Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang | JPJ Selangor | 22-23 Oktober 2016

Usah sekali-kali mengabaikan seorang pelanggan. Tiada apa pun alasan untuk berbuat demikian, walaupun kita mempunyai berpuluh-puluh orang pelanggan yang datang dan inginkan perkhidmatan kita. Hampir semua pelanggan mampu memahami kesibukan kita, dan kebanyakkannya akan sanggup menunggu jika kita berusaha untuk berkata sesuatu seperti, “Terima kasih kerana datang ke sini. Saya akan melayani Encik secepat mungkin.” atau “Terima kasih kerana menunggu dan kami mohon maaf atas kesulitan yang Tuan hadapi”. Hanya jika pelanggan terasa bahawa kita tidak tahu atau tidak peduli tentang kehadirannya yang akan besar kemungkinan menyebabkan pelanggan tidak berpuas hati, marah atau menyebabkan keadaan menjadi lebih tegang.

Kursus ini memberikan teknik berhadapan dengan jangkaan pelanggan, teknik komunikasi dan adab bersama pelanggan, serta bagaimana menangani pelanggan yang mencabar.

Tahniah buat semua kakitangan kaunter dan barisan hadapan JPJ yang datang dari seluruh Negeri Selangor, atas komitmen luar biasa sepanjang kursus 2 hari ini di hujung minggu, untuk menimba ilmu bagi memantapkan lagi kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan bengkel  ini :

  1. “Penceramah menyampaikan ceramah dengan jelas. Idea-idea yang bernas serta pandai menarik pelatih kursus untuk mendengar dan menghayati sepenuhnya isi kandungan ceramah.” – Hafidah Binti Wahab
  1. “Bagus” – Nik Nur Fajrina Bt Mohd Ali
  1. “Saya berpuas hati dan gembira kerana pelbagai cara dan teknik disampaikan” – Mohd Juhaire Bin Mokhtar.
  1. “Sangat berpuas hati”– Nor Mazuwila Binti Mokhtar
  1. “Baik dan berpuas hati”– Norhasyima Bt Aziuddin
  1. “Terbaik. Untuk kegunaan dihari-hari mendatang”– Mohd Khiruz Bin Zainuddin
  1. “Secara keseluruhan baik”– Zulkefli B. Din
  1. “Amat baik, perlu diadakan selalu dari masa ke masa, sesuai untuk petugas kaunter” – Sharipah Bt Zakaria
  1. “Baik dan mudah difahami” – Mohd Fazli Bin Zulkifli
  1. “Penceramah bagus dalam penyampaiannya dan memberi banyak pengetahuan serta pengalaman yang bagus.” – Zuraidah Masri
  1. “Secara keseluruhan, penceramah berjaya menarik minat dan perhatian dengan gaya penampilan beliau dengan jelas dan efektif” – Aidah Afandi
  1. “Penceramah dan program secara keseluruhan amat memuaskan” – Hadijah Bt Ngatten@Ngadenan
  1. “Penyampaian yang bagus, baik, teratur dan beradap. Penceramah yang pandai ambil hati peserta kursus”. – Mohamad Naim Firdaus B. Abu Hasan Shari
  1. “Pada pendapat saya, kursus yang dilaksanakan ini mencapai kejayaan” – Mohd Sabri Bin Hj Muhd Nawawi.
  1. “Menarik, mudah difahami dan jelas” – Anwar Mustafa
  1. “Penyampaian ceramah yang terang dan jelas serta contoh situasi yang mudah difahami, mimik muka yang sangat tenang membuat peserta lebih berminat mendengar setiap tajuk yang dibincangkan” – Norhazlina Binti Tolos
  1. “Secara keseluruhannya, penceramah amat bagus dan mampu memukau audien. Pertuturan amat jelas dan banyak info yang diberikan. Program ini berjaya memberi info yang berguna untuk meningkatkan kualiti kerja dikaunter”. – Noor Azilawati Binti Abdul Karim
  1. “Sangat bagus” – Ruziah Abdul Wahab
  1. “Sangat ok” – Narida Binti Ruslan

Terima kasih kepada para peserta yang memberikan maklumbalas yang sangat memberansangkan, dan setinggi penghargaan buat pihak penganjur atas jemputan dan kepercayaan kepada kami bagi mengendalikan kursus ini. Kami kongsikan di sini gambar-gambar yang sempat diambil semasa kursus berlangsung.

kursus perkhidmatan pelanggan 

 

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x