Kursus Penampilan Diri Dan Imej Profesional Jabatan Akauntan Negara Malaysia Pada 11 Disember 2019

Kursus Penampilan Diri Dan Imej Profesional Pegawai Pengurusan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) untuk mengendalikan Kursus Penampilan Diri Dan Imej Profesional pada 11 Disember 2019 di Bilik Jamuan 1, Aras 8, JANM.

 Imej Profesional

Sekalung penghargaan kepada pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia di atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Penampilan Diri Dan Imej Profesional ini kepada  Pegawai Pengurusan JANM. Kami sangat berbesar hati apabila pihak JANM sudi melantik Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan kursus ini kepada pengurusan tertinggi Jabatan Akauntan Negara Malaysia di mana para peserta yang hadir adalah terdiri daripada Akauntan Negara, Timbalan Akauntan Negara, Pengarah-Pengarah dan Timbalan-Timbalan Pengarah Bahagian-Bahagian di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Kursus Penampilan Diri Dan Imej

Kursus Penampilan Diri Dan Imej

Imej seorang yang berkarisma, yang dilihat mampu membuat keputusan dan mempengaruhi atau imej ‘First Class’.

Ianya bukan dimiliki secara semulajadi, ianya dipelajari dan dibentuk.

Bagaimana cara kita dilihat adalah bagaimana cara organisasi tempat kita bekerja dilihat. Imej itu adalah gambaran yang kita berikan kepada umum tentang diri kita dari sudut luaran hasil daripada apa yang terpancar dari dalaman diri kita.

Imej sesebuah organisasi adalah persepsi orang lain terhadap organisasi itu setelah mereka melihat bagaimana cara orang-orang di dalam organisasi itu mempersembahkan diri mereka kepada umum melalui cara penampilan termasuk pakaian, komunikasi, tingkah-laku dan segala yang berkaitan dengan diri individu itu sama ada secara langsung atau tidak langsung. 

Bagi seorang pemimpin, melihat dirinya sahaja sudah cukup mendatangkan inspirasi dan mampu mempengaruhi pasukannya. Imej menjadi perkara yang lebih kritikal bagi seorang pemimpin kerana peranannya untuk mempengaruhi dan memimpin orang lain.

‘People follow people’.

Ini konsep penting yang perlu difahami dalam diri manusia. Manusia akan mengikut dan meniru manusia lain. Lebih ramai pengikut, lebih banyak pengaruh seorang pemimpin. Apa sahaja yang dipakainya di hadapan umum, apa sahaja yang dipertuturkan dan apa sahaja tingkah-laku seorang pemimpin pastinya akan diperhatikan, sama ada positif atau negatif.

Oleh itu, untuk menjadi seorang pemimpin yang diterima, yang mampu memberikan contoh yang baik, perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan ilmu dalam melonjakkan pakej diri sebagai pemimpin yang hebat dan diingati, agar sentiasa kekal relevan dan berpengaruh dalam arus perdana.

 Imej Profesional

v

Kursus Penampilan Diri Dan Imej

Kursus Penampilan Diri Dan Imej

Kursus Penampilan Diri Dan Imej

Pada 11 Disember 2019 ynag lalu telah berlangsung Kursus Penampilan Diri Dan Imej Profesional kepada Pengurusan Tertinggi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Kursus ini membongkar penampilani ideal seorang pemimpin. Pemimpin yang hebat perlu mengambil tanggungjawab yang disesuaikan dengan gaya kepimpinan dirinya kepada keperluan pekerjanya, dan bukan mengharap pekerja dan orang bawahan menyesuaikan diri dengan gaya pimpinannya.

Knowing others is intelligence.
Knowing yourself is true wisdom.
Mastering others is strength.
Mastering yourself is true power.
~Lao Tzu~

Kursus Penampilan Diri Dan Imej Profesional oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta memahami konsep dan mengaplikasikan etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil hebat dan memancarkan positive vibes ketika berurusan.

Selain daripada itu, objektif Kursus Penampilan Diri Dan Imej Profesional ini adalah seperti berikut:

  1. Mengetahui kesan langsung keterampilan diri terhadap reputasi dirinya dan reputasi organisasi di mana beliau bekerja.
  2. Menyedari kesilapan-kesilapan dalam keterampilan diri yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi.
  3. Mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat.
  4. Mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional.
  5. Mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja. 

Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir.

Kursus Penampilan Diri Dan Imej

Kursus Penampilan Diri Dan Imej

Kursus Penampilan Diri Dan Imej

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pemantapan Imej Profesional ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat <b>Kursus Penampilan Diri Dan Imej Profesional</b> | Jabatan Akauntan Negara Malaysia | 11 Disember 2019terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x