Rahsia Imej First Class: Seminar Independent Lady | 30 April 2017
Independent Lady.
By nature and by fact, wanita memang ‘dependent’.
Namun bolehkah seorang wanita mengekalkan character ‘dependent’ apabila keadaan memaksa dia menjadi seorang ketua, apabila dia ditinggalkan, apabila dia ditindas dan dianiaya, apabila ada ramai orang yang dia perlu bantu, apabila kerjayanya menuntut dia menjadi seorang ‘independent’, dan apabila dia berhadapan dengan cabaran-cabaran hebat dalam hidupnya?
Pada 30 April yang lalu, pihak Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dijemput ke seminar yang bertajuk Rahsia Imej First Class: Seminar Independent Lady di Hotel Laman Seri Shah Alam, Selangor bersama 3 orang speaker yang hebat dan ‘superb’. Terima kasih Fara LaiQa atas jemputan bertemu dan berkongsi aura positif dengan ramai ‘independent ladies’ hari ini.
Hari ini di sini kami bersama wanita-wanita yang luar biasa hebat. Menggali ilmu yang tidak pernah habis. Mengajar dan belajar adalah ‘passion’ yang sangat kuat. Slot pagi belajar tentang cantik luaran, cantik dalaman, cantik otak dan cantik hati. Bagaimana kita mahu sentiasa melihat orang lain dari sisi dan pandangan positif, sebagaimana kita juga mahu dilihat sedemikian.
Semoga para peserta mendapat manfaat yang luar biasa dan seterusnya menjadi insan diredhai Allah SWT yang luar biasa hebat, kaya berjaya serta bahagia dunia akhirat Insha Allah.
Di sini kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Seminar Rahsia Imej First Class Siri 2 yang berlangsung pada 22 April yang lalu :
- “Terbaik dan menepati keperluan seseorang yang berkarier.” – Nur Adillah binti Mohd Sharif (Senior Manager, System Development)
- “Menyampai topik dengan berkesan.” – Mariah Sazali (Lady Boss)
- “Sangat baik. Dapat membantu cara pemikiran saya.” – Dayang Siti Syafiah (Kru Independent Lady)
- “Hebat.” – Dayang Nur Fatihah (Kru Independent Lady)
- “Awesome. Knowledgeable. Direct” – Marina Abdul Malek (Beauty Consultant)
- “She knows what she’s talking about.” – Shaza (Founder By Lady SS)
- “Sangat memberi inspirasi.” – Akmarya Syukhairilnisah (Pensyarah PSA)
- “Terbaik!” – Zuraida Mohd Noor (KLIA Holdings)
- “Sangat Bagus.” – Jalilah Hassan (Work At Home Mama)
- “Sangat membantu.” – Nurul Nadia (Jlegacy Enterprise)
- “Sangat berkaliber & berkeyakinan.” – Rosmira Jamarudi (Zeeta)
- “Menarik” – Suzanah Zakaria (Daporatu Delights)
- “Baik dan berkesan” – Farahani Anuar (Pelajar)
- “Awesome, jelas difahami.” – Ilyana Johari (Eksekutif)