Kursus Tatacara Pengurusan Mesyuarat Dan Teknik Pengurusan Minit Mesyuarat Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada 30 April 2019
Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk mengendalikan Kursus Tatacara Pengurusan Mesyuarat & Teknik Pengurusan Minit Mesyuarat pada 30 April 2019 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat C, Aras 6, B6, MEA.
Kursus Tatacara Pengurusan Mesyuarat & Teknik Pengurusan Minit Mesyuarat ini amat bermanfaat disediakan oleh organisasi untuk diikuti oleh pihak pengurusan atasan, pegawai-pegawai serta kakitangan- kakitangan sokongan berpengalaman yang ingin meningkatkan lagi kemahiran mereka mengurus dan mengendali mesyuarat.
Setiap peserta akan dibimbing untuk memahami peranan mereka dalam menyumbang kepada keberkesanan mesyuarat yang dijalankan serta mengetahui perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas mesyuarat termasuklah mengambil nota mesyuarat dan menulis minit mesyuarat yang sistematik dan berkesan, agar mesyuarat yang dilaksanakan menjadi satu pelaburan yang sangat bermanfaat kepada organisasi dan bukannya kos yang membebankan organisasi.
Pengurusan mesyuarat yang berkualiti dapat membantu memudah dan melicinkan gerak kerja organisasi. Banyak aspek yang perlu diambilkira seperti aspek bahasa, kejelasan maksud, penggunaan ayat yang ringkas dan tepat, format yang digunapakai dan sebagainya. Bahasa dan tatabahasa adalah komponen penting dalam penulisan. Penguasaan bahasa yang betul dan tepat serta mengikut tatabahasa yang disarankan, menjamin kualiti penyampaian maklumat dengan berkesan dalam penulisan dokumen yang bersifat rasmi.
Alhamdulillah bengkel ini berlangsung dengan lancar. Semoga segala ilmu yang diperolehi sepanjang bengkel ini menjadi satu titik tolak untuk memantapkan kemahiran menguruskan mesyuarat agar pengurusan organisasi bertambah efisien dan produktif seterusnya mencapai kecemerlangan yang berganda. Semoga segala perkongsian dalam bengkel ini bermanfaat kepada semua peserta yang hadir, in sha Allah.
Di sini kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Tatacara Pengurusan Mesyuarat & Teknik Pengurusan Minit Mesyuarat yang berlangsung pada 30 April yang lalu :
-
- Penceramah menyampaikan topik dengan jelas dan menarik. Kemahiran menyampaikan topik juga bagus – Nujaimatul-Aliah Mohd Jais – Ketua Penolong Pengarah
- Penceramah juga berkongsi pengalaman selain daripada memberikan contoh kertas kerja yang efisien – Nazri Bin Ahmad – Pembantu Tadbir
- Penceramah sangat berkebolehan memahami dan dapat menyampaikan dengan baik, mudah difahami – Salina Samsudin – Penolong Pengarah
- Amat baik dan bagus sekali dari segi maklumat yang jelas dan mudah difahami – Yusnita Che Ahmad – Penolong Pegawai Tadbir
- Menarik – Siti Sulasteri Md Kalil – Setiausaha Pejabat
- Sangat bagus – Jafperi. Noor – Pembantu Tadbir
- Bermanfaat untuk membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul – Mohd Fakhruddin B. Milatusamsi – KPP
- Berpengalaman & Informatif – Mohd Fadly Lasman – EC
- Penceramah menyampaikan topik dengan jelas dan menarik. Kemahiran menyampaikan topik juga bagus – Nujaimatul-Aliah Mohd Jais – Ketua Penolong Pengarah
- Ok 10/10 – Liza Zaid – Pembantu Tadbir
- Terbaik – Noraidah Bt Osman – Pembantu Tadbir
- Terbaik kerana penceramah menyampaikan secara mudah difahami & sentiasa bersedia dengan jawapan apabila mendapat soalan dari peserta. – Nurul Nadhirah Che Mat – Setiausaha Pejabat
- Mantap dan bersemangat – Theresa John @ Nursyahidah Suhaila Abdullah – S29
- 5 Bintang – Mohd Fadzli Yusof – PPT
- Penyampai yang baik dan disenangi. Apa yang disampaikan faham dengan jelas. – Irdawati Bt Hj Wagiman – Penolong Pegawai Tadbir
- Sangat baik – Noreshah Binti Saaiddin – PPT
- Penyampai amat jelas dan terbaik! – Zanariah Binti Nisa – Pembantu Tadbir Kanan
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Tatacara Pengurusan Mesyuarat & Teknik Pengurusan Minit Mesyuarat ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini beserta sebutharga.