Kursus Setiausaha : Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Mesyuarat l Suruhanjaya Koperasi Malaysia l 4 – 6 September 2019

Kursus Setiausaha : Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Mesyuarat

Kursus Setiausaha : Perkhidmatan Pelanggan

Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk mengendalikan Kursus Setiausaha : Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Mesyuarat pada  4 – 6 September 2019, bertempat di Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Terima kasih kepada pihak penganjur dan kesemua peserta yang hadir daripada seluruh Malaysia yang telah mengambil bahagian dengan sangat aktif serta memberikan komitmen sepenuhnya untuk memperolehi sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang kursus berlangsung. Seramai  33 orang peserta yang terdiri daripada pegawai, penolong pegawai dan setiausaha Suruhanjaya Koperasi Malaysia dari seluruh Malaysia telah berkampung di sini selama 3 hari 2 malam bagi mendapatkan ilmu dan teknik terbaru dalam ilmu kemahiran perkhidmatan pelanggan dan pengurusan mesyuarat.

Objektif Kursus Setiausaha : Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Mesyuarat ini adalah seperti berikut:

  1. Memahami perubahan dan transformasi dalam perkhidmatan pelanggan abad ke 21 dan memahami kepentingan pelanggan.
  2. Mahir berkomunikasi secara positif dan profesional dengan menggunakan nada suara dan laras bahasa yang positif serta menyenangkan hati pelanggan ketika berurusan.
  3. Berkeyakinan dan beretika dalam tingkah laku semasa melayani pelanggan dan berurusan dengan pelanggan.
  4. Mahir dan yakin dalam mengendalikan aduan dan rungutan pelanggan dengan lebih berkesan.
  5. Mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.
  6. Memahami fungsi-fungsi mesyuarat dan minit mesyuarat dalam konteks meningkatkan kecekapan pengurusan dan pencapaian matlamat organisasi.
  7. Mahir menyediakan dokumen-dokumen berkaitan mesyuarat termasuklah cara mengambil nota di dalam mesyuarat seterusnya menulis minit mesyuarat mengikut format yang praktikal dan berkesan.

Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada sejauh mana penerimaan dan kepuasan yang diperolehi oleh pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan. Oleh yang demikian, penilaian tahap kecemerlangan dan keberkesanan sesebuah organisasi hanya akan bermakna jika faktor kepuasan pelanggan diambilkira serta menjadikan setiap ketidakpuasan sebagai asas-asas untuk melaksanakan tindakan penambahbaikan bagi kesinambungan organisasi secara menyeluruh dan berterusan. Pengurusan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan baik meliputi keseluruhan aspek iaitu penampilan, tingkah-laku dan komunikasi, yang akan memberikan gambaran yang positif terhadap imej dan reputasi organisasi. Melalui kursus ini para pekerja akan dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan yang selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh organisasi.

Kursus Setiausaha : Perkhidmatan Pelanggan

Kursus Setiausaha : Perkhidmatan Pelanggan

Kursus Setiausaha : Perkhidmatan Pelanggan
Kursus Tatacara Pengurusan Mesyuarat & Teknik Pengurusan Minit Mesyuarat ini amat bermanfaat disediakan oleh organisasi untuk diikuti oleh pihak pengurusan atasan, pegawai-pegawai serta kakitangan- kakitangan sokongan berpengalaman yang ingin meningkatkan lagi kemahiran mereka mengurus dan mengendali mesyuarat. Setiap peserta akan dibimbing untuk memahami peranan mereka dalam menyumbang kepada keberkesanan mesyuarat yang dijalankan serta mengetahui perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas mesyuarat termasuklah mengambil nota mesyuarat dan menulis minit mesyuarat yang sistematik dan berkesan, agar mesyuarat yang dilaksanakan menjadi satu pelaburan yang sangat bermanfaat kepada organisasi dan bukannya kos yang membebankan organisasi.

Kursus Setiausaha : Perkhidmatan Pelanggan

Kursus Setiausaha : Perkhidmatan Pelanggan
Pengurusan mesyuarat yang berkualiti dapat membantu memudah dan melicinkan gerak kerja organisasi. Banyak aspek yang perlu diambilkira seperti aspek bahasa, kejelasan maksud, penggunaan ayat yang ringkas dan tepat, format yang digunapakai dan sebagainya. Bahasa dan tatabahasa adalah komponen penting dalam penulisan. Penguasaan bahasa yang betul dan tepat serta mengikut tatabahasa yang disarankan, menjamin kualiti penyampaian maklumat dengan berkesan dalam penulisan dokumen yang bersifat rasmi.

Kursus Setiausaha : Perkhidmatan Pelanggan

Kursus Setiausaha : Perkhidmatan Pelanggan

Kursus Setiausaha : Perkhidmatan Pelanggan

Kursus Setiausaha : Perkhidmatan Pelanggan

Alhamdulillah bengkel ini berlangsung dengan lancar. Semoga segala ilmu yang diperolehi sepanjang bengkel ini menjadi satu titik tolak untuk memantapkan kemahiran yang ada agar pengurusan organisasi bertambah efisien dan produktif seterusnya mencapai kecemerlangan yang berganda. Semoga segala perkongsian dalam bengkel ini bermanfaat kepada semua peserta yang hadir, in sha Allah.

Kursus Setiausaha : Perkhidmatan Pelanggan

Kursus Setiausaha : Perkhidmatan Pelanggan

Di sini kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Setiausaha : Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Mesyuarat yang berlangsung pada 4 – 6 September 2019 yang lalu :

  1. Sangat menarik perhatian dan telah menyampaikan ceramah dengan berkesan – Farah Wahida Binti Daud – Pembantu Setiausaha Pejabat
  2. Penceramah bagus, mampu menyampaikan point dengan berkesan. Program sangat berguna untuk kerjaya – Mohammad Firdaus Bin Halim – Pembantu Ehwal Ekonomi – E19
  3. Menarik dan mengagumkan! – Najmah Samat – Pembantu Pegawai Ehwal Ekonomi
  4. Mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang ini dan penyampaian menyenangkan – Hasmahani Binti Hussin – Penolong Setiausaha Pejabat
  5. Penceramah mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang ini dan program ini banyak memberi maklumat yang jelas – Suzilawati binti Shaari – Pembantu Setiausaha Pejabat
  6. Penyampaian penceramah sangat berkesan – Siti Nur Hidayah Binti Abdul Hamid – Pembantu Ehwal Ekonomi Kanan (KUP)
  7. Dapat fokus sepenuhnya, cara penyampaian yang baik, berkesan jelas dan tidak bosan – Norma Anak Abbe – Pembantu Ehwal Ekonomi
  8. Penyampaian penceramah jelas dan mudah difahami – Sapinah Mohd Arif – Pembantu Ehwal Ekonomi
  9. Sangat bagus dan banyak memberi manfaat kepada saya – Sharifah Nur Shabihah Tuan Besar – Penolong Juruaudit
  10. Awesome! – Nor Fatimah Binti Sapia – Pembantu Hal Ehwal Ekonomi
  11. Sangat baik – Halimatunkhabtiah Binti Mohd Akbar – Pembantu Setiausaha Pejabat
  12. Terbaik – Farahiza Binti Baharim – Pembantu Ehwal Ekonomi
  13. Mudah difahami dan penyampaian yang berkesan – Nor Saedah Binti Nayan – PT (P10) N19
  14. Baik, dapat menarik minat peserta – Siti Nazrah Mohamed – Setiausaha Pejabat
  15. Menarik dan berkesan – Siti Aishah binti Zainon Abidin – Setiausaha Pejabat SKM Perak
  16. Bagus, penerangan jelas – Halim Hafiz Bin Ibrahim – Pembantu Setiausaha Pejabat N19
  17. Jelas penerangan, mudah difahami, dan penampilan yang kemas dan menarik – Siti Hajar Kamaruzaman – Penolong Juruaudit
  18. Baik dan penceramah senang berkomunikasi dengan peserta – Syahida Binti Zubir – Setiausaha Pejabat
  19. Sangat memuaskan, personaliti penceramah baik – Nordashimah Binti Ibrahim – Penolong Juruaudit
  20. Baik dan memuaskan – Zarina Binti Ibrahim -Pembantu Ehwal Ekonomi
  21. Bagus – Noorhedayu Binti Sulaiman – Setiausaha Pejabat

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Setiausaha : Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Mesyuarat ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x