Kursus Penyediaan Kertas Kerja anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah pada 12 Mei 2022
Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas keizinanNya, Tim Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd berjaya menjalankan Kursus Penyediaan Kertas Kerja anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah pada 12 Mei 2022. Terima kasih kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah kerana telah melantik Tim Perunding Imej Malaysia sebagai penyedia latihan untuk Kursus Penyediaan Kertas Kerja ini. Kursus ini berjaya dilaksanakan dengan menggunakan platform online conferencing iaitu aplikasi Zoom. Kursus yang berlangsung selama satu hari ini telah disertai oleh 85 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah yang dibawah bahagian Pembantu Tadbir, Penolong Pegawai Tadbir, Pemelihara Hutan, Pegawai Khidmat Pelanggan, Penolong Pegawai Pertanian, Pegawai Kebudayaan, Pembantu Pustakawan, Pembantu Pentadbir Tanah, Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar, Pembantu Awam, Pembantu Operasi, Pegawai Laut, Juruteknik Komputer, Penolong Akauntan, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pegawai Kebudayaan, Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma, Jurupulih Perubatan, Pegawai Perikanan, Pembantu Setiausaha Pejabat, Penolong Pegawai Undang-Undang, Pelukis Pelan dan Pembantu Makmal
Aktiviti dalam organisasi perlu diurus dengan sistematik bagi memastikan perlaksanaan dan penilaian kepada pelaksanaan dilakukan dengan baik. Kertas cadangan berfungsi sebagai instrumen untuk memudahkan pihak pengurusan memahami cadangan dan gerak kerja bagi pelaksanaan satu-satu aktiviti.
Oleh yang demikian, kemampuan menyediakan kertas cadangan dan kertas laporan laporan yang memenuhi keperluan organisasi adalah penting bagi memastikan kelancaran aktiviti yang dijalankan dalam organisasi. Bengkel ini akan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kaedah pengurusan dan penulisan kertas cadangan dan kertas laporan yang berkesan.
Objektif utama Kursus Penyediaan Kertas Kerja adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai format kertas cadangan dan pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan tatabahasa melayu yang betul dalam komunikasi tulisan melibatkan penyediaan kertas cadangan. Selain itu, memberikan 2 pendedahan kepada peserta mengenai proses lengkap kertas cadangan yang berkesan bermula dari peringkat pra penulisan, penulisan dan pasca penulisan. Seterusnya, Pelaksanaan latihan amali dalam proses penyediaan kertas cadangan bagi memastikan maklumat yang dipelajari dapat dipraktikkan secara terus. Akhir sekali, dapat memberi pendedahan kepada peserta mengenai keperluan penilaian profil pembaca bagi tujuan memastikan dokumen yang ditulis memenuhi matlamat penyediaannya.
Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam Kursus Penyediaan Kertas Kerja selama satu hari ini ialah:
- Modul 1: Bahasa Melayu Tinggi & Tatabahasa Penulisan
- Modul 2: Memahami Penulisan Kertas Kerja
- Modul 3: Amali Penulisan Kertas Cadangan Berkesan
Alhamdulillah kami bersyukur di atas peluang ini dan sambutan serta maklum balas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam Kursus Penyediaan Kertas Kerja ini.
Tahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Penyediaan Kertas Kerja ini:
- Program ini sangat baik dan membantu meningatkan pemahaman tentang cara penyediaan kertas kerja. – Mohammad Azis bin Abd Rasid – Pemelihara Hutan
- Kursus ini sangat berkesan kepada semua penjawat awam kerana penyediaan kertas kerja ialah salah satu tugas yang perlu di laksanakan. – Misnam binti Keliwon – Pegawai Tadbir
- Penceramah seorang yang berilmu dan penyampaian beliau mudah difahami dan menarik. secara keseluruhan program ini berjaya. – Muhamad Alif Bin Aji – Pembantu Tadbir
- Aktif/ sebutan yang jelas/ pemberian ilmu sangat padat. Terbaik – Fiona DianeFrancis – Penolong Pegawai Tadbir
- Penceramah pandai berinteraksi dengan peserta supaya tidak bosan mengikuti kursus ini. – Emily Binti Mertin – Pembantu Pustakawan
