Kursus Team Building | JAIS | 7 - 9 November 2017
Syukur Alhamdulillah, pada 7 – 9 November 2017, Pihak Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd sebagai penyedia khidmat latihan kepada Jabatan Agama Islam Selangor, telah mengendalikan Kursus Team Building.
Kursus Team Building ini menggunakan kaedah Effective Learning Activities (ELAS). Di mana para peserta akan melalui pengalaman di dalam setiap aktiviti dan games yang dijalankan dan mendapat pembelajaran melaluinya atau lebih dikenali sebagai learning by doing atau fun learning dan lebih seronok dalam menjalani latihan.
Antara objektif kursus ini dijalankan ialah peserta memahami langkah membudayakan kerja berpasukan bagi mencapai matlamat organisasi. Peserta juga dapat mendorong dan memotivasikan diri serta rakan lain untuk sentiasa bekerja dalam semangat berpasukan yang jitu dan padu.
Dibawah ini, kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan kursus Team Building ini :
1.“Kursus ini dapat menambah idea baru dan ilmu untuk kehidupan diri sendiri”. – Sallehuddin Mohd Sidek
2.“Penceramah kursus team building ini sporting dan mesra ibarat kawan sendiri”. – Saniah Hanin
3.“Penceramah mempunyai pelbagai gaya dan skill dalam menyampaikan maklumat dan ceramah”. – Kasrin Yacob
4.“Aura penceramah kursus team building ini sangat lain apabila mengendalikan kursus ini”. – Khairil Fikri
5.“Program sangat mantap kerana penceramahnya sangat mantap”. – Muhammad Sallehuddin Mohd Saai
6. “Kursus team building ini sangat memberi daya ketahanan untuk berfikir”. – Fatini Atikah Mohamad Mustapa
7.“Saya bagi penceramah A+ kerana susah nak dapat penceramah macam ini”. – Nafarulazian Che Nan
8.“Pada pendapat saya kursus team building ini sangat baik kerana memberi intipati yang padat”. – Mariah Mukhyuddin
Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!