Seminar Rahsia Imej First Class : Surihati Marvelous | 4 Mei 2017

Pada 4 Mei yang lalu, kami telah dijemput oleh PNS Lembaga Pertubuhan Peladang, berkongsi ilmu dan tips dalam Seminar Rahsia Surihati Marvelous, bersama hampir 90 orang wanita surihati ‘marvelous’, bertempat di De Palma Hotel, Shah Alam, Selangor.

seminar rahsia imej

Wanita sebagai seorang surihati yang bijak dan efisien perlulah seiring dengan ketrampilan diri yang relevan dan ‘first class’, walau apa sahaja bidang dan kerjaya yang diceburi. Imej yang hebat perlu bermula dengan sasaran yang jelas bagaimana seorang wanita itu mahu dilihat. Wanita yang bijak adalah wanita yang tahu dan mempunyai ilmu dalam menyesuaikan dirinya daripada segi penampilan, tingkah-laku dan komunikasi mengikut tempat, waktu, kerja, acara dan dengan siapa dia mahu berjumpa atau berurusan. Walau apapun bidang dan kerjaya kita, ilmu dan skil untuk diterima dan disenangi oleh orang lain itu adalah yang utama, agar apa sahaja kepakaran dan mutiara diri kita akan diterima oleh orang lain.

Para peserta tekun mendengar setiap patah ilmu yang dikongsikan
Para peserta tekun mendengar setiap patah ilmu yang dikongsikan

Terima kasih atas jemputan pihak penganjur, semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat dan dapat diaplikasikan terus dalam rutin kehidupan dan tugasan harian.

Puan Raihan menunjukkan demonstrasi teknik solekan segera untuk kelihatan sederhana, mudah, kemas dan menawan.

Antara modul yang dikongsikan adalah ‘The Art Of First Impression’, Seni Menawan Hati Suami dengan penampilan menawan, Komunikasi Profesional & ‘Wow’ serta Pengaruh Warna Dalam Penampilan.

Alhamdulillah, para peserta yang hadir memberikan maklumbalas yang positif dan memberansangkan. Kami kongsikan di sini antara maklumbalas yang diberikan :

  1. “Terbaik” – Jamilah bt Jari (PPN Selangor) (Kerani)
  2. “Cara penyampaian amat memuaskan dan mudah difahami” – Norasmah bt Saleh (PPK Pasir Panjang) (Ketua Unit Peladangnita)
  3. “Seorang penceramah yang bagus dalam memberikan penerangan atau penjelasan kepada peserta” – Hamizawati (PPN Selangor)
  4. “Penceramah Berjaya menjelaskan objektif”– Nor Hidayah Abd Sani (Kerani)
  5. “Sangat memuaskan” – Dahlia bt Tahiri(PPK Kuala Langat) (Ahli Kawasan)
  6. “4 Bintang” – Hjh. Tuminah bt Jblok (Pengerusi Peladang Unit)
  7. “Pada pendapat saya ia bagus” – Hjh. Zaleha bt Adnan (Peladangnita Kuala Selangor)
  8. “Seorang yang cukup professional” – Siti Halijah bt Abdullah (Peladangnita)
  9. “Amat baik dan faham” – Murtini bt Hj Kasman (Pengerusi Peladangnita Negeri Selangor)
  10. “Best dan berguna untuk masa depan” – Fayeza Mohd Jamaludin (PPN Selangor)
  11. “Penyampaian yang jelas” – Misbah bt Awang (PPK Tanjung Karang)
  12. “Secara keseluruhan penceramah dan program ini memuaskan” – Robiah Samah (PPN Selangor (Kerani)
  13. “Bagus” – Noor Baiti Zakaria (PPN Selangor) (Timbalan Pengurus Besar)
  14. “Jelas dan terbaik” – Nor Aisah bte Jamil (PPN Selangor) (Kerani Akaun)
  15. “Baik dan berkesan” – Aishah Ramli (Suri Rumah)
  16. “Sangat aktif, menarik minat dan cara penyampaian yang jelas” – Salasiah Mahat (PPK Tanjung Karang) (Pegawai HBK)
  17. “Penyampaian yang mantap dan mudah diterima” – Junainah bt Ngatinni (Sendiri) (Peniaga)
  18. “Jelas dan mudah, penyampaian mudah difahami” – Norashikin bt Sulaiman (PPK Pasir Panjang) (Pengerusi Peladangnita)
  19. “Baik dan berkesan”
  20. “Berketerampilan, bekarisama dan sangat bermanfaat” – Kamsiah bt Lisut (Peladang Nita Gombak/Petaling) (Jawatankuasa)
  21. “Memuaskan, ilmu yang sangat bermanfaat” – Haslinda bt Sidom (Surirumah)
  22. “Baik untuk perbaiki cara berpakaian” – Norlela bt Ishak (PPN Selangor)
  23. “Bagus” – Datin Salasiah Hasbollah (Peladangnita Kuala Selangor)
  24. “Sangat cemerlang” – Naedah Samat (Suri Rumah)
  25. “Penampilan penceramah amat sopan dan personaliti yang sejuk mata memandang, anggun” – Hjh Jamniyah bt Hj Jamakir (PPK Kuala Langat Selangor) (AJP Kuala Langat)
  26. “Bagus boleh diteruskan” – Faridah bt Marais (Peladang Nita)
  27. “Jelas dalam menyampaikan maklumat” – Fatimah Zahirah bt Zakaria (PPK Pasir Panjang)
  28. “Mampu menarik peserta kusrsus untuk ambil perhatian” – Norasiah bt Abd Karim (Norsha Catering) (Pengusaha Makanan)
  29. “Penceramah Berjaya memberikan presentation yang baik dan berkesan” – Noraziah bt Badaruddin (PPK Gombak/Petaling) (Pengerusi Peladang Nita/Senior Executive)
  30. “Tip top, terbaik!” – Suhaili bt Susaini (Pertubuhan Peladang Kawasan Klang) (Pengurus Kredit dan Pentadbiran)
  31. “Terbaik, mudah difahami” – Salbiah bt Mat Said (PPN Selangor) (Kerani)

Kami kongsikan juga video ini mengenai apakah ilmu serta kemahiran yang telah disampaikan dalam kursus ini :

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x