan inginkan perkhidmatan kita. Hampir semua pelanggan mampu memahami kesibukan kita, dan kebanyakkannya akan sanggup menunggu jika kita berusaha untuk berkata sesuatu seperti, “Terima kasih kerana datang ke sini. Saya akan melayani Encik secepat mungkin.” atau “Terima kasih kerana menunggu dan kami mohon maaf atas kesulitan yang Tuan hadapi”. Hanya jika pelanggan terasa bahawa kita tidak tahu atau tidak peduli tentang kehadirannya yang akan besar kemungkinan menyebabkan pelanggan tidak berpuas hati, marah atau menyebabkan keadaan menjadi lebih tegang.

kursus peningkatan imej petugas kaunter

Kursus Peningkatan Imej Petugas Kaunter yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 19 Mei hingga 21 Mei 2017, bertempat di ILKM, Pulau Pinang bagi petugas-petugas kaunter Kementerian Dalam Negeri (KDN).

kursus peningkatan imej petugas kaunter

Tahniah buat semua peserta yang terdiri daripada petugas kaunter Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan yang datang dari seluruh Negeri Pulau Pinang, atas komitmen luar biasa sepanjang kursus 3 hari ini di hujung minggu, untuk menimba ilmu bagi memantapkan lagi kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.

kursus peningkatan imej petugas kaunter

Kursus ini memberikan teknik berhadapan dengan jangkaan pelanggan, teknik komunikasi dan adab bersama pelanggan, serta bagaimana menangani pelanggan yang mencabar.

 kursus peningkatan imej

Alhamdulillah, semua peserta sangat berpuas hati, banyak ilmu imej dan teknik komunikasi yang dipelajari dan boleh diaplikasikan. Semoga imej petugas-petugas kaunter Kementerian Dalam Negeri akan terus mantap. Anda adalah duta kecil organisasi.

Kami kongsikan di sini antara maklumbalas peserta-peserta yang diberikan:

  1. “Sangat hebat.. sangat memberi kesan (dapat pengetahuan & input) yang jelas.” – Noor Azrin binti Idris (Penolong Pegawai Pendaftaran JPN)
  2. “Program ini banyak memberikan pengetahuan yang lebih mendalam dalam saya mengenali diri saya. Pegawai penceramah yang pandai mengawal keseluruhan program dan menarik minat untuk mengikuti lebih lanjut program ini.” – Abdul Aziz bin Busri (Pegawai Imigresen KP19 JIM)
  3. “Memang terbaik dan sesuai dengan tajuk kursus.” – Nik Badriah Nik Hashim (Pembantu Tadbir KDN)
  4. “Baik dan sangat membantu.”– Salehah binti Amir (Pembantu Pendaftaran JPN)
  5. “Program menarik dan berkesan. Penceramah berjaya menarik perhatian peserta.” – Ezetti binti Ezhard (Pembantu Tadbir N19 KDN)
  6. “Penceramah menyampaikan mesej/ilmu mudah difahami.” – Siti Azura binti Abdul Rahman (Pembantu Tadbir KDN)
  7. “Tenang, peramah, pertuturan yang jelas dan cantik.” – Djihan binti Khalid (Pembantu Tadbir P10 N19 JPPM)
  8. “Sangat menarik perhatian dalam membuat penerangan.” – Muhammad Zulfitri bin Amir Hamzah (PSH KDN)
  9. “Cara penyampaian mudah difahami.” – Naslina binti Husain (Pembantu Tadbir KDN)
  10. “Puas hati dan ramah mesra.” – Evelyn Bimiana Kueh (Pembantu Pendaftaran JPN)
  11. “Sangat bagus.” – Ali Imran bin Alimar (Pembantu Tadbir KDN)
  12. “Sangat membantu dalam meningkatkan imej.” – Norhamizah bte Jumadi (Pegawai Khidmat Pelanggan N19 KDN)
  13. “Fokus, mesra, komunikasi dengan peserta dengan baik, best.” – Evilona binti Makade (Pembantu Pendaftaran JPN)
  14. “Gaya bersahaja yang padat dengan isi dan kefahaman.” – Siti Hajar binti Mohd Said (Pembantu Tadbir JPPM)
  15. “Penceramah mampu menarik minat dan perhatian dengan isi yang padat dan gaya penyampaian penceramah yang efektif.” – Rokiah binti Razalli (Pembantu Pendaftaran Latihan Kecemerlangan MARA Pulau Pinang)
  16. “Penceramah sangat efisien, program ini memberi banyak ilmu baru.” – Rosfadilah binti Mohd Nawi (Pegawai Imigresen Gred KP19 JIM Putrajaya)
  17. “Sangat bagus. Penceramah yang mudah mesra dan tidak lokek ilmu – Terima kasih -.” – Amirah binti Anuar Abidin (Pegawai Imigresen JIM)
  18. “Saya amat menyukai keseluruhan program tersebut.” – Siti ‘Aisyah Basirun (Pembantu Pendaftaran JPN)
  19. “Penceramah berpengetahuan luas, dan program ini membantu saya untuk mengenali personaliti diri.” – Myrassoll Bienado Anak Banua (Pegawai Imigresen KP19 JIM)

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x