Aswara Finishing School Programme : Professional Image Grooming | 1 October 2016

Membina kerjaya dalam bidang seni dan kreatif bukanlah tiket untuk boleh mengenakan apa sahaja pakaian yang anda suka. Apa sahaja bidang kerjaya tetap memerlukan komitmen yang tinggi dari cara berpakaian, bertingkah-laku dan berkomunikasi. Orang yang hebat tetap bermula dengan insan biasa yang bermula dari bawah. Bagaimana hebat pun bakat dan ilmu yang ada tidak akan dapat membawa kepada kejayaan apabila tiada ‘attitude’ yang betul.

Tiada siapa yang boleh merampas bakat dan kebolehan yang ada dalam diri anda. Namun orang berbakat yang boleh menempa nama dalam industri adalah orang yang bukan sekadar bersandar pada bakat semata-mata. Mereka mempunyai disiplin yang tinggi dalam mencipta imej profesional sebagai anak seni yang menjadikan diri mereka unik dan berbeza serta maju ke hadapan.

Pada 1 Oktober yang lalu,  kami telah dijemput untuk mengendalikan  Finishing School Programme bersama pelajar-pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda dari pelbagai fakulti kolej ASWARA yang akan melangkah ke alam pekerjaan.

Kursus ini memberikan pendedahan mencipta jenama dan imej diri yang betul dalam menetapkan hala tuju memulakan kerjaya dalam industri seni dan kreatif.

Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta yang hadir. Semoga mereka berjaya dengan cemerlang mencapai cita-cita dan impian dalam menempa nama sebagai anak seni yang profesional. Professional Image Grooming

Finishing School ProgrammeProfessional Image Grooming

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x