KURSUS PENULISAN LAPORAN DAN KERTAS KERJA – Aktiviti dalam organisasi perlu diurus dengan sistematik bagi memastikan perlaksanaan dan penilaian kepada pelaksanaan dilakukan dengan baik. Kertas cadangan berfungsi sebagai instrumen untuk memudahkan pihak pengurusan memahami cadangan dan gerak kerja bagi pelaksanaan satu-satu aktiviti.
Kertas laporan pula berfungsi sebagai instrumen untuk rekod dan penilaian pelaksanaan aktiviti yang sudah dilaksanakan. Kertas cadangan yang baik menjelaskan secara lengkap semua aspek penting dalam rancangan aktiviti manakala kertas laporan yang berkesan melaporkan secara objektif gerak kerja aktiviti yang sudah dijalankan.
Oleh yang demikian, kemampuan menyediakan kertas cadangan dan kertas laporan laporan yang memenuhi keperluan organisasi adalah penting bagi memastikan kelancaran aktiviti yang dijalankan dalam organisasi. Bengkel ini akan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kaedah pengurusan dan penulisan kertas cadangan dan kertas laporan yang berkesan.
Para peserta yang hadir diberikan :
- Pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan tatabahasa melayu yang betul dalam komunikasi tulisan melibatkan penyediaan kertas cadangan dan kertas laporan laporan.
- Pendedahan kepada peserta mengenai proses lengkap kertas cadangan dan kertas laporan laporan yang berkesan bermula dari peringkat pra penulisan, penulisan dan pasca penulisan.
- Pelaksanaan latihan amali dalam proses penyediaan kertas cadangan dan kertas laporan laporan bagi memastikan maklumat yang dipelajari dapat dipraktikkan secara terus.
- Pendedahan kepada peserta dengan contoh- contoh kertas cadangan dan kertas laporan laporan yang pernah disediakan bagi tujuan rasmi. Contoh ini dirujuk sepanjang proses bengkel berjalan.
- Pendedahan kepada peserta mengenai keperluan penilaian profil pembaca bagi tujuan memastikan dokumen yang ditulis memenuhi matlamat penyediaannya.
METODOLOGI KURSUS
Pendekatan yang digunakan dalam bengkel ini adalah berbentuk :
- PEMBENTANGAN JURULATIH
Peserta akan diberikan pembentangan menggunakan alat bantuan visual (powerpoint dan nota) bagi memudahkan kefahaman.
- AKTIVITI & ENERGIZER
Setiap sesi akan dijalankan dengan aktiviti yang dapat meningkatkan minat dan kefahaman peserta contohnya komunikasi 2 hala, permainan, perbincangan kumpulan dan persembahan.
- PERKONGSIAN PENGALAMAN
Bengkel dikendalikan secara bebas. jurulatih dan peserta bebas berkongsi pengalaman yang dapat membantu menambah nilai kefahaman.
- PENILAIAN
Penilaian pra dan pasca dilaksanakan bagi melihat perubahan dalam kefahaman peserta. Penilaian berkala berbentuk latihan, kuiz, penilaian latihan amali dan penilaian rakan peserta juga dilaksanakan.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Penulisan Laporan Dan Kertas Kerja ini :
1.Pertama kali pergi ke bengkel berkaitan dengan penulisan tidak membosankan. Good job! (Maslina bt Mohd Ali, Pen. Pegawai)
2.Penceramah amat berilmu dalam tajuk kursus dan mampu untuk memberikan pembentangan dalam bentuk yang tidak membosankan. (Nur Adriza Jamil, Pen. Pegawai)
3.Tujuan program ini tercapai dengan maklumat yang berguna untuk diguna pakai. (Nurul Shifa, Pen. Pegawai)
4.Menarik dan memberikan sesuatu idea yang bernas (Siti Nurkhaslinda)
5.Sangat baik dan mencapai objektif.(Nurul Husna Aziz)
6.Memuaskan dan pandai menghiburkan hati peserta kursus. (Norazlina, Pembantu)
7.Penceramah sangat bagus dan memuaskan. Program sangat berguna kepada pegawai dan sangat baik. (Siti Azlina, Pen. Pegawai )
8.Input yang berguna. Penceramah sangat ceria. (Mas Izzati, AVO)
9.Good. Keep up the good work! (Mogana, PKP)
10.Terbaik. Kena dengan pegawai yang berkursus. (Faeza Anuar, P. Awam H11)
11.Sangat berguna dalam pekerjaan. (Noraziah binti Ayop, Pen. Pegawai)
12.Awesome! (Nur Shuhada binti Sahar, Pen. Pegawai G32)