Kursus Penulisan Laporan Dan Kertas Kerja Institut Latihan Sektor Awam Negeri Pada 19 – 20 November 2020

Kursus Penulisan Laporan Dan Kertas Kerja

 

Alhamdulillah, pada 19 – 20 November 2020 yang lalu Tim Awaken Training & Consultancy telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) untuk mengendalikan Kursus Penulisan Laporan Dan Kertas Kerja. Kami amat berbesar hati apabila diberi peluang untuk mengendalikan kursus ini secara dalam talian kepada hampir 28 orang daripada pelbagai Jabatan antaranya PNS, Sandakan, UPNM Sandakan, Pejabat Hasil Bumi, Jabatan Perikanan, JPS, LKNS dan PD Kinabatangan ini menggunakan platform Zoom Meeting.

 

Kursus Penulisan Laporan Dan Kertas Kerja Awaken TrainingKursus Penulisan Laporan Dan Kertas Kerja Awaken Training.jpgKursus Penulisan Laporan Dan Kertas Kerja Awaken TrainingKursus Penulisan Laporan Dan Kertas Kerja Awaken Training

 

 

Aktiviti dalam organisasi perlu diurus dengan sistematik bagi memastikan perlaksanaan dan penilaian kepada pelaksanaan dilakukan dengan baik. Kertas cadangan berfungsi sebagai instrumen untuk memudahkan pihak pengurusan memahami cadangan dan gerak kerja bagi pelaksanaan satu-satu aktiviti.

Kertas laporan pula berfungsi sebagai instrumen untuk rekod dan penilaian pelaksanaan aktiviti yang sudah dilaksanakan. Kertas cadangan yang baik menjelaskan secara lengkap semua aspek penting dalam rancangan aktiviti manakala kertas laporan yang berkesan melaporkan secara objektif gerak kerja aktiviti yang sudah dijalankan.

Oleh yang demikian, kemampuan menyediakan kertas cadangan dan kertas laporan laporan yang memenuhi keperluan organisasi adalah penting bagi memastikan kelancaran aktiviti yang dijalankan dalam organisasi. Bengkel ini akan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kaedah pengurusan dan penulisan kertas cadangan dan kertas laporan yang berkesan.

Kursus Penulisan Laporan Dan Kertas Kerja Kursus Penulisan Laporan Dan Kertas Kerja Awaken Training

 

 

 

 

 

 

 

 

Di akhir program ini nanti, peserta akan dapat :

  1. Pendedahan kepada peserta mengenai format kertas cadangan dan kertas laporan laporan.
  2. Pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan tatabahasa melayu yang betul dalam komunikasi tulisan melibatkan penyediaan kertas cadangan dan kertas laporan laporan.
  3. Pendedahan kepada peserta mengenai proses lengkap kertas cadangan dan kertas laporan yang berkesan bermula dari peringkat pra penulisan, penulisan dan pasca penulisan.
  4. Pelaksanaan latihan amali dalam proses penyediaan kertas cadangan dan kertas laporan laporan bagi memastikan maklumat yang dipelajari dapat dipraktikkan secara terus.
  5. Pendedahan kepada peserta dengan contoh– contoh kertas cadangan dan kertas laporan laporan yang pernah disediakan bagi tujuan rasmi. Contoh ini dirujuk sepanjang proses bengkel berjalan.
  6. Pendedahan kepada peserta mengenai keperluan penilaian profil pembaca bagi tujuan memastikan dokumen yang ditulis memenuhi matlamat penyediaannya.

 

 

 

 

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan setiap peserta yang hadir akan semakin mantap dan cemerlang dalam mendaki tangga kejayaan kerjaya serta kehidupan peribadi.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Penulisan Laporan Dan Kertas Kerja ini :

  1. Penceramah memberikan ceramah dengan baik dan jelas – Intan Arniesa Saturnino – Penolong Pegawai Tadbir, N29
  2. Komunikasi dua hala penceramah sangat baik dan berkesan. Program ini sangat memberi banyak ilmu dan perkongsian yang berguna terutama dalam tugasan kerja. Tempoh masa program agak singkat dan mungkin perlu ditambah. – Erina Binti Berahim – Penolong Pustakawan / S29
  3. Penceramah sangat ceria dan mahir tentang topik yg disampaikan. Cepat memberi respon dalam setiap persoalan peserta. Sangat tidak memboringkan. Berminat utk menyertai kursus yg beliau kendalikan pada masa hadapan. – Andi Syiartazni Kamaluddin – Penolong Pustakawan S32
  4. Terbaik – Chew Shit Yin@ Christine Chew – S26
  5. Penyampaian yang jelas untuk memberi pengetahuan secara mendalam terutama cara-cara penggunaan tatabahasa dan komunikasi tulisan. – Florence Muyou – Setiusaha Pejabat N30
  6. Baik – Siti Rahmah Binti Rahim – W19
  7. Penceramah terbaik – Masni binti ahmad – Pembantu Tadbir N19
  8. Penceramah sangat interaktif menjawab pertanyaan peserta kursus walaupun dalam talian  penjelasan tentang kursus yg dibentangkan. – Fatimah Binti Abdullah – Pembantu Pustakawan
  9. Penceramah berpengetahuan luas.- Fiona Jamiyan – N29
  10. Sangat baik cuma masa tidak mencukupi. tempoh kursus perlu dipanjangkan atau lanjutan untuk kursus seperti ini. – Siti Alimah Binti Awang Saleh – Pembantu Tadbir (P/O)
  11. Sangat interaktif dengan peserta dan secara keseluruhan sangat baik. – Resya Soffiana Binti Yassin – Pegawai Veterinar GV41
  12. Terbaik – Nur Era Safiqah binti Yusril – Pembantu Operasi N11
  13. Penceramah sangat baik dan jelas dalam memberi penerangan dan program ini sangat membantu bagi kami yang masih baharu dalam bidang penulisan kertas kerja dan laporan.- Dayang Rakhmioktalea Watty Yusop – Pegawai Veterinar / GV41
  14. penceramah menyampaikan ceramah dengan sangat baik. Program ini juga secara keseluruhan adalah bagus. – Norul Hazanatulhawa Binti Roslee – N19
  15. Sangat mudah difahami – Syarafina Kok – Pembantu Setiausaha Pejabat N19.
  16. Sangat baik – Jubin bin Kamudi – S19

 

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Penulisan Laporan Dan Kertas Kerja ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x