- Sangat mudah difahami dari segi penyampaian dan isi kandungan slide – Mohd Affiezie Aplasin – Pembantu Tadbir
- Penceramah mempunyai kebolehan mengulas dan menjelaskan dengan baik setiap topik yang dibentangkan. Contoh yang diberikan jelas dan mudah difahami. – Martini binti Mincin- Pegawai Tadbir
- Sangat menarik dan penuh dengan maklumat yang bermanfaat – Fazeira Shane Zulkifli – Penolong Pegawai Tadbir
- Penceramah mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang kursus – Faery BinSapikin- Pemelihara Hutan
- Sangat berpengalaman dan mahir – Rusinah Binti Jalian – Jurupulih Perubatan
- Mempunyai ilmu dan pengalaman yang sangat baik pada setiap topik – Jaimond BinLambun – Penolong Akauntan
- Penceramah mahir dan mampu menjawab semua persoalan yang ditujukan oleh peserta – Bryon bin Sinol – Penolong Pegawai TadbirBagus – Zahiah Yusrina Binti Zainudin – Pembantu Tadbir
- Amat baik dan memuaskan- Laila Binti Tahir – Pegawai Kebudayaan
- Amat berilmu dan interaktif. – Mohd Alvian Zaidy – Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
- Sangat bepuas hati dengan penyampaian tuan penceramah – Uli Ria Br Passaribu – Pembantu Pembangunan Masyarakat
- Terbaik dan efektif – Fakhri Hamzi bin muhammad – Pembantu Awam
- Sangat berpengalaman dalam topik ini – Moren binti Mait @ Biduh – Pegawai Tadbir
- Penceramah sangat aktif memberikan maklumat dengan jelas dan mudah difahamai. Program terlalu singkat. – Dorelie Bin Duali – Penolong Pegawai Pertanian
- Lancar – Jessica James – Penolong Pegawai Tadbir
- Terima kasih pada Tuan penceramah, penceramah dapat menyampaikan tugasan dengan terbaik. Kursus penyediaan kertas kerja ini telah dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada peserta peserta. . – Jafendhey Bin Jamain – Pembantu Tadbir
- Kursus ini dapat mendedahkan format standard kertas kerja – Angelique Johnny – Pembantu Tadbir
- Menarik – Yunizah Binti Yusri – Pembantu Tadbir
- Terbaik dan sangat pro-aktif – Mohd Ikhsan Bin Hassa – Pembantu Operasi
- Penceramah sangat proaktif. Penyampaian yang santai tapi sampai maksudnya – Nor Hasyemawaty Binti Ag Bakar – Penolong Pegawai Tadbir
- Sangat informatif – Rolex Bin Joseph – Pegawai Perikanan
- Penceramah terbaik – IRWAN BIN ABDUL MANAN – Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
- Terbaik dan Mantap- Rosnah Binti Tial – Pembantu Pembangunan Masyarakat
- Penceramah dapat menyampaikan mesej kursus dengan berkesan- Siti Norieza@Sharieza Binti Iopin – Pembantu Tadbir
- Penceramah mempunyai personaliti yang menarik dalam menyampaikan topik-topik/modul-modul sepanjang sesi kursus/bengkel. – Noorazimah Binti Haji Hazim- Penolong Pegawai Tadbir
- Terbaik- Rosni Leong @ Rosnie Leong- Setiausaha Pejabat
- Berilmu dan kursus tidak hambar- Zafran bin yusof- Pelukis Pelan
- Berilmu, kelakar dan pandai mengawal program – Mohd Ramdan Bin Jai- Pembantu Tadbir
- Pada pendapat saya, penceramah bagus dan mempunyai ilmu pengetahuan dan program ini sangat padat. – Mohd Nazhemirul Bin Naim – Pembantu Awam
- Penceramah menyampaikan topik dengan jelas. – Nordayana Izyani Binti A SambasAzami – Pembantu Operasi
- Terbaik – Dolores binti Liwas – Pegawai Tadbir
- Mantap – Mohd. Fauzi Bin Jusri – Pembantu Tadbir
- Baik – Razman Bin Uting – Penolong Pegawai Tadbir
- Terbaik. Jelas dan padat – Siti Maslizah Binti Majid – Penolong Pegawai Tadbir
- Terbaik – Faezah binti Sundang – Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar
- Baik – Henry Bin Kim Lok – Penolong Pegawai Tadbir
- Baik – Andy Peter Hamidon – Pegawai Khidmat Pelanggan
- Baik – Dalinsip Bin Pangalin- Pemelihara Hutan
- Baik dan sangat bersemangat – Rosnah Binti Tial – Pembantu Pembangunan Masyarakat
- Baik dan sangat bersemangat – Abdul bin Abd Ghani- Pembantu Awam
- Sangat baik – Melin @ Raini Baragang – Penolong Pegawai Tadbir
-
Baik – Adibah Binti Abdul Samat – Pegawai Tadbir
Anda berminat untuk Kursus Penyediaan Kertas Kerja ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga.