Kursus Pemantapan Imej Profesional & Etiket Sosial Pusat Pembangunan Hospital UNiSZA Pada 29-30 September 2020

Kursus Pemantapan Imej Profesional & Etiket Sosial Pusat Pembangunan Hospital Universiti UniSZA
 

Alhamdulillah, pada 29-30 September 2020 yang lalu Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Pusat Pembangunan Hospital Universiti UniSZA untuk mengendalikan Kursus Pemantapan Imej Profesional & Etiket Sosial bertempat di Bilik Seminar 1, Pusat Pengurusan Bakat Dan Latihan (CenTTEM) UniSZA, Kampus Gong Badak. Kami amat berbesar hati apabila diberi amanah dala kursus selama dua hari ini untuk membantu Pusat Pembangunan Hospital Unisza untuk berkongsi ilmu dalam membangunkan imej dan jenama Profesional sebagai sebuah Hospital yang terkemuka di Malaysia.

Seramai 41 orang peserta Pusat Pembangunan Hospital Universiti UniSZA yang terdiri daripada batch lantikan pertama kakitangan Pusat Pembangunan Hospital Universiti UniSZA. Mereka adalah para jururawat, pembantu operasi, pegawai teknologi maklumat, jurutera mekanikal, penolong pegawai tadbir dan pegawai farmasi berkumpul di dalam kursus ini bagi mendapatkan ilmu dan teknik terkini dalam pemantapan imej profesional dan etiket sosial.

Kursus Etiket Sosial Pusat Pembangunan Hospital UniSZA

 

Kursus Etiket Sosial Pusat Pembangunan Hospital UniSZA

 

Kursus Imej & Etiket Sosial Hospital UniSZA

 

Bagaimana cara kita dilihat adalah bagaimana cara organisasi tempat kita bekerja dilihat. Imej itu adalah gambaran yang kita berikan kepada umum tentang diri dan organisasi kita dari sudut luaran hasil daripada apa yang terpancar dari dalaman diri kita.

Imej sesebuah organisasi adalah persepsi orang lain terhadap organisasi itu setelah mereka melihat bagaimana cara orang-orang di dalam organisasi itu terutamanya kakitangan barisan hadapan mempersembahkan diri melalui perkhidmatan mereka kepada umum. Penilaian umum kepada meeka termasuklah melalui cara penampilan termasuk etika pemakaian, cara berkomunikasi, tingkah-laku dan segala yang berkaitan dengan adab individu itu sama ada secara langsung atau tidak langsung. 

Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

 
Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini telah memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya.
 
Kursus Etiket Sosial Pusat Pembangunan Hospital UniSZA
 
Kursus Etiket Sosial Pusat Pembangunan Hospital UniSZA
 
Kursus Etiket Sosial Pusat Pembangunan Hospital UniSZA
 
 
 
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta memahami konsep etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan kaedah komunikasi secara formal dan tidak formal dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil hebat dan memancarkan penampilan positif ketika berurusan dengan orang ramai.
 
Kursus Etiket Sosial Pusat Pembangunan Hospital UniSZA
 
Kursus Etiket Sosial Pusat Pembangunan Hospital UniSZA
 
 
 
 
 

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pemantapan Imej Profesional & Etiket Sosial ini :

  1. Bagus, kursus ini amat sesuai bagi profesion yang melibatkan perkhidmatan/servis dan interaksi dengan orang ramai – Ahmad Syafiq Bin Abdul Ghazak – Jururawat
  2. Kursus ini bagus untuk kefahaman, banyak kesalahan yang dilakukan sebelum ini tanpa disedari dapat diperbetulkan kembali – Nur Amira Bt Mohd Rafi – Jururawat U29
  3. Penceramah memberikan input yang sangat berguna – Nur Shahida – Jururawat
  4. Program ini secara keseluruhannya adalah sangat bagus dalam membantu menaikkan imej seseorang penjawat awam – Nurul Najwa Binti Mamat – Jururawat U29
  5. Penerangan yang jelas, terang dan memahami peserta – Nurul Fajar Ashikin Ismail – Jururawat
  6. Terbaik, penuh dengan idea untuk melibatkan peserta – Muhammad Farhan Aman – Jururawat U29
  7. Gaya penyampaian yang jelas – Nora Marlina – Jururawat
  8. Baik, berguna – Akmal Hakim Bin Marzuki – Jururawat
  9. Sangat berkesan dan mudah difahami – Nurul Fadzilah Binti Abdullah – Jururawat
  10. Pengisian kursus yang menarik. Bagus – Siti Aminah Bt Ismail @ Hassan – Jururawat U29
  11. Kursus dan slide penyampaian yang menarik – Noor Zaliha Ambak – Pegawai Farmasi
  12. Good dan berpengalaman. Full of knowledge – Mohd Amir Bin Mamat – Pen. Peg. Tadbir
  13. Berpengalaman. Full of knowledge – Zulfazry Bin Zulkafeli – Pegawai Teknologi Maklumat
  14. Sangat berpengetahuan dan berpengalaman – Zalkartini – Jururawat U41
  15. Penerangan jelas dan terang, padat dan faham – Fazlin Illiana Binti Mohamad Nor – Jururawat U29
  16. Cara penyampaian yang jelas dan berkesan – Pem. Tadbir
  17. Penerangan yang terang, jelas dan menarik – Ruzanna Binti Mohd Hantta Aldarulislam – Jururawat U29
  18. Pendekatan yang jelas. Secara keseluruhan – Terbaik. – Shuhaila Shamsudin – Jurutera Mekanikal
  19. Penceramah energetic, bersemangat tinggi, cantik – Nurul Amilin Bt Mohd – Jururawat
  20. Penceramah kelihatan sofistikated, berkeyakinan dan berilmu pengetahuan – Aishah Shafii – Jururawat U29
 
 
Kursus Etiket Sosial Pusat Pembangunan Hospital UniSZA
 
Alhamdulillah berjalan lancar Kursus Pemantapan Imej Profesional & Etiket Sosial Pusat Pembangunan Hospital Unisza pada 29-30 September 2020.
 
Terima kasih Pusat Pembangunan Hospital Universiti UniSZA di atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan kursus ini.
 
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pemantapan Imej Profesional & Etiket Sosial ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x