Kursus Komunikasi Neuro Linguistic Programme (NLP) Institut Latihan Kecemerlangan MARA Pada 27 – 29 Ogos 2019

Kursus Komunikasi Neuro Linguistic Programme (NLP) For Credit Controllers

Kursus Komunikasi Neuro Linguistic Programme (NLP) For Credit Controllers ini telah berlangsung selama tiga hari  pada 27 hingga 29 Ogos 2019. Awaken Training & Consultancy Sdn Bhd telah dijemput oleh Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM), untuk mengendalikan kursus ini bertempat di ILKM Jawi, Pulau Pinang. Seramai 33 orang peserta yang terdiri daripada  pegawai, pengurus, staff dari ILKM  berkumpul di sini selama tiga hari ini bagi mendapatkan ilmu dan teknik terbaru dalam Kursus Komunikasi Neuro Linguistic Programme (NLP) For Credit Controllers.

Kursus kemahiran berkomunikasi dengan menggunakan kaedah minda strategik atau NLP merupakan kursus yang akan memantapkan minda dan produktiviti organisasi untuk berkhidmat secara efektif. Kursus ini mendedahkan teknik-teknik dan rahsia penggunaan NLP dalam memantapkan MINDA, Komunikasi di tempat kerja dan Motivasi diri supaya peserta yang melalui kursus ini dapat menambah nilai pada diri mereka bagi menguasai Kaedah NLP secara berstruktur.

Kursus Komunikasi Neuro Linguistic ProgrammeKursus Komunikasi Neuro Linguistic Programme

Kursus Komunikasi Neuro Linguistic Programme

NLP adalah merupakan satu kaedah untuk memahami bagaimana minda beroperasi dan kemudiannya mempengaruhi tingkah laku dan prestasi seseorang. Dengan meneliti dan meneroka ke dalam gaya berfikir, para pengkaji NLP telah menyusun dan menstruktur kaedah-kaedah yang berkait tentang pemikiran dan tingkah laku. NLP adalah satu model yang unik bagaimana manusia belajar, memotivasikan diri mereka dan mengubah perlakuan untuk mencapai kecemerlangan dalam sebarang   bidang. Ada sesetengah kelompok yang menganggap ianya sebagai salah satu cabang psikologi gunaan, walaupun NLP tidak melalui proses akademik yang ketat. Setakat ini, ada bermacam definisi yang diberikan oleh pengasas dan penyumbang NLP.

Kursus Komunikasi Neuro Linguistic Programme

Kursus Komunikasi Neuro Linguistic Programme

Kursus Komunikasi Neuro Linguistic Programme

Kursus Komunikasi Neuro Linguistic Programme

Secara ringkasnya, NLP boleh difahami dengan mendefinisikan perkataan-perkataan yang membentuk NLP, iaitu Neuro: Berkait tentang sistem minda-tubuh dan bagaimana ia berfungsi. Ia juga berkait dengan keadaan minda dan fisiologi seseorang. Ia juga boleh dfahami sebagai proses berfikir, bagaimana kita menggunakan penglihatan, pendengaran, perasaan, rasa dan bauan untuk memahami apa yang berlaku di sekeliling kita. Linguistic: Bahasa yang kita gunakan untuk menyatakan, menerangkan, mengkategori dan menganalisa realiti yang kita hadapi. Hasilnya, ia akan mempengaruhi kita dan orang di sekeliling kita. Bahasa yang berbeza memberikan model pemikiran yang berbeza. Programming:  Corak pemikiran dan gaya kita melihat dan memberikan respon terhadap sesuatu. Kita mentafsir dunia ini berdasarkan kepada pengalaman dan ilmu, bagi mencapai keperluan kita. Kita mencipta tingkahlaku dan strategi tertentu untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Kemudian kita menceritakan semula pengalaman itu, dan mungkin dapat mengulanginya semula.

