Peranan Setiausaha Dalam Pengurusan Mesyuarat | KPTM | 29 April 2017

Pada 29 April yang lalu, dengan kerjasama Kolej Poly-Tech MARA, pihak Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd berpeluang berkongsi ilmu mengenai peranan setiausaha dalam pengurusan mesyuarat, bersama kakitangan-kakitangan KPTM. Mereka adalah setiausaha-setiausaha persatuan-persatuan, unit-unit, jabatan-jabatan dan jawatankuasa yang telah dilantik dan bertanggungjawab untuk menguruskan persediaan sebelum, semasa dan selepas mesyuarat.

pengurusan mesyuarat

Para peserta yang terdiri daripada setiausaha-setiausaha memberikan sepenuh komitmen dan tumpuan sepanjang kursus berlangsung. Modul-modul yang disampaikan adalah Persedian Setiausaha Sebelum Mesyuarat, Notis, Kertas Kerja, Penyediaan fail Mesyuarat, Tindakan Dan Peranan Setiausaha, Pengerusi dan Ahli Mesyuarat Semasa Mesyuarat, Format, Bahasa Dan Tanda Baca Dalam Menulis Minit Mesyuarat, Simulasi Mesyuarat, Tindakan Selepas Mesyuarat, Cabutan Minit Dan Pengurusan Dokumen Mesyuarat.

Alhamdulillah bengkel ini berlangsung dengan lancar. Semoga segala ilmu yang diperolehi sepanjang bengkel ini menjadi satu titik tolak untuk memantapkan kemahiran menguruskan mesyuarat agar pengurusan organisasi bertambah efisien dan produktif seterusnya mencapai kecemerlangan yang berganda. Semoga segala perkongsian dalam bengkel ini bermanfaat kepada semua peserta yang hadir, in sha Allah.

Di sini kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Bengkel Peranan Setiausaha Dalam Pengurusan Mesyuarat yang berlangsung pada 29 April yang lalu :

  1. “Penceramah amat bagus dalam memberikan maklumat dan program ini sangat berguna dan informative” – Nur Athirah bt Aris (KPTM ) (pensyarah)
  2. “Sangat baik dalam membantu penyediaan minit mesyuarat & perkara berkaitan mesyuarat” – Madihah Zainuddin (KPTM ) (Pensyarah)
  3. “Mampu menyampaikan ceramah dengan baik dan mudah difahami” – Norazizah Omar (KPTM ) (Kerani Kanan)
  4. “Sangat bagus” – Hazlina Saad (KPTM ) (Kerani Kanan)
  5. “Baik” – Rohana Hamzah (KPTM ) (Kerani)
  6. “Baik” – Abd Rahman Johari (KPTM ) (Kerani Kanan)
  7. “Baik” – Razif Razali (KPTM ) (Penolong Pensyarah)

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x