Kursus Transformasi Ketrampilan & Personaliti Profesional | PKA Kelantan | 4 November 2017

Pada 4 November 2017, pihak Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dijemput oleh Persatuan Kesihatan Awam Kelantan untuk mengendalikan Kursus Transformasi Ketrampilan & Personaliti Profesional, bertempat di Auditorium HRPZII, Aras 5, Pusat Rawatan Harian, Hospital Raja Zainab Perempuan II, Kota Bharu.

Kursus Transformasi Ketrampilan

Kursus ini memberikan pendedahan kepada penjawat awam berkaitan ‘dress code’ atau etika berpakaian mengikut waktu, acara, tempat dan urusan. Dress code yang diterangkan termasuklah teknik pemilihan kemeja,warna kemeja dan tali leher serta kombinasi warna pakaian, jenis tali pinggang, jenis dan warna tali leher, jenis seluar, jenis stokin dan kasut, beg dan aksesori.

Bagi wanita pula penerangan yang dijelaskan adalah berkaitan pemilihan jenis baju kurung, three piece & two piece skirts and pants suit, jenis tudung, fabrik, corak dan potongan, saiz aksesori, peraturan pemakaian aksesori, pemilihan warna mengikut mesej dan urusan, konsep mekap dan hijab, pemilihan jenis beg tangan, jam tangan, stokin dan kasut.

Kursus Transformasi Ketrampilan

Kami turut memberikan kemahiran bagaimana menentukan bentuk dan rangka tubuh kepada para peserta, agar setiap peserta yang hadir ini tidak lagi membuang masa dan wang membeli pakaian yang tidak sesuai dengan bentuk dan rangka tubuh mereka. Setelah para peserta mengetahui apakah bentuk dan rangka tubuh mereka melalui teknik yang kami kongikan, kami telah mendedahkan teknik berpakaian yang tepat mengikut setiap bentuk tubuh para peserta. Para peserta juga ditunjukkan teknik dan cara memadankan warna dan corak untuk kelihatan sofistikated dan elegan ke pejabat.

Alhamdulillah, para peserta menunjukkan minat yang mendalam dan berpuashati dengan segala ilmu yang dikongsikan semasa kursus ini. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada setiap peserta dan semoga ilmu yang dikongsikan dapat diaplikasikan dan menjadi motivasi untuk melangkah lebih maju dan hebat dalam kerjaya serta kehidupan peribadi.

Kursus Transformasi Ketrampilan

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Transformasi Ketrampilan & Personaliti Profesional ini :

  1. “Kursus Transformasi Ketrampilan & Personaliti Profesional yang diadakan ini sangat memuaskan!” – Dr. Fauziah Mohd Nor (JKNK)
  2. “Kursus yang cemerlang!” – Dr. Sharina (Pejabat Kesihatan Daerah)
  3. Penceramah bersemangat, berpengetahuan luas, dan penyampaian beliau juga bagus“. – Ismazila Ismail (Hospital Machang)
  4. “Pada pendapat saya,  Kursus Transformasi Ketrampilan & Personaliti Profesional ini memuaskan dan mencapai objektif”. – Natrah Abu Bakar (JKNK)
  5. “Kursus ini menarik, bagus, dan ada komunikasi dua hala”.
  6. “Penceramah  Kursus Transformasi Ketrampilan & Personaliti Profesional ini menyampaikan maklumat dengan bersahaja, jelas, dan mudah difahami”. – Suraini Mat Ari (Hospital Gua Musang)
  7. “Interactive speaker!” – Siti Nur Aziela Ab Manap (HRPZ)
  8. “Program Transformasi Ketrampilan & Personaliti Profesional ini sangat bermanfaat. Penceramah juga sangat knowledgeable & sporting”. 
  9. “Penceramah berjaya menarik minat audience.  Topik yang dibincangkan juga menarik”. – Aminah Abdullah (Hospital Gua Musang)
  10. “Tahniah! Secara keseluruhan,  Kursus Transformasi Ketrampilan & Personaliti Profesional ini bagus”.
  11. “Pada pendapat saya, penceramah berpengetahuan luas”. – Wan Raidah
  12. “Kursus Transformasi Ketrampilan & Personaliti Profesional yang cemerlang”. – Nor Raziduan Ab Razak (HRPZ II)
  13. “Kursus ini sangat interaktif dan mesej yang diberikan oleh penceramah mudah difahami”. – Nurul (Pejabat Kesihatan Daerah)
  14. “Program Transformasi Ketrampilan & Personaliti Profesional ini sangat menarik”. – Nik Nazihah (HRPZ II)

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x