Kursus Komunikasi Neuro Linguistic Programme

Kursus Komunikasi Neuro Linguistic Programme

NLP membolehkan kita mencontohi atau model, atau meniru kecemerlangan manusia dalam berbagai bentuk. Dengan NLP kita dapat mengenal pasti apa yang membuatkan seseorang itu amat berkebolehan atau berkemahiran dan mendapatkan kebolehan tersebut untuk diri sendiri atau mengajarnya kepada orang lain. NLP dapat membantu kita menjadi mahir dalam apa jua yang penting kepada kita, samada ianya mengenai hubungan dengan keluarga ataupun rakan sekerja ataupun untuk menjadi lebih efektif di tempat kerja. NLP amat berguna dimana sahaja kemahiran komunikasi manusia boleh menyerlahkan hasil  dalam perniagaan, pengurusan, pendidikan, kaunseling, rawatan atau terapi, hubungan, keibu-bapaan, pengucapan “awam dan penyampaian, penjagaan rawatan, penyertaan sukan dan berbagai bidang lagi.

Kursus Komunikasi Neuro Linguistic Programme

Kursus Komunikasi Neuro Linguistic Programme

NLP membolehkan seorang terapis mengubah impak masa silam ke atas seorang kliennya, seorang guru mengubah pelajar yang tidak dapat mengeja dengan baik. Seorang ahli perniagaan usahawan dapat membina serta meningkatkan hubungan (rapport) tidak lisan serta mengendalikan mesyuarat lebih efektif. ahli sukan dapat meningkatkan konsentrasi dan banyak lagi. Sekalipun NLP boleh digunakan sebagai kaedah terapi namun aplikasinya adalah lebih meluas. Walaupun digunakan sebagai kaedah terapi, secara asasnya ia adalah satu proses yang mengajar kita bagaimana menggunakan otak kita. Kebanyakan terapi adalah remedi atau pemulihan yang ditujukan kepada menyelesaikan masalah dari masa silam. NLP pergi lebih jauh dengan mengkaji kecemerlangan dan mengajar kemahiran yang memupuk perubahan positif bagi menjana kemungkinan dan peluang baru.

Kursus Komunikasi Neuro Linguistic Programme (NLP) For Credit Controllers ini memberi semangat dan azam baru serta memantapkan lagi ilmu yang sedia ada dalam menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi.  Semoga segala input dan kandungan kursus yang disampaikan jelas dan boleh dipraktikan oleh peserta untuk memastikan sistem khidmat pelanggan menjadi lebih lancar dan sistematik. Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Komunikasi Neuro Linguistic Programme (NLP) For Credit Controllers ini :

  1. Program ini sangat menarik dan saya banyak belajar melalui pengalaman semasa pembelajaran di dalam dan luar kelas – Nadira binti Idris – Penolong Pegawai MARA Daerah
  2. Sangat baik dan teruskan usaha – Amir bin Amin – Pembantu tadbir
  3. Penceramah sangat bagus dan mampu menarik perhatia peserta – Nurul Qamariah Suhaimi – PT (K)
  4. Sangat baik – Muhammad Redzuan – Penolong Pegawai Ekonomi
  5. Sangat baik dan berguna – Izdihar Nifail Bin Latem – Pembantu Tadbir
  6. Hebat / Profesional – Sohiroh A. Wahab – Pembantu Tadbir
  7. Terbaik – Mohamad Nor Farhan – Pembantu Tadbir
  8. Terbaik dan banyak ilmu yang boleh  dikongsi – Khairi Fariq Shah – Pembantu Tadbir Daerah
  9. Sangat menyeronokkan – Norasuzana Binti Abdul Rashid – Penolong Pegawai Tadbir
  10. Kursus yang memberangsangkan – Siti Zurekha Bt Jalaluddin – Penolong Pegawai Tadbir
  11. Sangat memberangsangkan – Ummi Kalsthom – PT
  12.  Sangat berpengalaman dan well prepared –  Nur Syakira – Pembantu Tadbir
  13. Cemerlang – Mazita Bt. Hamid – PPT
  14. Menghiburkan dan sporting – Nor Nazihah Bt. Lokman – Pembantu Tadbir
  15. Sesuai dengan penambahbaik untuk tugas  harian – Kamisah Bt. Amit – Penolong Pegawai Tadbir
  16. Terbaik – Hamizal Mustapha – Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
  17. Bagus – Aqilah Ismail – Pembantu Tadbir

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Komunikasi Neuro Linguistic Programme (NLP) ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini beserta sebutharga.

Related posts

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x